nuffnang ads

Thursday, March 11, 2010

Cara Mengatasi Masalah Bayi Berkahak

Tengah aku berjalan-jalan dalam tenet mencari produk set bersalin, tetiba aku terjumpa satu petua untuk menghilangkan kahak di kalangan bayi. Pernah juga ade orang mengajar aku menepuk belakang dada baby selepas setiap kali mandi agar kahak die mudah keluar. Kekdah ini pun lebih kurang juga caranya.

Ni tiru, copy and paste dari ratuhati.com :

Selsema, batuk dan kahak membuatkan baby sukar bernafas dan berasa tidak selesa. Baby di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru. Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang babykerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri. Selalunya kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

Kebiasaanya ibu bapa akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

Apa yang boleh kita lakukan sekiranya di rumah memang tidak ada alat penyedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas baby mereka. Caranya mudah, pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

** Artikel selanjutnye sile layari Ratuhati

Sambil-sambil tu jom kita layari cinta disini : cinta hatiku

Wednesday, March 10, 2010

Sape Patot Menang?

Haa...bagi yang mengikuti The Biggest Loser Asia semalam pasti dah tau siapa yang menang dalam pertandingan tu. Memang dah agak David akan menang tapi sangat terkejut melihat perubahan diri dia..seolah-olah macammmmmmm~??..kalu korang bukak facebook TBL ramai yang kunun2nya corncern dengan David ni tapi bukan dengan cara mengutuk beliau..walaupun perubahan die sangat ketara tak patut la diorang cakap David tu macam "apes"la, pastu gi letak gambo apes dan samekan die dgn apes tu, pastu letak lak gambo orang anorexia pastu samekan lagi..tak pototla macam tu...tu menghina namanya...ramai yang baca dalam fb tu, fans pun dekat 20 ribu orang..memang ade yang betul2 corncern tapi ramai lagi yang macam tak setuju dengan keputusan siapa yang patut menang and obviously mereka tu adalah peminat Carlo..

Sebelum:

The King David (Indonesia)



Selepas:


Apa-apa pun dia dah menang dapat USD100,000, dapat kete lagi dan lepas ni die boleh menambah otot di badannya bagi nampak lagi tough...orang2 yang kutuk-kutuk die ape dapat???? Aku bukan peminat sape2 dalam TBL tu tapi aku minat dan luv watching that program..

Lelain komen:

Contestant lain yang ketara perubahannya adalah Gary (Thailand), Hafiz (Singapore), Tony (Thailand)..yang lelain aku rase tak ketara sangat..owh ye lupa lagi sorang sape lagi kalu bukan Kevin (Philippines)..ok la tu, nampak kecik sikit dari asal..heheh...badan macam dia memang tak boleh kurus dalam masa yang sangat singkat..sekurang2nya makan masa dalam setahun jugak..walaubagaimana pun, tahniah kepada semua peserta TBLA, season dua pun dah nak setat audition..ape kata sesape yang berminat sila lah join the audition!

**Aku perasan, ade juga beberapa peserta TBLA (yang terkeluar awal) tak hadir malam final tu..kenape eik?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails