nuffnang ads

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, July 16, 2014

Kek Marble Coklat

Oppss terlupa nk post resepi ni...rupa-rupanya dah berbulan dok dalam draft...okla kali ni nak share Kek Marble pulak. Selamat mencuba!

Sejak-sejak anak nak membesar ni kan memang rajin aku buat kek...nak kata tetiap minggu tu idokler..paling-paling pun 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali  ..itu pun kalo mood tengah rajin...kadang-kadang jadi kadang-kadang tak jadi...bila tak jadi tu mula la kuciiiwa sangat-sangat...tapi bila fikirkan permintaan anak ibunya datangkan jugak mood tu...

Kali ni aku try buat Kek Marble Coklat dan kejadiaannya sangat mengujakan aku kerana keknya sangat lembut dan gebu...sumber kek ni hasil dari google dan tak silap dari mesra.net....walaupun masa bakar tu kejadiannye sangat tak cantik sebab die naik membukit....lepas masak je aku biarkn sekejap di dalam oven dan bila nampak kek mula turun aku terus terbalikkan kek atas redai dan biarkn begitu dengan pintu oven sedikit terbuka.





KEK MARBLE COKLAT (sumber mesra.net)

Bahan A:
1 cawan mentega (aku guna marjerin)
2 cawan tepung gandum (aku guna tepung naik sendiri)

Bahan B:
1 cawan gula (aku suggestkan hanya guna 3/4 cawan)
5 biji telur
Sedikit esen vanilla

Bahan C:
1/2 sudu makan serbuk penaik (tak letak sebab guna tepung naik sendiri)
4 sudu makan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat (aku kurangkan sedikit sebab dah guna 1 cawan gula dan rasanya agak manis bagi aku)

Cara-cara:
Pukul bahan B hingga kembang.
Pukul bahan A hingga sebati.
Masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B dan putar hingga sebati.
Masukkan serbuk penaik dan putar lagi.
Masukkan susu pekat dan putar hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.  Satu bahagian dibiarkan kosong dan satu bahagian lagi dimasukkan serbuk koko.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan selang selikan denngan adunan koko. Ulang sehingga adunan habis. Lorekkan.

Bakar pada suhu 180-185 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak. (Ikut kesesuaian oven masing-masing ye)


Thursday, October 10, 2013

Ayam Rosemary

Ikut gambar ni yang atas belah kanan tu (Ikut putaran jam) Nasi Minyak, Kuah Dalca, Ayam Rosemary, Velvet Marble Cheese Brownies dan Kuih Talam Tokyo.







Ayam Panggang Rosemary

1 ekor ayam (Potong 4)
5-6 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar daun rosemary
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan manis (kasar)
2-3 sudu gula perang
2 sudu kecil garam
Sedikit perasa
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar minyak zaitun
5 biji kentang (rebus ½ masak)
2 biji tomato
6 biji baby carrot
Mentega

Cara-cara:

Tumbuk halia dan perah jsu halia pada ayam dan gaul rata.
Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang putih hingga kuning.
Tumbuk daun rosemary hingga lumat dan masukkan lada hitam, jintan manis ditumbuk kasar.
Masukkan lebihan minyak zaitun, gula perang, perasa, jus limau ke dalam rempah dan ditumbuk. Gaul rata dan lumur pada ayam dan kentang rebus, tomato, carrot.

Sapu butter pada ayam dan bakar 180-200°C selama 1 jam atau hingga ayam masak.

Note: Kualiti gambar agak kurang sebab menggunakan fon cikai...hohoh..

Velvet Marble Cheese Brownies

Kek ni aku buat masa sambut besday Abg N...tetiba rajin pulak aku buat special untuk die...aku buat Nasi Minyak makan dengan Kuah Dalca dan Ayam Rosemary...untuk desert aku buat Kuih Talam Tokyo dengan Velvet Marble Cheese Brownies....makan besar kami anak beranak..bukan selalu, sekali je setahun...huhu nampak benar rajinnya setahun sekali je...haha...




Ni la resepinya. Mintak dari Encik Google la apa lagi...haha...


VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: kak Anymz

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) -

125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus *izah letak 100gm
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus * izah letak 50gm
1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam mangkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.


Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.


3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..


Nota aku:  Kek brownies aku tak cantik, kasar buatannya sebab asal boleh je...hohoh...

Tuesday, October 8, 2013

Kuih Talam Tokyo

Dah lame tak share resepi...kali ni nak share resepi Kuih Talam Tokyo...aku pun pelik camana dapat nama tokyo tu...agaknye kuih ni memule dicipta di tokyo kot...aku jatuh cinta dengan kuih ni bila opismate bawak kuih ni kat opis....yang bestnya akak tu taktau nama kuih ni...disebabkan suke dengan kuih tu aku pun tanya encik google...dan terjumpalah satu resepi yang rasa dan bahan-bahannya tak lari dari kuih yang aku makan tu...dan ini lah resepinye...ambik dari Azie Kitchen....tapi sorilah linknya aku lupa nak copy...ape-ape hal google aje la azie kitchen..konpem jumpa....





Kuih Talam Tokyo                                            Oleh: Azie Kitchen

Bahan Untuk Lapisan Bawah:

300gm sagu kecil warna putih
60gm suhun
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat
300ml air
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Cuci sagu sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan. 
Rendam suhun dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil.
Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Alas dengan plastik dan oleskan sedikit minyak.

Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.

Bahan Untuk Lapisan Atas:

4 biji telur
300gm gula pasir
400m santan pekat
400ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100gm tepung kastard
Sedikit pewarna hijau
1/8 sudu kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air kapur)
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

Campurkan semua bahan dan blend rata. Kacau sebati dan tapiskan.
Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. 
Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. 
Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
(Potong kuih dengan menggunakan sudu plastik supaya potongan menjadi cantik...celup pisau dengan air dulu sebelum potong)

Selamat mencuba!

Nota aku : Aku suggestkan kukus selama 10-15 minit untuk lapisan bawah dan 10-15 minit untuk lapisan atas supaya lapisan sagu (di lapisan bawah) tidak terlalu mengembang. (Sebab aku dah try kukus seperti yg disyorkan sagunya jadi kembang).

**Kuih aku tak berapa cantik sebab first time buat tapi rasenya agak menepati citarasa ku...hihi

Thursday, December 8, 2011

Agar-agar Susu Meriah

Taktau nak letak nama apa puding agar-agar ni.  Disebabkan menggunakan susu maka letak la nama Agar-agar Susu yang meriah...heheh...asal boleh la...cara paling jimat dan mudah hanya gunakan susu cair dan sedikit susu pekat dan gula dan pewarna kasi cantek lagi meriah gitu....



Meh share resepi...

Agar-agar Susu Meriah

Bahan-bahan :
Setengah ikat agar-agar (dipotong pendek-pendek supaya mudah larut)
1 1/2 cawan air (lebih kurang, sebab aku tak pernah sukat air....main agak-agak je)
1/2 tin susu cair
Sedikit gula
Sedikit susu pekat
1-2 titik pewarna merah
1-2 titik pewarna hijau

Kaedah :

Potong kecil-kecil agar-agar supaya mudah larut dalam air dan didihkan atas api hingga agar-agar larut.  Apabila larut masukkan sedikit gula.  Agak-agak agar-agar tu nampak macam "licin" ambil dalam 2-3 senduk  kecil dan letak dalam bekas lain.  Buat dua bekas, satu letak kaler merah dan satu lagi letak kaler ijau.  Masukkan agar-agar yang berwarna tadi ke dalam freezer untuk keraskan sebentar.  Sementara tu kecilkan api dan masukkan susu cair dan susu pekat.  Rasakan kemanisannya. Agak-agak agar-agar tu nampak likat dan licin padamkan api dan biar sejuk seketika.  Keluarkan agar-agar yang berwarna tadi dan potong dadu.  Tuang agar-agar susu tadi ke dalam bekas lain.  Agak-agak dah suam agar-agar susu tadi baru taburkan agar-agar yang berwarna tu.  Jangan masukkan tengah panas-panas nanti die kuarkan kaler agar-agar yang berwarna tu dan jadi tak cantik pulak agar-agar susu tu nanti.  Lepas tu masukkan dalam freezer dan hidangkan sejuk-sejuk....rasa nyaman je bila makan sejuk-sejuk...heheh...peace!

 Ni agar-agar yang diletak susu cair sahaja.
 (Gambo blur sebab masa ni bateri kamera dah lip lap lip lap tanda bateri nak abih)
 Yang ni agar-agar yang diletak kaler ijau.
 (Gambo blur sebab masa ni bateri kamera dah lip lap lip lap tanda bateri nak abih)
 Yang ni agar-agar yang diletak kaler merah.
 (Gambo blur sebab masa ni bateri kamera dah lip lap lip lap tanda bateri nak abih)

 Potong dadu agar-agar yang berkaler tu dan masukkan ke dalam agar-agar yang bersusu...nampak cantik sebab agar-agar yang berkaler tu timbul di permukaan.

Friday, November 11, 2011

Ketam Cili Berempah


Resepi tertunda!


Kali ni makan ketam pulak.  Aku tak tau nak letak nama ape resepi ni tapi bantai aje la letak Ketam Cili Berempah sebab aku guna rempah kari sikit dalam masakan ni.  Resepi ni resepi campak-campak je dalam kuali.  Aritu ade buat sekali pastu Abang N kata sedap.  Semalam die request nak lagi so aku tunaikan la hajat die tu.  Dia kata semalam lagi sedap dari yang aku masak sebelum ni....hmmm....apalagi kembang kempisla idung aku kena puji sepanjang malam tu...kekeke......jangan jeles, sebab Abang N jenis payah nak puji masakan kita sedap, sebab kalo tak berapa nak kena dengan selera die, dia hanya diam je dan makan sikit je (masa memule kawin dulu siap bergadoh kalo masak tak kena selera die...huhu...)....kalo sedap, die akan puji melambung-lambung...hohoh....

 OOPss...dah nak abih baru teringat nak snap gambo...
(Gambo terpaksa di edit untuk mengelak kecomotan disitu...hihi)


Eh, apalagi membebel ni, jom tengok resepi :


Ketam Cili Berempah

Bahan-bahan A :
3 ekor ketam (di potong 2)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk kari ikan
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan B (Kuah/sambal ketam) :

3 sudu makan cili blend
1 sudu makan serbuk kari ikan (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu makan serbuk cili (bancuh dengan sedikit air)
2 ulas bawang merah (di tumbuk)
1 ulas bawang putih (di tumbuk)
1/2 inci halia (di hiris)
Sedikit air asam jawa
Sedikit madu
1 sudu makan sos tiram
sedikit sos ikan
sedikit minyak bijan
1-2 helai daun limau purut
Sedikit daun sup (di hiris)
Sedikit garam dan serbuk perasa

Kaedah :

Goreng ketam dengan bahan-bahan A hingga garing dan ketepikan.  Dengan lebihan minyak gorengan ketam tadi tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.  Kemudian masukkan cili blend, serbuk kari, serbuk cili dan halia.  Tumis hingga naik minyak dan masukkan air asam jawa.  Kemudian masukkan sos tiram dan kacau.  Kalau nak kuah lebih sikit masukkan sedikit air.  Selebihnya masukkan garam, madu or gula, serbuk perasa dan rase la masam masin dan manisnya kuah tu.  Masukkan daun limau purut untuk aroma yang lebih sedap.  Agak-agak kuah dah pekat matikan api dan gaulkan ketam bersama-sama kuah tadi dan hias dengan taburan daun sup....mmm....sedap!....hehe...

Selamat mencuba!

Buktinya! 

Licin kami bedal...hihi...

Thursday, November 10, 2011

Sambal Mangga Muda

Perghh!..lately suka makan masam-masam sikit...apekah???...pembawakan kot...hihi...



Dua ari lepas makan ikan bakar kat Kampung Baru, lepas tu ternampakla sambal mangga muda (terus teringatkan sambal bacam mak aku)...apalagi aku pun ambikla sikit...sekali makan, sedap sangat!....rugi pulak ambik sikit je...so, semalam oleh sebab aku nak memenuhi selera aku yang kepingin lagi makan sambal mangga maka aku pun pegila beli mangga muda nak buat sendirik baru puas makan kan....hihi...tapi, rasenya macam nak pegi lagi Kampung Baru tu nak repeat sambal mangga dia....best sangat-sangat!...

Ini resepi mangga muda version aku...aku bantai je tapi very marbeles...selalu buat memang macam ni pun...Abang N makan sampai bertambah nasik wa cakap lu...hehe...

Jom tengok resepi!

Bahan-bahan :

1 biji mangga / buah kuinin / buah bacam (guna buah yang baru nak masak baru kaw rasa die..)
Cili api (ikut kepedasan lidah anda)
Sedikit ikan bilis (tak ada pun tak apa)
Sedikit belacan bakar
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk perasa

Cara-cara :

Hiris kecil-kecil buah mangga. Tumbuk cili hingga lumat, masukkan ikan bilis, belacan, garam, gula dan serbuk perasa dan tumbuk kasi hancur.  Masukkan buah mangga yang telah dihiris dan tumbuk sikit untuk kasi lebih kick! Jangan hancur sangat...gaul rata dan siap!

Nota kaki : Perghh! Sedap! boleh makan gitu je, rase pedas-pedas, masin-masin, masam-masam, manis-manis gitu.....huk aloh, meleleh air liur wa cakap lu!.....hihi...

Tuesday, October 25, 2011

Kulat Taun


 Sebelum dibersihkan :



 Separa bersih...hihi..:



 Selepas dibersihkan dan di potong kecil-kecil.



Sebutan yang betul adalah Kulat Tahun bukan penyakit taun tau...tapi orang kampung aku panggil Kulat Taun sebab orang tua-tua dulu kate kulat ni tumbuh setahun je sekali itupun apabila hujan lebat diikuti dengan petir yang kuat konpom kulat ni akan tumbuh besok paginya merata-rata terutama di busut-busut....haaa, sape yang berasal dari kampung memang konpom tau kulat ni...tempat lain panggil Cendawan Busut....kan ke sedap sikit namanya dari Kulat Taun...hehe...(Orang Pahang panggil cendawan tu kulat).

Kebetulan semalam masa nak balik KL tengah-tengah sibuk memunggah barang ke dalam kereta adik-adik aku ternampak pulak kulat ni tumbuh kat busut dekat parking kete rumah mak aku...apalagi semua pakat mengutip la dapatla sikit sorang bawak balik...Selalunya mak aku buat sup je, memang sedap! Sebab rase die liat-liat tu yang buat sedap tu!...kulat yang belum kembang tu yang paling sedap sekali....uissshhh, terliur lak...mak aku cakap rebus je kulat tu dengan bawang merah sikit dan jangan lupa letak daun kunyit...makan gitu aje pun sedap!...nak cuba? Carila sendiri.  Ondeway balik semalam ternampak la budak-budak kampung mengutip kulat-kulat ni disekitar kampung...konpom banyak tumbuh kat kampung aku sebab sehari sebelum tu memang petir kuat dekat nak magrib itu hari.

Setau aku la, kulat ni, eh tukar nama la...cendawan ni tak ade orang tanam lagi dan aku tak pernah jumpa pun orang jual di pasar raya...eh, ade ke? ke aku yang tak tau? hihi.....yang aku pelik kenape cendawan ni tumbuh kat busut aje? dan kenapa die tumbuh selepas hujan yang diikuti dengan guruh dan petir????....dari kecik sampaila dah beranak dua ni aku masih musykil...............................mmm......misteri alam.......


Cara nak masak dia style mak aku :

Segenggam Kulat Taun
Sedikit kunyit serbuk
1 helai daun kunyit
Sedikit garam
Air

Kaedah memasak :

Bersihkan kulat dan potong kecil-kecil. Didihkan air bersama bawang dan kunyit. Masukkan kulat apabila air telah mendidih bersama daun kunyit. Masak hingga kulat lembut.  Siap!




 Nota asap: Tau Abang N kata apa lepas makan ni?
                    Dia cakap, rasa macam daging ayam.......uiksss???

Monday, October 10, 2011

Char Keow Teow

Resepi lagi!....heheh...kali ni tekak teringin sangat makan Char Keow Teow (CKT)...sudah cakap dengan Abang N nak buat CKT pastu Abang N cakap kena pandai buat kicap dia...so apa lagi, google la carik resepi yang ade resepi buat kicap CKT sendiri...dalam banyak-banyak resepi tu berkenan pulak dengan resepi yang ini sebab nampak lain dari yang lain...so, terus salin dan carik bahan-bahan dengan kadar yang segera...heheh...dan rasanya not bad! boleh bukak warung! walaupun rupa agak kureng..cuma tak reti buat api keluar dari kuali...hohoh...so tak adela rasa ala-ala hangit terbakar....sedikit kureng di situ....korang cubalah, memang marbeles!...tapi kena pandai-pandai ekjas bahan-bahan die...hehe...


Yang hitam-hitam tu adalah isi kerang...kerang agak kecik so agak tak terasa kerangnya dan cili jeruk pun tak ade...huhu...

Bahan nak Buat Kicap

Air Rebusan Udang
Sedikit sos ikan
Gula Melaka
Kicap Cair
Kicap Masin
Sos Tiram

Masak kesemuanya sekali sehingga menjadi satu pekatan kicap. Aku guna udang dalam 4 ekor then rebus dengan air lebih kurang 1 1/2 cawan air.  Pastu kopek udang dan ambil isi dia untuk buat pes cili yang  macam resepi kat bawah ni pulak.  Kulit-kulit udang dengan kepala tu masak sama kicap-kicap tu.  Sos ikan lak aku main tuang jek, agak-agak ade rase ikan-ikan sikit.  Pastu aku letak sikit kiub ikan bilis. Pastu belen kan rase kicap tu dengan semua bahan-bahan tu.  Tu je. 

Bahan nak buat Pes Cili

Isi Udang yang dah diblend (Ambil isi udang yang direbus tadi)
Cili Kering yang dikisar
Bawang Putih yang dikisar
Sedikit bawang besar dikisar
Garam
Gula
Pak aji
Sedikit minyak

(Tumis bawang putih, bawang merah, cili kering, udang) sehingga menjadi mcm cili boh ..heheh

Bahan-bahan Buat Char Keow Teow

Udang (jgn buang kulit,kepala,ekor) sebab tuh yg buat die manis.
Keow Teow halus
Taugeh
Kucai
Lada sulah jika suka
Kerang (rebus separuh masak) tak rebus pun takpa..lagi fresh
Telor
Minyak

Kaedah menggoreng CKT

1)  Masukkan minyak (api mesti kuat..kalau boleh bakar cicak kat syiling lagi baguish)..(Aku guna minyak bijan sikit campur dengan minyak jagung...kat rumah memang guna minyak jagung pun untuk memasak..api dapur rumah aku tak kuat, so tak jadila api yang menjulang-julang tu...huhu)
2)  Goreng 3-4 ekor udang sehingga kulit udang kemerah-merahan..(Aku tumis bawang putih dulu.. (walaupun dalam resepi asal tak sebut pun..hihi) pastu masuk pes cili dengan kicap baru masuk udang...menderhaka pada resepi asal neh...heheh...
3)  Tuang 2 sudu besar kicap CKT..kacau.. (Aku guna 3 sudu kicap keow teow)
3)  Masukkan 3 sudu besar pes cili yang dibuat tadi.....kacau hingga garing...(Aku letak 2 sudu je sebab cili kering yang aku blend tu memang pedas berasap)
4)  Masukkan keow teow...gaul..tauge...gaul...kucai..kacauu...
5)  Pecah 1 biji telor...kacau...lepas tuh tuang 1 senduk/mangkuk kecil kicap char ko teow sekali lagi
6)  Kacau dan tutup api...tak perlu buh garam sebab kicap tu dah masin.
7)  Kalau buh kicap tuh byk..so kuah die byk la......terpulang..


Cara nak makan CKT
Masuk mulut then ngap!!...heheh...
Makan dengan cili jeruk baru best terangkat!...

Notes : Tulisan kaler biru tu adalah olahan aku...harap maklum...


Tuesday, October 4, 2011

Mee Rebus Tulang


Wah! Terliur tak?..heheh...(OOpss..mangkuk agak comot..heheh)

Sejak dari bulan puasa lagi teringin nak buat Mee Rebus ni tapi tak berkesempatan...last-last semalam kuatkan jugak semangat buat mende alah ni...aku ambil resepi dari sini. Best! Tapi apa pun aku bagi jugakla resepi yang aku otter-otter sikit...sikit je...hihi...

Makan sama aksesori-aksesori berikut baru best :

Mee kuning
Tauhu goreng
(aku tak letak....lupa beli da...)
Taugeh (Tak beli sebab Abang N tak suka sayur putih)
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang yg telah dihiris halus
(Aku guna daun bawang je dan daun salad)
Cili hijau dihiris
Taburan bawang goreng
Limau kasturi


Mula-mula buat sup tulang.
Bahan-bahan Sup :

Sup Tulang

Tulang Lembu secukupnya (Aku guna dalam 7-8 ketul tulang)
1 bungkus rempah sup bunjut (Aku guna rempah 3 serangkai)
5 ulas bawang di hiris (Aku letak bawang merah 4 biji dengan bawang putih 2 bijik - semua titik-titik je)
1 inc halia - dititik
1 inc kunyit - dititik (Aku tak letak pun)
1 inc lengkuas - dititik (Aku letak sikit buat syarat)
2 batang serai - dititik (Tak letak pun)
1 kiub daging - (Pun aku tak letak)
Garam secukup rasa

Kaedahnya:
Rebus tulang hingga empuk dengan bahan-bahan di atas lebih kurang 1 jam.
  
Kuah Mee
 
3 biji ubi keledek (kuning) saiz sederhana - di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi. (Aku ganti dengan ubi kentang sebab keledek takdok)
10 biji bawang kecil - dikisar (Tak sampai 10 biji pun aku letak)
2 biji bawang besar - dikisar (Aku guna setengah biji)
5 ulas bawang putih - dikisar (Aku guna dalam 3 biji)
1 inc halia - dikisar (Aku letak sikit campur dengan lengkuas sikit)
1 inc kunyit hidup - dikisar (Sikit gak letak)
30 tangkai cili kering - di kisar (Aku guna 3 sudu makan cili kering yang dah dikisar)
3 sudu besar rempah kari daging (Aku guna dalam 2 sudu kot, pastu aku tambah dalam 1 sudu rempah beriani ~ tu yang special sikit tu...hihi)
3 sudu besar udang kering - di rendam lembut dan dikisar (Aku campur dengan udang geragau sikit)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air asam jawa - (Aku tak letak pun)
1 kiub daging - (Pun tak letak)
1 buku gula melaka - (Lupa pulak nak letak)
1 cawan santan

Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama.  Bila naik bau baru masukkan cili kisar dan rempah kari daging berserta rempah beriani. Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga rempah garing baru masukkan air rebusan daging dan ubi kentang yang telah dikisar. (Hanya  air rebusan tulang sahaja, bahan  sup bunjut, serai halia lengkuas dan kunyit tadi jangan masukkan). Akhir sekali masukkan tulang dan santan.  Masak hingga kuah agak-agak pekat dengan api perlahan.

 Tada! Sedia untuk di ngap!




Tuesday, September 27, 2011

Rendang Daging





Rendang Daging 

Ini rendang daging style mak mertua kita.  Dia kalu masak rendang mesti campur dengan paru dan hati.  Memula kawin dengan Abang N pelik jugak makan, rase pun pelik jugak sebab masakan orang Negeri Sembilan rendangnya takde guna rempah-rempah.  Pedas tu aku boleh accept lagi tapi bila bab campur dengan benda-benda lain aku jadi pelik sikit.  Tapi lama-lama, dah bole terima dah semua tu.  Resepi sama macam masak Rendang Ayam aritu. Tapi apa-apa pun aku bagi jugak la resepi ni.

Bahan-bahan :
1 kg daging lembu
1/2 kilo paru
1/2 kilo hati

Bahan A : 
4-5 ulas bawang putih
6-7 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
Segenggam cili api  (Nak pedas sila tambah lagi)
1 biji cili bosar
1 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 batang serai

Bahan B
1 kg santan
2 helai daun kunyit (hiris halus)
3-4 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa.

Kaedah Memasak :
1.  Rebus paru hingga masak
2.  Blend semua bahan-bahan A.
3.  Hiris daging, paru dan hati mengikut kesukaan.
4.  Renehkan daging, paru dan hati bersama-sama bahan-bahan A yang telah diblend hingga hampir kering kemudian masukkan santan dengan sedikit air dan kacau-kacau sokmo agar tak berkerak.
5.  Bila agak-agak santan dah tinggal suku baru masukkan kerisik dan daun kunyit dan kacau lagi hingga kering.
6.  Siap!, boleh makan.

Nota keyboard : Abang N cakap, lepas ni kalo nak makan rendang takyah balik kampung dah......hehe...bermakna aku dah lulus dengan cemerlang masak rendang style mak dia....heheh....kembang kempis idung aku kena puji dengan Abang N....kekeke.....

Saturday, July 23, 2011

Aiskrim Goreng

Urmmm yummy!...tengah-tengah malam tadi Abang N request gorengkan Aiskrim Goreng...alamak aiii die dah kemaruk dengan aiskrim gorenglah pulak...Okehs, memandangkan stok aritu ade lagi terus panaskan minyak...kali ni kena make sure minyak tak meletops lagi...huhu...mane taknye, aritu goreng abih terpercik minyak kat jari aku..sampai arini dok mengelembung lagi lecur kat jari ni....

Okeh aku kasi resepi yer...senang je...jom tengok apa rahsianya....hihi..


 Uhhh....sedapnyeeee...sekarang kan panas, dapat nikmati aiskrim goreng rasanya sangat nyaman! (sila baca baku ya)...hihi..



Aiskrim Goreng

Bahan-bahan :

Aiskrim (tak kisah la perisa apa yang korang suka)
Roti (tak kisah Gardenia ke, High 5 ke, roti paun ke)
Sedikit air untuk melembabkan roti
Minyak untuk menggoreng

Kaedah :

Aku buat simple je...buang keras-keras yang tepi roti tu...potongla...lepas tu lembabkan tepi-tepi roti tu dengan air...lepas tu picit-picit sikit supaya nanti masa nak lekatkan roti tu senang sikit...pastu letakkan la aiskrim satu scop ke, 2 skop ke tak kisah...kalau banyak sangat aiskrimnya karang mengembung sangat roti tu kang,  nanti pecah pulak roti tu...kalu pecah nanti nak goreng roti tu takut meletop pulak minyak...jadi korang agak-agakla janji roti tak pecah, aiskrim tak meleleh keluar...lepas tu picit-picitkanlah bahagian tepi roti tu sampai melekat...ingat yer, jangan bocor....lepas tu masukkan dalam plastik setiap satu...aku tak simpan roti -roti tu  dalam plastik yang sama sebab takut nanti dia melekat sesama sendiri bimbang pulak bila nak pisahkan dia nanti roti tu pecah... pastu masukkan dalam peti ais satu malam kasi aiskrim keras dulu....besok baru boleh goreng okay....tak sabar???hehe....

 Aku buat macam ni je...kalo korang rajin buatla bulat, baru cantik sikit..



 Pastu simpan dalam plastik macam ni sebelum sorokkan dalam peti ais..


Besok lepas korang bangun tido panaskan minyak dalam kuali...agak-agakla minyak macam goreng ikan tu boleh la tapi jangan lak guna minyak lebihan goreng ikan...kang, aiskrim goreng korang jadi perisa ikan lak...tapi kalau nak jugak, aku tak larang....hehe...perlu diingatkan kalu nak goreng roti tu pastikan minyak korang betul-betul panas...minyak tu betul-betul panas kalau korang nampak kuali tu dah macam berasap...hehe...bila nampak dah macam berasap (jangan tunggu minyak tu hangus lak) terus masukkan roti then balik-balikkan dua tiga kali sampai roti tu garing lepas tu terus angkat....masuk dalam bekas then ngap!!!.....uh, sedapnya......nak gi goreng lagi lah....hehe....

Goreng sampai garing macam ni ha..






Biasanya aku buat Aiskrim Goreng ni waktu malam then simpan satu malam...besok petang baru goreng atau bebila teringin nak makan baru goreng...Kalau dapat simpan sejam dua okay rasenya janji aiskrim dalam roti tu dah keras.
Selamat mencuba!


Pesanan koi  : Aiskrim, aiskrim jugak...nak beli roti, aiskrim semua perlukan duit..sape nak duit klik sini!

Thursday, March 24, 2011

Home Made Aiskrim




Dah lama aku cari resepi aiskrim ni dan akhirnya jumpa dalam iluvislam dan dalam myresepi pun ada....ekceli sebelum tu aku dah tengok dalam Nona orang buat aiskrim ni tapi tak tersalin resepinya...yang dapat aku ingat base nak buat aiskrim ni adalah fresh milk dan krimer coffee mate......dan bila dah dapat resepi ni teruslah aku mencari bahan.....dan malam tadi projek aiskrim aku berjalanlah dengan lancarnya tetapi mengikut citarasa aku lah...hihi...biasala aku, suke tukar-tukar resepi.....eeee....

Okeh korang nak cuba sila-silakanla....best, tak perlu pun buang-buang duit beli mesin aiskrim...sebijik rupa dan rase macam aiskrim beli.....betul......

Ni bahan-bahannya mudah sangat :

2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke) : (3 mangkuk susu segar Dutch Lady perisa coklat)
2 cawan coffemate : (2 mangkuk krimer coffee mate (beli paket kecik tu 200g), guna mangkuk yang sama sukat susu)
(2 sudu makan susu pekat manis)

Kekdah :

Blendkan susu dan krimer sehingga berbuih. Pastikan korang menggunakan blender yang suci dari kesan cili dan bawang...Lepas tu masukkan dalam bekas.. Pastu sejukkan dalam fridge..Setelah agak beku, keluarkan semula dan blend lagi skali...Kemudian masukkan semula ke dalam peti ais dan biarkan beku... Lepas tu boleh la makan...Senang kan....

Cedok dalam mangkuk, letak krim, tuang sos coklat, tabur kacang tumbuk dan hias dgn buah ceri....Perghhh...bessttt!!....

*Nota asap : Tulisan kaler biru tu adalah olahan resepi aku...resepi asal tulisan itam okey...rasenye lebih sedap kalau ikut resepi original......Okeh, lepas ni aku nak terai buat lagi ikut resepi asal pulak tapi aku nak tambah biskut Oreo letak dalam tu....mesti lagi best!!!...hihi...

 Sini cara-cara buat homemade aiskrim, sini pulak home bisness.


Tuesday, January 18, 2011

Daging Goreng Bercili Simple


Blurr lah pulok gambo...daging ni tak menjadi seperti yang diharapkan.



Ha, tadi tak tau nak masak ape kan..last-last potong daging garamkan dengan kunyit.  Tambah sos tiram sikit, serbuk cili sikit, serbuk lada sulah sikit dan mixed herbs sikit then masuk dalam kuali goreng. Konon nak buat lembab-lembab sikit last-last jadi kering sebab tak nampak air die dah kering...dapor kite dah lame bergelap, cik abang i masih belum betulkan lampu...masak ape pun dalam mood romantis gitew...kekeke...

Diperturunkan resepinye seperti berikut.

Daging Goreng Bercili Simple


Bahan-bahan :
Daging (anggaran untuk 2 orang makan) dihiris nipis.
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili serbuk (kalau guna cili blend takut lain pulak jadinya)
Sedikit lada sulah
1 sudu makan serbuk mixed herbs
1/2 biji bawang besar

Kekdah :
Garamkan daging bersama serbuk kunyit.  Masukkan sos tiram, cili serbuk, lada sulah dan mixed herbs.  Gaul rata.  Lepas tu goreng dengan api sederhana besar. Sila tutup kuali untuk bagi daging cepat empuk.  Gorenglah sehingga daging masak/empuk.  Agak-agak dah nak masak tu masukkan bawang yang di potong. Goreng sampai layu bawang tu dan SIAP!..

Rasanya kan, lebih sedap kalau di goreng lembab-lembab sikit.

Nota keyboard :  Ini adalah resepi ciptaan sendiri, sebab aku masak suke campak-campak je ape yang ade dalam peti ais atau kat dapur ..jangan marah aku kalau tak sedap.  Sebab tu abang N asik komplen kenape suke ubah-ubah resepi, masak kena konsisten...dia kateeeeee......aku? ngeeeee je la....

Sunday, January 16, 2011

Cekodok Nasi

Cekodok Nasi?
Memang pelik bagi sesetengah orang tapi tak pelik bagi orang lain..kekeke..ekceli aku dah lama tau pasal cekodok nasi ni masa tengah study lagi, ade sorang osmet pernah buat cekodok nasi.  Masa tu memang aku pelik dan tak berape nak ambik pot macam mana nasi boleh buat cekodok. Tetiba aku teringat kan cekodok nasi ni dan kebetulan pula beberapa hari lepas masa tengah jalan-jalan terjumpa resepi ni.  Aku baca sekali lalu (tak salin pulak kunun boleh ingat dalam kepala la) dan tiba-tiba pagi ni aku teringin mencuba resepi ni.

Apa lagi, belen nasi pun ade, lebihan sambal sardin malam tadi pun ade, cantek...bahan-bahan yang aku gunakan ni main taram je dan hanya boleh digunapakai oleh mereka-mereka yang pakar sahaja...hihi..






Cekodok Nasi
Bahan-bahan:
Nasi
Tepung gandum
Telur
Air
Sedikit Garam
Ikan Bilis
Bawang merah
Cili potong

Kekdah :
Blend nasi bersama telur dan sedikit air.  Lepas tu campurkan dengan tepung, agak-agak la boleh dijemput.  Masukkan sedikit garam, ikan bilis, bawang dan cili potong. Apa lagi, gorenglah.
Hasilnya sangat memuaskan, lembuuuuut je...hehe

Monday, December 13, 2010

Sos Gravy Black Pepper

Okay, atas permintaan aku sharekan resepi Sos Black Pepper...harap sudi mencuba...

Sos Gravy Black Pepper

Bahan-bahan :

2 sudu makan lada hitam (kasi tumbuk)
1 kiub pati ayam
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap masin
1 cawan air / susu segar
1 sudu makan tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
Sedikit butter

Cara-cara :
Didihkan air/susu bersama kiub pati ayam.  Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk, kicap dan sos tiram.  Masukkan pula bancuhan tepung gandum.  Masak hingga agak pekat.  Tak perlu tambah garam sebab bahan-bahan yang kita masukkan tadi pun dah cukup masin.  Masukkan pula butter.  Tujuan die untuk kasi sos tu nampak berkilat...Okeh, siap!

Selamat mencuba!

Black pepper bertukar!

Thursday, December 9, 2010

Steak Daging Rusa



Meleleh tak air liur???hahaha...macamlah best sangat kan...hikhik..
Itulah namo eh Steak Daging Rusa...eheheh..rupe boleh tahan la sebab sepatutnye di bakar bukan digoreng...disebabkan malas nak bakar dan takde tempat pembakaran sebenarnye, maka ubah resepi  kepada goreng..ahaksss...sesuke sesuki aku je...lantakla resepi aku kan...

Ekceli  aku buat Steak ni kunun-kununnye nak celebrate kami punye wedding anniversary...kunun-kununlah kan..sekali daging yang di order lambat sampai ke tangan kami...bukan pada tarikh anniversary kami tapi sebab dah berniat nak buat, maka aku buatlah jugak...

Resepi? alaaa, sama macam buat lamb chop jugak...ala-ala lebih kurang jek cara-caranya...yang pasti sos blackpepper aku sedap!...ahaksss!...dagingnye??.....malu pulak nak citer...hihi....kang kate sumbung lagi bongkak sebab pandai sangat masak kan...ahahaha.....

Cuma boleh disimpulkan disini, daging tersebut sangattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.......L.I.A.T.
kikikikiki...........

Tapi, liat-liat pun abis jugak Abang N bedal...hahaha....senaman mulut die kate..awet muda...hohoh....

Nota tangan: Keesokkannya, lebihan steak aku hiris nipis dan goreng...sekali, sedaplah pulak!










Tuesday, November 30, 2010

Roti Canai versi Segera

Segera takla segera sangat..tapi rase die macam roti canai segera sebab die rangup dan menyelerakan..resepi ni dah lame aku share dekat myresepi tapi kali ni copy paste dan letak dalam blog pulak sebab aku dah lupa id dan password masuk myresepi..huhu..

Roti Canai Segera (Anggaran untuk 10 biji)




Bahan-bahan
  • 2 setengah cawan tepung gandum (guna cawan mug)
  • 1 sudu makan mentega (di cairkan)
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 cawan air (untuk bancuhan tepung…agak2 ler)
  • sedikit garam halus
  • minyak masak
  • mentega
  • minyak sapi 
Kaedah :


1.  Cairkan mentega. Bancuh susu pekat manis bersama air dan sedikit garam (air bancuhan tersebut perlulah cair).

2.  Masukkan mentega yang telah dicairkan tadi ke dalam tepung..gaul rata dan masukkan air susu yang telah di bancuh tadi sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yang licin.

3.  Bulat2kan menjadi doh yang kecil dan perapkan bersama sedikit minyak masak dan mentega lebih kurang setengah jam.


4.  Canai doh tadi sehingga nipis (menggunakan teknik urutan sebab aku tak pandai tebar roti daaa..) dengan menggunakan minyak masak.


5.  Sapukan sedikit mentega pada doh yang di canai nipis tadi..lepas tu gulungkan doh tu macam ni :


6.  Lepas tuh buat macam angka 8 dengan cara menggulungkan setiap hujung doh tu sehingga bertemu.


7.  Lipat dua angka 8 tadi untuk membentuk seperti bunga ros.


8.  Penyek-penyekkan bunga ros tersebut sebelum menggoreng dengan api yg perlahan. Boleh menggunakan minyak sapi atau pun mentega untuk lebih rasa umphh..

Notes: Untuk lebih rangup, goreng roti tanpa minyak terlebih dahulu, then baru letak minyak sapi/mentega..goreng sehingga garing dengan api yang perlahan..selepas digoreng bolela ditepuk2 dia semasa masih panas untuk lebih umphh…Doh yang telah dibentuk menjadi ros bole disimpan didalam freezer dan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum menggoreng..tips untuk lebih tahan lama di dalam freezer, goreng roti separuh masak tanpa minyak then simpan didalam freezer sebelum di goreng garing

Lihat resepi asal disini yer..


 Jom mencanai income sampingan!

Monday, September 20, 2010

Rondang Omak Mentuo Den

Rondang Nogori 9

Ini adalah percubaan kali kedua setelah percubaan pertama hanya berhasil sebanyak 50%..hihi...oleh sebab tak berjayo mako den torai lagi sekali...

Bahan-bahan ni main agak-agak yo...agak-agak lobih korang kurangkan lah yo..agak-agak kurang korang tambah la ape yang kurang.

Bahan-bahan :

2 ekor ayam kampung

Bahan A :
Segonggam cili api...nak podeh lagi tambah laie cili yo..
2 biji cili bosar (untuk mengurangkan raso podeh)
5-6 ulas bawang putih
7-8 ulas bawang kecil
1 inci halia
2  inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 batang serai

Bahan-bahan lain :
2 helai daun kunyit (di hiris)
3 biji kelapa (den boli santan 1 kilo, guno 3/4 santan daripada 1 kilo)
4 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa

Kekdah-kekdah :
1.  Bersihkan ayam..celurkan ayam lebih kurang setengah jam atau sehingga ayam empuk..(masuk ayam dalam pressure cooker cepat empuknya).
2. Buang air ayam tu..tak nak guna air tu sebab nanti rendang berbau kurang enak dan tak tahan lama (omak mentuo den kato).
3. Blend semua bahan A.
4. Masukkan bahan A ke dalam ayam dan renehkan atas api hingga bertukar kaler macam hijau-hijau.

Macam ni : 

5. Lepas tu masukkan santan.
6. Kacau sokmo agar tidak berkerak. Masukkan garam secukup rasa. Jangan banyak sangat nanti bila kuah tu pekat nanti lagi rasa masin.



7. Bila agak-agak kuah santan dah tinggal suku masukkan kerisik dan daun kunyit. kacau lagi sampai kering macam ni.


Siap Rondang Omak Mentuo Den!
Hehe..

*NOTA KEYBOARD : Hampir berjaya, 80% kata Abang N...ado raso macam mak dio buek, rupo pun ado...tapi ayamnye liat..hohoh...

**Kepado kengkawan yang makan rondang den tadi, maaf yo, liat macam mana pun korang kono abihkan jugak rondang den....huhu...nih ade lagi nih sapo nak???

Friday, October 23, 2009

Jeruk Mangga Muda


Aritu kan aku dpt buah mangga muda colleague aku bagi..setelah di bagi2 sedikit sorang dan mentekedarah mangga muda dkt kantin opis sambil mintak kicap dan gula dari toke kantin maka belennye aku bwk balik dan malam tu aku pulun buat jeruk pulak..ini jeruk versi rekaan aku sendiri..nak terai, terai ler..


Jeruk Mangga Muda

4-5 biji mangga muda
2 cawan air masak
6 sudu makan gula
2 sudu teh garam
sedikit cili api (tak nak pedas tak yah letak)
Sedikit kapur makan
1 botol kaca kosong

Kekdah2 :
  1. Potong buah mangga muda sesuka ati korang nak kecik ke besar ke lantak korang la.
  2. Basuh bersih dan rendam dalam air kapur selama lebih kurang 10 minit (utk kasi itu buah rangup)
  3. Bilas bersih itu buah.
  4. Bancuh itu gula sama garam dalam air masak. kasi belen itu manis dan masin..biar manis sikit dari masin baru sedap.
  5. Masukkan buah yang sudah dibersihkan itu ke dalam botol kaca kosong.
  6. Tuang air bancuhan gula dan garam tadi.
  7. Nak rase pedas letak cili potong.
  8. Tunggu 2-3 malam baru bole ngap!
  9. Siap.
Good Luck!.

Selepas di rendam dgn air bancuhan gula dan garam


Selepas 1 malam, die jadik mcm ni

IIII
II VVV
V



Disebabkan ketidaksabaran kami menunggu jeruk ni "masak" lagi 2 malam, maka kami telah membedal malam tadi hingga tinggal separuh botol jeruk tu..tuh pun cik abg yang banyak makan..asik nak berebut dgn die jek..

Jeruk pun ade kat sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails