nuffnang ads

Sunday, March 6, 2016

Bila Start Bisnes Online

Macam mana kite boleh terjebak dengan bisnes online ni? Citernya begini, selalu sangat pelik bin heran macam mana orang buat bisnes online guna blog dan facebook. Yang kite tau kalau guna blog ni buat adsense dan letak iklan-iklan macam nuffnang. Yang tu je tau. So pernah try buat adsense, tapi bila nak register dengan google tak boleh...ape masalah masa tu tah tak ingat dah...so lepas tu letak la nuffnang pulak dekat tepi blog ni. Traffik pun agak-agak suam kuku. So sen-sen aje la yang masuk. Lama jugak mengumpul nak dapatkan minimum cash withdrawal. Dan pernah la merasa sekali withdraw hasil dari nuffnang. Alhamdulillah.

Macam-macam lagi lah buat, yang klik-klik iklan la..ape la...kunun nak ikut orang buat duit padahal ilmu zero. Bila facebook sudah mula bermaharajalela maka kite beralih pulak pada facebook. Itu yang blog tak berhapdet tu. Tambah pulak masa tu pelbagai dugaan hidup ditempuhi. Onak ranjau, ombak besar macam-macam la. Dugaan kehidupan namanya untuk mematangkan kita dan sentiasa mendekati Allah. Tambah pula tahun 2011 kite kehilangan orang tersayang...sobb sobbbb..... Perginya Abah menghadap Ilahi pada tanggal 15 September 2011. Selepas itu bermula lah episod-episod yang tak best nak cerita. Itu lah kesahnya. 

Beberapa tahun kemudian bangkit semula, meneruskan hidup bahagia seperti orang lain. Semua yang dilalui sebelum ini ditelan hidup-hidup dan menjadikan kite semakin kuat. Tuli kan telinga bagai. Hadap je ape yang mendatang. 

Kemudian rasa sesuatu. Online fb setiap hari tapi apa yang dapat? Maka saya start buat online bisnes. Jual macam-macam baju baby, tudung, rumpai laut. Haha, Sambutan agak kurang memberangsangkan sebab salah strategi dan ilmu marketing zero. Pernah juga main duit kat fb. Duit kita habis orang bawak lari. Padan muka aku. Trust sangat dengan program yang tah hape-hape dan trust sangat dengan orang yang tak kenal pun kat fb tu. Jadi korang, takyah percaya la dengan program buat duit modal kecik untung besar dalam tiga hari empat hari. Menipu je semua tu! Scam okay..Jangan tamak macam aku! 

Lepas tu terlibat pula dengan program emas. Haha..yang ni memang sungguh bole buat duit. Tapinya, entah macam mana semua program emas kat Malaysia ni boleh tersontot pulak angkara bla bla bla...malas nak cerita. 

Lepas tu terduduk kejap, nampak pula bisnes online perfume ori rejek. Dropship je pun. Alhamdulillah sambutan menggalakkan. Bermula dari situ la kite berjinak-jinak dengan Dexandra Perfume ni....phewwww...panjangnya cerita ni. 

Hehe..korang baca ke ni...haha..ekceli start dengan Dexandra ni dari tahun lepas lagi. Dalam bulan 5 camtu. Lama kan? Kenapa sekarang baru nak buat kat blog? Haaa...tetiba kan..bukan apa kite nak lebarkan lagi sayap Dexandra ni ke mata dunia gitew...alang-alang dah ada blog kan kenapa tak gunakan pengalaman berblog ni untuk berniaga kan. Jadi kekdahnya nak berniaga online ni kena kreatif dan inovatif. Biarpun lambat asalkan mahu bertindak!!

Okay sambung lagi nanti ye. Korang entah baca ke tidak tu. Syok sensorang je agaknya aku..haha



Saturday, March 5, 2016

Bina Blog Baru

In progress nak buat blog baru sebenarnya. Khas untuk Dexandra Perfume sahaja. Jadi lepas ni kalau sesiapa nak dapatkan perfume yang dah jadi fenomena dan terlajak laris ni boleh dapatkan dari blog tu nanti. Nak dapatkan sekarang pun boleh jugak. Whatsapp je kite 0192670275 okay!

Kenapa Dexandra Perfume?
Sebab perfume ni tak macam perfume-perfume yang awak-awak semua sangka kan. Ia adalah inspired perfume. Apa maksud inspired perfume? Maksudnya, ia adalah perfume inspirasi dari jenama terkenal antarabangsa. Inspired perfume die ni lain sangat dari inspired perfume yang kat luar sana. Sebab ia menggunakan pati EDP dan alkohol ekstrak tumbuhan. Means ia boleh di bawa solat. Jadi tak ragu-ragu lagi untuk pakai perfume ni ketika solat. Dan yang bestnya bau die setanding perfume original malah lebih tahan lama dari perfume ori tau.

Inspired perfume sangat berbeza dengan perfume gred tau. Perfume gred tu adalah imitation perfume yang sah-sah die tiru bulat-bulat perfume original baik dari segi packaging dan isi. Haaa...boleh beza tak? 

Ok lah..kite sambung lagi citer perfume ni dalam next posting ok!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails