Assalam kawan-kawan....lame betul tak update, bukan ape bizi semedang..entah ape yang di bizi kan pun tak tau ler..Just nak share dengan kawan-kawan di luar sana mengenai Fadilat Bacaan Yassin...semua orang tau kan fadilat-fadilat bacaan Yassin ni sebagai penenang jiwa dan macam-macam lagi lah...tapi kejadian ni betul-betul berlaku pada diri sendiri dan menginsafkan diri yang sememangnya kurang amalan (untuk di bawa ke akhirat) memang benarlah fadilat yassin ni memang sangat-sangat berbaloi jika di amalkan.....
Kejadian berlaku pada tengahari Jumaat lepas ketika jemaah lelaki menunaikan Solat Jumaat...sememangnya aku akan membaca Yassin jika hati tidak tenteram dan sememangnya aku sedang dilanda pelbagai masalah ketika itu dan menyebabkan hati aku rasa sangat tidak tenang...hati sentiasa bergelora, sebak, gundah gulana, jiwa tertekan dan macam-macam lagilah....ketika itu aku sudah berniat untuk membaca Yassin 3 kali usai solat Zohor...Sebelum menunaikan Solat Zohor aku sempat sms husband menyatakan rase hati tidak tenteram mengingatkan anak-anak dan macam-macam perkara dan ketika aku berdiri untuk memakai telekung tiba-tiba aku tidak dapat menahan sebak di dada dan terus-terusan menangis dan terus terduduk.....sebelum ke toilet mengambil wudhu' perasaan itu telah aku rasakan sedari awal lagi tapi masih mampu mengawalnya....
Melihat keadaan aku yang seperti kerasukan menangis tanpa dapat dikawal rakan sebilik cuba mententeramkan aku...tapi apa yang aku ingat hanyalah Allah, Solat, dan Yassin.....aku masih lagi menangis tersedu sedan, teresak-esak menahan sebak dan ketika itu juga aku mengangkat tangan kiri untuk mengusap muka...ketika itu aku mula merasakan tangan kiri kebas....yang hanya mampu aku katakan pada rakan aku ialah "Tolong saya kak!...tangan saya kebas..."....selepas itu aku mula merasakan kebas menjalar hingga ke muka dan tangan kanan.....yang mampu aku lakukan hanya menangis kerana aku sendiri tidak mampu mengawal keadaan....yang aku ingat aku akan mati sebentar saja lagi....ketika itu juga rakan sebilik ku sudah menjerit meminta bantuan. Oleh kerana tiada siapa yang menyahut rakan sebilik ku terus berlari keluar mencari pertolongan...mujurlah datang dua orang sahabat berlari-larian masuk kebilik dan membantu mententeramkan aku....ketika itu juga tangan kanan aku sudah kejang, tangan dan kuku kaki sudah biru dan aku merasakan pernafasan di leher hampir tersekat.....masa tu seorang sahabat tadi telah meniup ubun-ubun kepala aku dan serta merta rasa tersekat itu hilang....SubhanaAllah.....dan ketika itu juga aku katakan pada sahabat-sahabat itu aku mahu baca Yassin.....dalam keadaan panik mereka membukakan Yassin untuk aku....
Kami sama-sama membacakan yassin dengan niat untuk menenangkan hati....Al-hamdulillah dari suku bacaan Yassin itu aku dapat merasakan ketenangannya....Subhanallah, MashaAllah...Maha Suci Engkau Ya Allah, Engkau menenangkan jiwaku dengan ayat-ayatMu......hanya air mata dan sedu sedan mengiringi bacaan Yassin ku.....Sehingga habis bacaan Yassin baru kelegaan terpancar dari wajah aku....
Begitulah situasi yang aku alami...betul-betul menginsafkan diri.....aku pun tak pernah alami kejadian seperti itu sebelum ini...betapa ia mengajar aku agar tidak terlalu memikirkan masalah yang bercelaru dan selalu ingat Allah...dan Syukur padaNya aku masih di panjangkan usia....
Nota terakhir : Terima kasih kepada teman-teman yang sering menyokong diri ini....aku hanya hambaNya yang lemah....Terima kasih yang tak terhingga atas sokongan semua, tidak terbalas rasanya.....Biarlah Allah saja yang membalas jasa kalian semua.....
Updated :
* Keadaan yang menimpa aku tersebut di panggil Hyperventilation Syndrome keadaan dimana aku mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai rase kebas di tangan dan mulut akibat tekanan emosi yang sangat tinggi. Boleh rujuk di sini dan di sini.
Updated :
* Keadaan yang menimpa aku tersebut di panggil Hyperventilation Syndrome keadaan dimana aku mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai rase kebas di tangan dan mulut akibat tekanan emosi yang sangat tinggi. Boleh rujuk di sini dan di sini.