nuffnang ads

Friday, October 1, 2010

Jangan Ambil Ringan Bila Anak Demam

Seperti yang dijanjikan inilah entri mengenai anak-anak aku yang sakit macam-macam seminggu sebelum menyambut hari raya....raya yang begitu kelam kabut bagi aku taun ni...

Alahai sian adik..seminggu sebelum raya masuk sepital...demamnya tak kebah selepas dua tiga hari...bila bagi ubat, panas die surut la..lepas enam jam badan dia panas balik..memula aliff demam..dalam masa aliff demam adik kena cirit-birit sampai melecet habis punggung die..bila die dah cirit-birit tau ajelah asik merengek je, susu pun tak nak, pastu asik nak nenen je...dah la susu badan aku kurang...kesian betul aku tengok anak aku sorang tu lemah je..lepas abangnya kebah demam adik pulak sambung demam...memule ingat demam biasa..tapi bila dah berhari-hari demamnya tak jugak surut-surut aku naik risau..terus hantar hospital..

Bermula dengan abangnya demam diikuti adik cirit birit dan demam...

Ikuti kronologi kesnya :

23 August 2010 (Monday)
Petang Ahad tu Aliff setat demam...pagi senin tu teragak-agak nak pegi keje..so Abang N suh ambik cuti je anak demam...so call colleague kate aku E.L hari tu..

24 August 2010 (Tuesday)
Pagi Selasa tu pun sama macam semalamnya..last-last ambik E.L lagi sehari..demam aliff tak baik lagi..

25 August 2010 (Wednesday)
Oleh sebab dah kerap sangat cuti aku ambik keputusan bawak aliff pegi opis dan  terus pegi klinik UIA ni..sampai klinik doktor kasi ubat then die suruh Aliff ambik neubulizer sebab die dengar paru-paru aliff macam ade wheezy sound like asthma..oleh sebab die penah ambik gas tu sebelum ni so die takde masalah bila sedut gas tu lagi, tak menangis dan berkelakuan baik..bagusnya anak ibu ni..dan die kena ulang lagi ambik gas tu lagi dua kali..petang tu sekali lagi dan pagi besoknye lagi sekali.

26 August 2010 (Thursday)
Pagi tu lagi sekali bawak aliff ke klinik untuk ambik neubulizer...lepas tu jumpa doktor lagi then die kasi lagi ubat..huh ubat lagi...penuh peti ais kat rumah tu dengan stok ubat..

*Dalam masa Aliff demam, adik pulak kena cirit-birit...berkejaran pulak bawak adik pegi klinik...memang dugaan betul membesarkan anak ni...kalau boleh kita nak anak tu sihat manjang..tapi nak buat macam mana  bila Tuhan nak duga kita dengan kesihatan  anak-anak..so, redha dan banyak bersabar dan belajar dari kelemahan kita sebelum ni...mungkin kita cuai di mana-mana sehingga anak ditimpa sakit..

Lepas tu kan cuti panjang Nuzul Quran (Jumaat)..sepatutnya minggu tu balik kampung..tapi disebabkan anak-anak manjang tak sihat kansel balik kampung..

Adik pulak setat demam hari Nuzul Quran tu..masa tu Aliff baru je sihat dari demam..Memula fikir nak E.L je hari Isnin 30hb tu sebab besoknya kan hari merdeka, cuti lagi, baik terus sambung cuti..tapi bila memikirkan asik cuti je so kansel plan asal dan terus pegi keje..pagi tu hantar Aliff ke nurseri dulu lepas tu masuk opis kejap setelkan ape yang patut lepas tu berkejar ke rumah pengasuh untuk bawak adik ke hospital..masa aku tinggalkan adik kt rumah baby sitter tu panas badan die memang tinggi..sekejap je suhu badan die naik 39°C..memang cemas betul aku..sebab petang semalamnya demam die macam dah nak kebah tapi tiba-tiba tengah malam tu panas badan die naik..lepas ambik ubat pun badan die still macam tu...masa hantar adik kt rumah baby sitter tu aku dah tinggalkan air cap badak dengan daun bunga raya untuk pupuk pada kepala dia kasi sejuk..aku tengok adik masa tu dah lemah sangat...

Cepat-cepat bawak die ke hospital dengan bantuan makcik baby sitter tu..dan doktor suggestkan die di admit terus ke hospital sebab badan die nampak lemah dan dah dehidrate..doktor ambil sikit darah die untuk buat ujian takut-takut denggi atau virus lain yang menyerang anak aku.

Adik dan nenek (babysitter)

Adik cuba mintak belas ihsan dari nenek


Menangis setiap kali kena sedut gas 




Seharian aku dihospital dan petang tu aku minta kebenaran doktor untuk bawa pulang adik sebentar untuk mengambil aliff di nurseri, hantar pulang makcik yang babysit anak aku dan mengambil pakaian aku dan adik untuk berkampung dihospital...

Dan malam tu jugak tau yang adik kena Pneumonia setelah ujian darah dan x-ray dilakukan pada adik..kesian adik....terpaksa sedut gas neubulizer, masuk air, sedut kahak...setiap kali sedut gas mesti nangis apatah lagi bila sedut kahak..aku pun tak sampai hati tengok wayar masuk ikut idung dan mulut die untuk sedut kahak....aku sendiri yang tengok pun rase nak termuntah, rase nak menangis pun ade, die lagilah.....budak 5 bulan, apa lah tau....yang die tau menangis ajelah sambil meronta-ronta...aku terpaksa kuatkan diri untuk itu...

Selama 5 hari 6 malam adik di tahan di hospital dan sepanjang itu jugaklah aku dan abang N berbuka puasa di hospital...abang N lah yang jadik tukang beli nasik dan lauk untuk berbuka dan sahur...




Ini je sekali die tak nangis sedut gas



Gigit jari nampak nurse datang nak bagi ubat dan sedut gas



Abang nak enterframe...tak malew...



Dan sepanjang dihospital tu, adik memang fobia dengan orang yang pakai stetoskop dan misi-misi berbaju biru...sebab die tau nanti die kena sedut gas dan kena sedut kahak...owh tidak!!!! die tak nak semua itu...dan selama itu jugalah die memang taknak duduk dikatil hospital tu, asik suruh aku dukung dia bawak pusing-pusing sekitar hospital, paling kurang pun pusing-pusing dalam wad..itulah rutin petang die tiap-tiap hari...asal aku bawak die masuk bilik je mesti die nangis....terpaksa lah bawak die jalan-jalan lagi sampai die puas...ape-apa ajelah adik oiiiii.....asal mung bahagie sudoh....huhu...

Saat-saat boring die kat katil hospital




Akhirnya, selepas 6 hari doktor benarkan adik discaj pada hari sabtu...memule doktor teragak-agak nak bagi keluar sebab die tak konfirm lagi antibiotik adik dah complete belum...bila check dengan nurse sekejap kate dah complete, sekejap kate belum...doktor kate discaj hari ahad...petang sabtu tu bila doktor attend lagi sekali aku mintak die check dengan nurse dan cuba pujuk doktor tu bagi adik discaj hari tu jugak and at last doktor kata YES, boleh discaj....yahuuuuuu!!!......

Aku pulak yang terober suke...hikhik...yelah boring ko dok sepital 5 hari 6 malam...kalu dapat balik rumah hari sabtu dah tentu aku boleh kemas rumah, basuh kain baju yang dah berbakul-bakul...Abang N tak reti nak operate washing machine tu walaupun aku dah offerkan diri banyak kali nak ajar die guna mesin tu tetap die tak mau....

 Nih baru lepas kuar sepital, tengok tangan die ade kesan cucuk jarum



Dan dapatlah adik beraya di kampung taun nih....yahuuuu!!!

 Waaah!! dengan baju melayu, kopiah bagai...comeynye anak ibu nih...

Sekian, abih citer

Nota keyboard: Hmmm...janganlah anak-anak aku ditimpa sakit yang teruk-teruk lepas ni....lindungilah mereka dari penyakit-penyakit berbahaya Ya Allah...

Jom baca sini pulak!

No comments:

Post a Comment

Sila2kan la komeng kalo sudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails