Oppss terlupa nk post resepi ni...rupa-rupanya dah berbulan dok dalam draft...okla kali ni nak share Kek Marble pulak. Selamat mencuba!
Sejak-sejak anak nak membesar ni kan memang rajin aku buat kek...nak kata tetiap minggu tu idokler..paling-paling pun 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali ..itu pun kalo mood tengah rajin...kadang-kadang jadi kadang-kadang tak jadi...bila tak jadi tu mula la kuciiiwa sangat-sangat...tapi bila fikirkan permintaan anak ibunya datangkan jugak mood tu...

Kali ni aku try buat Kek Marble Coklat dan kejadiaannya sangat mengujakan aku kerana keknya sangat lembut dan gebu...sumber kek ni hasil dari google dan tak silap dari mesra.net....walaupun masa bakar tu kejadiannye sangat tak cantik sebab die naik membukit....lepas masak je aku biarkn sekejap di dalam oven dan bila nampak kek mula turun aku terus terbalikkan kek atas redai dan biarkn begitu dengan pintu oven sedikit terbuka.
KEK MARBLE COKLAT (sumber mesra.net)
Bahan A:
1 cawan mentega (aku guna marjerin)
2 cawan tepung gandum (aku guna tepung naik sendiri)
Bahan B:
1 cawan gula (aku suggestkan hanya guna 3/4 cawan)
5 biji telur
Sedikit esen vanilla
Bahan C:
1/2 sudu makan serbuk penaik (tak letak sebab guna tepung naik
sendiri)
4 sudu makan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat (aku kurangkan sedikit sebab dah guna 1
cawan gula dan rasanya agak manis bagi aku)
Cara-cara:
Pukul bahan B hingga kembang.
Pukul bahan A hingga sebati.
Masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B dan putar hingga
sebati.
Masukkan serbuk penaik dan putar lagi.
Masukkan susu pekat dan putar hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan satu
bahagian lagi dimasukkan serbuk koko.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan selang selikan denngan
adunan koko. Ulang sehingga adunan habis. Lorekkan.
Bakar pada suhu 180-185 darjah celcius selama 45 minit atau
sehingga masak. (Ikut kesesuaian oven masing-masing ye)
No comments:
Post a Comment
Sila2kan la komeng kalo sudi