nuffnang ads

Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pneumococcal Desease?

Peneumococcal Desease ni adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumonias atau pneumokokus.  Penyakit-penyakit bawaan bakteria ini kebanyakkannya menyerang kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun.  Dan oleh itu sangat digalakkan untuk mengambil vaksin tambahan untuk mengelakkan penyakit ini atau sekurang-kurangnya membantu untuk mencegah dari dijangkiti oleh bakteria-bakteria ini. Bakteria pneumococcus ini boleh menyebabkan penyakit-penyakit berikut :

  1. Meningitis iaitu radang pada selaput otak atau saraf tunjang, 
  2. Pneumonia (jangkitan paru-paru), 
  3. Bakteremia (jangkitan darah) dan juga 
  4. Otitis Media (jangkitan telinga tengah).

Meningitis (Jangkitan pada radang selaput otak atau saraf tunjang)



Meningitis boleh mengakibatkan kecacatan yang serius seperti kurang pendengaran, lumpuh, kerencatan akal dan maut.  Simpton penyakit ini adalah seperti demam, keletihan, mengantuk atau kelalian, muntah-muntah dan kekejangan leher.


Bacteraemia (Jangkitan Darah)



Bakteremia boleh berlaku apabila kuman bakteria memasuki saluran darah dan mengakibatkan jangkitan darah.  Ia boleh membawa ke Meningitis.

Simpton-simpton penyakit adalah seperti demam, peningkatan kadar pernafasan dan anak meragam.


Pneumonia (Jangkitan Paru-paru)




 Simpton-simpton seperti batuk, kesesakan dada, kahak, demam dengan menggigil dan rasa sejuk.


Otitis Media (Jangkitan Telinga Tengah, sebelah dalam gegendang telinga)


Simpton-simpton seperti sakit telinga, demam dan anak kerap menarik-narik telinga.


Penyakit-penyakit pneumokokal ini boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran, kerosakan otak, kecacatan yang kronik, lumpuh, kerencatan akal, gugup atau kesukaran untuk bertutur dan juga boleh mengakibatkan maut. Sebenarnya, kuman pneumokokus ini terdapat didalam hidung dan kerongkong orang dewasa dan juga kanak-kanak yang sihat.  Kebanyakan kanak-kanak akan menjadi pembawa pada satu masa tetapi bukan semua kanak-kanak akan dijangkiti oleh kuman ini.  Selalunya ia kerap mengjangkiti kanak-kanak daripada orang dewasa kerana anak kecil kekurangan antibodi-antibodi yang tepat untuk melawan kuman tersebut.

Mereka-mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini adalah kana-kanak berumur 5 tahun dan kebawah, kanak-kanak yang ditinggalkan di nurseri atau pusat jagaan harian, kanak-kanak yang kurang daya tahan penyakit atau kurang imuniti kepada jangkitan, kanak-kanak yang pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah, sebelah dalam gegendang telinga, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok, dan kanak-kanak yang berpenyakit kronik seperti diabetes, jantung, paru-paru atau penyakit buah pinggang.


WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) telah menyarankan agar pemvaksinan penyakit ini melalui pemvaksinan berkonjugat perlu di utamakan kerana penyakit ini merupakan punca kematian No.1 di kalangan kanak-kanak berusia kurang 5 tahun.


Jom buat bisnes dari rumah! klik sini!

Monday, January 31, 2011

Stress!

Anda STRESS???

Kenali dan tangani stress anda.

Wah, wah wah cik puan asap nak bercerita pasal stress pulak...erk, apa stress sebenarnya yek?
Selalunye bila stress kita tak perasan pun yang kita tengah stress..dan orang yang paling hampir dengan kita selalunya akan perasan perubahan diri kita apabila kita mengalami stress. Sebenarnya stress ini adalah apa-apa perubahan tindak balas dari segi fizikal, emosi dan mental seseorang. Ia merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran seseorang.

Kenapa anda STRESS??

Selalu orang akan tanya kenapa dengan ko? Apa masalah ko?

Jawabnya,

  • Diri sendiri - mungkin kita ade sedikit rase kecewa dalam diri sendiri.
  • Keluarga - mungkin berpunca dari masalah rumahtangga, kewangan, anak, dan macam-macam lagi.
  • Pekerjaan - mungkin berpunca dari sikap rakan-rakan sekerja, orang bawahan, orang atasan, tidak cemerlang dalam kerja, tak naik pangkat, tak naik gaji, kena buang kerja, kena tukar dan macam-macam lagi lah.
  • Komuniti - bertengkar dengan orang sekeliling, jiran
  • Kesesakan lalulintas - haaa, jangan tak tau jalan jammed pun kita boleh stress tau!
  • Persekitaran yang tidak selesa
  • Tragedi - mungkin fobia dengan peristiwa-peristiwa silam yang tak mampu ditanggung lagi.
  • Menunggu lama - pun boleh jadi stressssssss....huh!..marah ni marah, lambat sangat....

Macam mana nak mengesan yang diri kita tengah mengalami situasi ini?

  • Mula-mula jantung kita tiba-tiba berdegup kencang....
  • Lepas tu cepat je marah, melenting tak pasal...benda kecik pun nak marah
  • Tidak rase gembira seperti orang lain
  • Hilang selera makan
  • Hilang minat kerja...macam kurang tumpuan dalam kerja, tak ambil berat pasal kerja
  • Tidak cukup tidur..ye lah kepala asik pikir masalah, masalah, masalah.....
  • Suka menengking...ha, jaga-jaga...
  • Cuba menjauhkan diri dari orang...jangan pendam lama-lama nanti takut terjun bangunan pulak

Jadi, penyelesaiannya :

  • Sila bawak bertendang...ehs, bertenang...tarik nafas dalam-dalam dan fuhhhhhh lepas pelan-pelan.....
  • Cuba kenal pasti kenapa anda marah-marah....istighfar banyak-banyak....
  • Cuba dapatkan nasihat dari sahabat yang anda percayai
  • Kalau marah jugak, cuba beredar ke tempat lain....ambik air sembahyang
  • Bawa berbincang dengan ahli keluarga atau rakan taulan...jangan bergadoh pulak, bincang elok-elok
  • Ha, yang ni payah sikit terutama bagi orang yang mempunyai ego yang tinggi...CUBA membiasakan diri MEMAAFKAN dan TERIMA kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan.

Beberapa tips yang boleh dikongsikan untuk hidup yang sentiasa ceria :

Amalkan 10B!

Apa dia 10B???
Jom kita lihat :

  1. Bertenang....cool
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkata : Relaksla....
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan seseorang...maknanya luahkan perasaan anda pada sahabat yang anda percayai
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar muzik
  8. Beriadah
  9. Bersenam
  10. Berfikiran positif
Rujukan : www.infosihat.gov.my

Nota keyboard : Stress bila bulan lambat datang or tak datang langsung???!!!...hihi...;p

Monday, January 3, 2011

Ear Infection (Otitis Media)

Anak korang pernah tak kena jangkitan kuman di telinga atau dalam bahasa perubatan nya ialah Otitis Media? Apa itu Otitis Media atau jangkitan kuman di telinga? Haaa, ni nak cerita sikit..baru-baru ni si adik baru kena jangkitan kuman di telinga dia. Macam mana? Bagaimana bentuk dia? Ia berupa lelehan seperti nanah keluar dari lubang telinga dia..OOPPSS sangat mengerikan okey...

Pada mulanya aku ingatkan nestum dekat telinga dia sebab masa tu aku baru lepas bagi dia makan nestum..al-maklumlah dia kalau makan memang comot habis dan tangan memang lasak asik tepis sudu yang aku suapkan untuk dia, jadinya sangkaan aku adalah nestum tu melekat dekat tangan dia dan dia sapu dekat telinga dia..setelah di lap dengan kain rupa-rupanya benda tu datang dari lubang telinga dia...cuak aku sebentar..huhu...

Terus bawak pergi klinik...dan doktor menerangkan yang jangkitan ini adalah berpunca daripada selsema. mesti korang pelik kan macam mana selsema keluar melalui telinga...dan setelah diberi penerangan oleh doktor barulah aku faham..rupa-rupanya selsema yang tidak keluar dari hidung akan memasuki bahagian tengah telinga dan akan berlaku jangkitan disitu, macam bisul la kat dalam telinga..bahasa mudahnya, bisul tu akan bengkak dan pecah..once dia nak pecah budak akan menangis atau meragam dan bila dia dah pecah dia akan keluar melalui telinga...ha, gitu lah yang aku faham doktor tu cakap...

Jadi, cara nak mengubatnya doktor bagi ubat selsema yang akan mengeringkan nanah dalam telinga tu dan antibiotik untuk membunuh kuman tu...doktor tak bagi ear drop, sebab bende tu hanya akan melekat pada nanah dan bukannya pada area yang pecah tu, takut nanti dia akan masuk ke dalam otak pulak dan jadi lebih teruk...korang faham kan....ha, begitulah adenya.....

Dan korang perlu tau jugak, doktor cakap penyakit ni boleh berulang...itu yang aku risau..huhu...
Bagaimana nak mencegahnya? Hmm...kena pastikan anak tidak kena lagi selsema..huhu...bahaya weh rupanya selsema ni pada baby....

So, sekarang aku dah faham macam-macam jenis penyakit...

Kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh baca di sini.


Sakit buat duit.

Wednesday, December 22, 2010

Apa Yang Patut Anda Lakukan Apabila Anak Demam

Aku baru nak buat entri pasal apa yang patut kita lakukan apabila anak demam, sekali aku tengok ade sorang blogger dah publish entri tersebut...sila baca dari blog beliau..

Bukan apa, anak-anak aku baru je baik dari demam..so, aku nak citer lah sikit pada korang-korang apa yang patut kita lakukan apabila anak demam..

Selalunya aku bawak pegi doktor ambik ubat..selain tu aku basahkan kepala anak aku dengan air, lepas tu aku lap-lap badan mereka dan selalunya aku letak towel lembab kat kepala diorang..sebab apa aku buat macam tu, sebab aku dapat saranan dari mereka yang berpengalaman agar sentiasa lembabkan badan budak-budak tu dengan air atau towel lembab agar badan mereka cepat sejuk untuk mengelak dari berlakunya sawan tarik atau kekejangan..Kekejangan boleh menyebabkan anak tidak sedarkan diri dan menggigil tanpa kawalan...Nauzubillah, janganlah berlaku pada anak-anak aku...dan selalunya aku akan cuba mandikan mereka...

Selain mengalami kekejangan, ada juga kanak-kanak yang akan meracau-racau jika suhu badannya terlalu tinggi. Korang boleh melihat anak-anak korang seolah-olah rasa takut, gelisah dan berkhayal.

Ade colleague keje aku siap rendamkan anak beliau dalam besen/bath tub...hohoh...ada juga rakan yang sarankan supaya banyakkan breast feed bagi mereka yang masih breast feed anak agar proses penyembuhan lebih cepat...

Bila aku bawak anak-anak ke klinik mereka termasuk doktor, medical assistant,  nurse, pharmacist menyarankan agar selalu lap anak dengan towel basah agar badan mereka sentiasa lembab demi memastikan kehilangan air akibat pemanasan oleh badan dapat diganti dengan segera terutama di bahagian kepala, di setiap celah pelipat seperti ketiak, peha dan lengan.

Kesimpulannya, sentiasa lembabkan badan anak dengan towel lembab apabila mereka demam untuk menggantikan semula kehilangan air dari badan agar tidak berlaku kekejangan.


Sekian.

Demam cari duit!

Monday, October 18, 2010

Apa Yang Anda Perlu Tau Mengenai Pneumonia

Lambat betul aku nak apdet pasal Pneumonia ni..yelah asik sibuk dengan anak keluar masuk hospital je lepas tu anak-anak demamla dan macam-macam hal lagi...dan aku pun pelik jugak ape yang bizi sangat dengan aku nih~?...ha, korang yang ade anak sedang membesar tu tau la macam mana kan...

Korang dah baca kan pasal anak aku kena Pneumonia tu...alah cakap melayunya jangkitan kuman pada paru-paru...dah banyak kali aku dengar pasal penyakit ni tapi tak berapa nak ambik pot sangat...sekali anak aku kena pulak penyakit ni..haaa...hambik....

Apa yang aku boleh terangkan dekat korang pasal pneumonia ni adalah seperti berikut :

(ni pun setelah aku translate ke bahasa kita dari artikel asalnya bahasa inggeris...mintak mahapla ayat-ayatnye tak berapa nak sedap baca..huhu..)

Pneumonia
Pneumonia adalah sejenis penyakit jangkitan paru-paru yang disebabkan oleh bakteria, kulat dan virus. Penyakit ini sangat umum pada bayi. Bayi dengan mudah boleh mendapat penyakit ini dan tanda-tanda penyakit ini adalah seperti batuk, demam dan masalah pernafasan. Penyakit ini boleh dirawat di rumah dan jika serius bayi boleh dirawat dihospital. Pneumonia boleh terjadi dengan tiba-tiba pada bayi dan berpanjangan selama satu minggu hingga sepuluh hari.

PENYEBAB PNEUMONIA PADA BAYI
Ada banyak penyebab pneumonia yang disebabkan oleh pelbagai mikro-organisma seperti bakteria, virus dan organisma lain. Ia terdiri daripada : -

* Bakteria - pneumonia pada bayi yang disebabkan oleh bakteria mempunyai gejala seperti batuk berkahak yang berwarna hijau atau merah seperti darah/karat.
* Virus - Sekitar lima puluh peratus kes pneumonia dilaporkan pada bayi yang disebabkan oleh jangkitan virus. Gejala kelihatan mirip seperti flu/selsema.
* Mycoplasma - Ia adalah sejenis bakteria yang menyebabkan bayi demam ringan dan jangkamasa pemulihan memerlukan waktu yang lama. Gejala-gejala yang disebabkan pneumonia akibat mikro organisma ini adalah seperti mual dan muntah-muntah, kahak berwarna putih dll


GEJALA PNEUMONIA PADA BAYI
Berbagai gejala yang ditunjukkan bergantung kepada penyebab dan keterukan tahap jangkitan dan usia bayi : -

* Malaise (taktau nak translate sebagai ape)
* Batuk
* Demam
* Masalah pernafasan (selalunye pernafasan berbunyi whizy-whizy...macam wisel ditiup)
* Nyeri dada dan banyak lagi


DIAGNOSIS
Jika bayi didiagnos mempunyai pneumonia, rawatan yang terbaik harus diberikan kepada bayi. Jika rawatan tidak diambil, ia boleh menyebabkan kematian. Untuk mendiagnosis pneumonia, doktor perlu melakukan ujian-ujian seperti berikut: -

* Pemeriksaan Umum
* X-ray



RAWATAN
Rawatan yang tepat harus dilakukan untuk bayi yang baru lahir dan rawatan tambahan juga harus diambil untuk mencegah mereka dari bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan terdiri daripada : -

* Antibiotik
* Rehat yang cukup
* Minum banyak air masak
* Ubat-ubatan yang perlu


Jika pneumonia yang disebabkan oleh bakteria, biasanya dirawat dengan pengambilan antibiotik. Antibiotik perlu diberikan kepada bayi supaya penyakit ini tidak berulang.
Jika pneumonia yang disebabkan oleh virus ,rawatan yang diperlukan adalah dengan mengambil ubat antivirus dan biasanya doktor akan menyarankan untuk mengambil rehat yang cukup dan minum banyak air kosong.
Dan jika pneumonia yang disebabkan oleh Mycoplasma, juga dirawat dengan antibiotik. Rawatan penyakit ini memerlukan jangkamasa pemulihan yang lama pada bayi sekitar empat hingga enam minggu.

PENCEGAHAN
Ibu-ibu digalakkan mengambil beberapa langkah pencegahan seperti berikut untuk mengelakkan berulangnya penyakit ini pada bayi mereka : -

* Elak bayi bertemu dengan orang yang mengidap batuk, demam, selsema dan juga mereka yang mempunyai penyakit jangkitan saluran pernafasan seperti influenza kerana bayi amat mudah berjangkit dengan penyakit-penyakit tersebut.
* Bayi juga tidak harus di temukan dengan orang yang mengidap penyakit campak atau cacar air bagi mengelakkan berlakunya penumonia.


VAKSINASI

Vaksinasi yang tepat harus diberikan kepada bayi pada waktu yang tepat. Pneumococcal vaksin polisakarida (PPV) harus diberikan kepada bayi untuk mencegah mereka dari pneumonia.

KESIMPULAN
Pneumonia dalam beberapa kes dianggap sebagai penyakit jangka pendek dan boleh dirawat. Tetapi kadang-kadang ia boleh menjadi bahaya sehingga berlakunya komplikasi yang serius pada bayi.

Artikel asal adalah dari sini

Artikel lanjut sila baca di sini.

Maklumat lanjut juga boleh didapati disini

Lagi perbincangan mengenai jangkitan kuman pada paru-paru

Maklumat home bisnes disini






Wednesday, July 14, 2010

Petua Sakit Mulut

Aku dah jumpa petua sakit mulut...alah, sariawan mulut adik dah nak baik baru aku jumpa petua nih..ape-ape pun bagi sesape yang ade baby yang kena sakit mulut ni bole lah mencuba petua nih.

Petua nih untuk baby yang mengalami sakit mulut atau pun namanya sariawan atau juga di panggil kerak susu pada lidah baby..cara-caranya ialah :

Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.
  • Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.
  • Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.
  • Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.
Petua ini diperolehi dari sini

Tambahan yer paun-paun..eh?, puan-puan.. sowiii...

Boleh juga mencuba kekdah gini :

Keputihan Pada Mulut Bayi
Caranya, titikkan satu atau dua titik air hangat (suam-suam kuku) pada tempat yang putih, dalam seminggu. Insya-Allah, keputihan itu akan sembuh. Boleh juga ambil serbuk penaik lalu dibubuh didalam air suam. Kemudian celupkan kapas dan sapukan pada lidah bayi.

Ade orang guna kain napkin..celup kain tu dalam air suam, lepas tu tonyoh pada lidah baby tu..tonyoh tak taktau? gosoklaa...tapi jangan kuat sangat sakit baby...tapi saya tak sampai ati buat macam tu...dah la mulut die sakit, pastu tonyoh lak dengan kain...


Petua buat ibu duit!

Tuesday, June 1, 2010

Jom Cuba Nie!

Nak terai ni pulak...ape itew??? jeng-jeng-jennnggg...M.A.'.A.J.U.N...dari testimoni orang yang dah mencuba, katenye saaaaaangat bagus..so, saye pun orderlah 2 botol...tujuan saye nak menerai bende alah ni adalah untuk mencuba Family Planning..almaklum la, anak dah dua, dah tu rapat-rapat pulak...soooooo sekarang kena lah beringat sikit..hehe...mule-mulenye ingat nak ambik injection je...tapi bile di pikir-pikirkan balik risikonye adelah sangat tidak bagus maka saye harus mencuba sesuatu yang natural yang bersumberkan alam semulajadi..so apalagi terai ma'ajun la pulak...Ma'ajun ape? Ma'ajun Anggun Bistari..hehe..

Saye tau pasal ma'jun ni pun dari blog Eynda . Sila buat lawatan ke blog beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut..

Ni die ma'jun yang baru sampai tadi..

II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
VVVV
VVV
VV
V




Saye order dari Suffah Beauty Shop

Haa..mari kite lihat ape keistimewaan ma'ajun ni..istimewa sangat ke?hihi...cuba dulu..

APA ITU MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB)??

MAB adalah produk tradisional dibuat dari herba, rempah ratus dan madu. Kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning (perancang keluarga). Walaubagaimana pun MAB juga bertindak sebagai ubat multipurpose dalam penjagaan kesihatan dalaman/kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga. MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah family planning moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul. MAB juga boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas berkahwin/belum berkahwin dan orang-orang tua(warga emas). MAB dijamin bersih, suci lagi halal tanpa perlu diragui lagi bagi org Islam

KOMPOSISI

Kacip Fatimah + Serapat + Senduduk + Inai + Madu + Manjakani + Habbatus Sauda/jintan hitam (Maksud Hadith: “Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda’ ini, kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat segala penyakit kecuali As-Sam(maut)” Al-Bukhari)

KHASIAT DAN KEGUNAAN MAB

Ø Merancang Keluarga
Ø Merawat keputihan
Ø Cantikkan kulit/menegang payudara
Ø Memelihara peranakan
Ø Membuang darah kotor melalui period
Ø Mengawal berat badan
Ø Teraturkan period (haid)/stabilkan hormon
Ø Menambah tenaga
Ø Melawaskan buang air besar
Ø Memulihkan/melambatkan monopaus
Ø Awet muda
Ø Melancarkan peredaran darah
Ø Memecah lemak/kolestrol/toksin
Ø Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat


MELAMBATKAN/ MENGEMBALIKAN PERIOD BAGI ORG YANG TELAH MONOPOUSE

Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan monopouse di usia yang terlalu awal iaitu sekitar 40an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah sekitar usia 30an, disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup, otak kita menjadi kurang berkupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan, jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan monopouse.Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumahtangga. Hubungan seksual juga menjadi tidak harmoni. InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat di atasi dengan baik


MAB UNTUK IKHTIAR DAPATKAN ANAK

Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period tak keluar habis/keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan. Dengan mengamalkan MAB, ianya mengeluarkan blocking tersebut supaya perjalanan sperma menjadi lancar. Dengan itu proses penghamilan akan lancar.


SESUAI UNTUK WANITA BERUMUR/WARGA MAS

MAB ini bukan sahaja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada waita yang berumur 50an ke atas. Bagi golongan berumur/warga emas ianya tidak dapat mengembalikan period lagi, cuma hanya boleh mendapat khasiatnya seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas-kebas dan sebagainya.

Thursday, March 11, 2010

Cara Mengatasi Masalah Bayi Berkahak

Tengah aku berjalan-jalan dalam tenet mencari produk set bersalin, tetiba aku terjumpa satu petua untuk menghilangkan kahak di kalangan bayi. Pernah juga ade orang mengajar aku menepuk belakang dada baby selepas setiap kali mandi agar kahak die mudah keluar. Kekdah ini pun lebih kurang juga caranya.

Ni tiru, copy and paste dari ratuhati.com :

Selsema, batuk dan kahak membuatkan baby sukar bernafas dan berasa tidak selesa. Baby di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru. Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang babykerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri. Selalunya kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

Kebiasaanya ibu bapa akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

Apa yang boleh kita lakukan sekiranya di rumah memang tidak ada alat penyedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas baby mereka. Caranya mudah, pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

** Artikel selanjutnye sile layari Ratuhati

Sambil-sambil tu jom kita layari cinta disini : cinta hatiku

Monday, March 8, 2010

HFMD

Lame betul tak update blog ni..sibuk menjaga anak yang tak sihat..kesian aliff..asik tak sihat je..cuti Maulidur Rasul lepas aku balik kampung..sebelum tu aku dah perasan yang mulut die dah merah2..aku ingatkan sebab cuaca panas sementelah die pulak kurang minum air kosong..sampai kampung aku tengok mulut die makin merah..aku masih lagi beranggapan sebab cuaca panas..dikampung memang panas sekali..air liur dia pula makin banyak meleleh sampaikan aku terpaksa menukar bajunye bile baju die dah basah kuyup dengan air liur die..pelik jugak, kenape die tak boleh kontrol air liur die dari meleleh..selera makan die pun kurang, minum susu pun tak mahu sangat..bile die sangat kelaparan susu baru die minum itupun bile susu tu dah sejuk baru die nak minum..

Besoknya, aku tengok mulut die dah tumbuh ulser di kiri dan kanan mulut..jadi aku beranggapan die kurang selera makan dan air liur meleleh disebabkan ulser dimulutnya dan aku beranggapan ulser di mulut die terjadi disebabkan oleh cuaca panas..

Apabila balik ke k.l aku terus ajak cik abang pegi klinik untuk ambik ubat ulser mulut si aliff..pagi tu aku perasan di tapak kakinya dah naik vesikel..tapak tangan die belum lagi..aku berdoa dalam hati moga-moga ini bukan petanda yang die mendapat HFMD..memule jumpa Medical Assistant, lepas tu dia antar gi jumpa Doktor. Doktor terus diagnos sebagai HFMD (Hand, Foot and Mouth Desease / Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut) apabila tanda-tanda penyakit itu terdapat pada Aliff..aku terus meloponggggg...O..OOooo....

Terus doktor suggest kan ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya..kami terus ke PMC dan berjumpa dengan pakar kanak-kanak..dan doktor yang very concern itu telah merawat aliff dengan baik..hanya ubatan biasa sahaja yang diberikan iaitu ubat demam, antibitotik, ubat sapu, dan ubat batuk..dengan ubatan2 tersebut penyakit aliff terus baik dalam hanya 3 hari..sangat berkesan ubat itu..

Follow-up hari berikutnya adalah pada hari ke 4 dan terus doktor cakap aliff dah sembuh dari penyakitnya..syukur al-hamdulillah..sekarang aku tengah menunggu keputusan dari makmal..owh lambatnya result die nak keluar..

Peringatan kepada kawan2..sila awasi anak anda sekiranya mereka mempunyai tanda2 dan gejala seperti ini :

1. Mulut merah
2. Air liur meleleh
3. Ulser mulut
4. Kurang selera makan
5. Demam

Rujuk terus kepada doktor sekiranya gejala seperti di atas terdapat pada anak anda..kemungkinan mereka menghidapi HFMD..menurut M.A yang mengambil sampel aliff penyakit ini adalah bermusim..kebiasaannya berlaku dan cepat merebak pada musim panas sekitar bulan Mac hingga Mei.


 Tengoklah muka dah cengkung, mulut sentiasa merah

Air liur meleleh dan mulut yang merah..masa ni dah ade ulser kat mulut.. 

Tapak kaki die dah tumbuh vesikel kecil tapi tak banyak 

Inilah ubat2an yang dibekalkan oleh Doktor Mahinder untuk Aliff

Sehingga ke hari ini aku taktau dari mana die mendapat penyakit ini..sebab aku tak keluar bercuti ke mana2 pun, cume setakat membawa die ke NSK membeli barang2 dapur..

Tuesday, December 29, 2009

Petua Budak Demam Panas

Sedikit lagi petua aku nak perturunkan..dapat dari mak aku la..die kate kalo budak kecik kena demam panas, org2 tuo kek kg aku suh barutkan budak tu dgn Daun Sembung...Ini lah rupe daunnye :





Bila barut kat budak yg kena demam panas tu InsyaAllah cepat sejuk badannya...dibarut pada waktu malam..pagi sok nye daun tu akan mengering..bangun pagi tu buanglah daun2 yang dah kering tu tapi kalu korang nak buat koleksi buleh juge..tadehal punye..

Setelah dibelek2 dalam tenet maka inilah sedikit sebanyak info yang aku dpt mengenai daun ini.

Nama tempatan : Sembung / Capa
Nama saintifik : Blumea balsamifera
Famili : Compositae (Asteraceae)
Kegunaan :


  • Digunakan secara tradisional selepas bersalin atau melahirkan anak.
  • Daunnya digunakan secara meluas sebagai salah satu bahan di dalam air mandian wanita selepas bersalin dan bayi untuk menghilangkan bau badan.
  • Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut.
  • Daun sembung dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu.
  • Akar muda pokok ini digunakan untuk merawat luka dalaman.
  • Akar dan daun yang ditumbuk pula digunakan untuk merawat sengal-sengal tulang.
  • Di negara lain di Asia Tenggara seperti Filipina, daun sembung juga digunakan untuk melawaskan kencing dan untuk merawat batu karang.
  • Pokok sembung juga menghasilkan minyak kayu kapor yang boleh digunakan bagi merawat bengkak sendi.
Maklumat lanjut sila layari : serisubuh.com di dalam kategori perubatan
Maklumat lain juga boleh di dapati disini 

Demam jugak kat sini!


Tuesday, November 17, 2009

Petua untuk Campak/Measles/Chicken Fox

Ni bukan petua utk campak2 orang ke hape tau..tapi ini adalah petua untuk merawat penyakit demam campak atau measle atau cengkering atau ayam serigala..eh, eh..chicken fox daa...eheh~

petua ni mak aku dpt dari arwah tok kecik aku..semua bahan main agak2 je..petua ni lah yg mak aku adaptasikan pada kami masa kami kecik2 dulu bile diserang ayam yang berupe serigala..hohoh..

Bahan2 yang di perlukan :

Segenggam mata beras (beras yg halus2 tu yg kalu kite tampi die ke tepi penampi itu yg di panggil mata beras)
6-7 biji mata kunyit..byk pun tkpe sebab kunyit kan agen anti bacteria (ermmm..kunyit yang kecik2 tu..ala, pada kunyit tu ade kunyit yg kecik tumbuh kt ats die..tu la di panggil mata kunyit)
2-3 genggam daun belimbing besi..lerai2kan.. (ala belimbing kampung yang bentuk die mcm starfruit tu yg buah die saaaaaaangat masam kalu kite mkn..buah die burung serindit suke sgt makan..bkn belimbing buluh tau, belimbing buluh yg bentuk die mcm jari2 tu, bkn yg tu..)

Kekdah :

Rendam mata beras lebih kurang 2-3 jam..seeloknye satu malam..pastu giling dgn mata kunyit dan daun belimbing besi..letak sikit air..mak aku blend aje sume bahan2 tu pastu campur dgn air penawar ruam..pastu sapu la kat tempat ruam2 tu tumbuh..InsyaAllah ruam die cepat kering..lebihan die bole simpan dlm peti ais..sok2 bole guna lagi..

Kekdah lain utk rawatan campak/cengkering :

Sila dapatkan air penawar ruam dari tok imam bertauliah..sekian dimaklumkan

*Peringatan yer : Jgn lupa berpantang yer tuan2 dan puan2..sile jgn mkn bende yg gatal2 spt ayam, daging dll...

sekian, maseh..

Petua buat duit!

Thursday, October 29, 2009

Petua Budak Demam Malam

Petua ni boleh dipraktikkan bagi budak yang selalu sgt kena demam malam macam aliff..die kalu setat demam dlm kul 7 mlm ke atas tu die dah setat warm-up..tgh2 mlm bdn die akan panas kdg mencecah hingga ke 40°C...sampaikan aku terpaksa menyumbat buntutnye di tengah2 malam dgn ubat buntut disamping membasahkan kepalanya dgn air...

Kekdah2nya ialah sila dapatkan sedikit daun Tebing Ayu..ni ha gambonye :





Kat tempat lain aku taktau la pulok di panggil ape..daunnye bergerigi..tumbuh menjalar/melata..buah die seakan2 buah letup-letup tapi tidak berbulu..masa aku kecik2 dulu pokok ni aku selalu buat main je..main masak2 maklumlah orang kampung..jenuh aku belek2 dkt internet carik info pasai tumbuhan ni tapi tak jumpa la pulak..korang nak tau lebih korang usyar la dalam tenet sendirik yer..

Daun ni hanya boleh didapati di kampung2 dan yang sekitar waktu dengannya..bagi yang dok kolumpo mcm aku ni terpaksalah balik kg mintak mak aku carikkan daun ni..dah dapat daun tu sila bersihkan dan rebus dgn akar2 die sekali..pastu mandikan anak tu dgn air rebusan daun tersebut...ulang sehingga 3 hari..insyaAllah demam die akan beransur surut..aku mandikan aliff sebelah petang je dgn air rebusan ni..baru mencuba 2 hari..nampak mlm die tidur dgn nyenyak dan bdn die tak panas..

P/S: Petua mak aku gak ni

Petua aku!

Monday, March 9, 2009

Hand Foot and Mouth Desease

Sedikit info mengenai gejala ini.

HFMD atau nama panjangnya Hand, Foot and Mouth Desease adalah suatu penyakit yang sering mengjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Penyakit ini boleh dikenalpasti apabila terdapat lepuhan kecil berair yang terdapat di tangan, kaki dan mulut. Tekak dan tonsil akan membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan hunbungan secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkiti.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama contohnya di nurseri atau taska. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Komplikasi
Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala- gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Sila rujuk guideline dari Jabatan Kesihatan Awam untuk mengenalpasti dan tindakan yang patut dilakukan sekiranya anak anda dijangkiti virus ini :

Guideline HFMD

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails