Aritu kan aku dpt buah mangga muda colleague aku bagi..setelah di bagi2 sedikit sorang dan mentekedarah mangga muda dkt kantin opis sambil mintak kicap dan gula dari toke kantin maka belennye aku bwk balik dan malam tu aku pulun buat jeruk pulak..ini jeruk versi rekaan aku sendiri..nak terai, terai ler..
Jeruk Mangga Muda
4-5 biji mangga muda
2 cawan air masak
6 sudu makan gula
2 sudu teh garam
sedikit cili api (tak nak pedas tak yah letak)
Sedikit kapur makan
1 botol kaca kosong
Kekdah2 :
- Potong buah mangga muda sesuka ati korang nak kecik ke besar ke lantak korang la.
- Basuh bersih dan rendam dalam air kapur selama lebih kurang 10 minit (utk kasi itu buah rangup)
- Bilas bersih itu buah.
- Bancuh itu gula sama garam dalam air masak. kasi belen itu manis dan masin..biar manis sikit dari masin baru sedap.
- Masukkan buah yang sudah dibersihkan itu ke dalam botol kaca kosong.
- Tuang air bancuhan gula dan garam tadi.
- Nak rase pedas letak cili potong.
- Tunggu 2-3 malam baru bole ngap!
- Siap.
Selepas di rendam dgn air bancuhan gula dan garam
Selepas 1 malam, die jadik mcm ni
IIII
II VVV
V
Selepas 1 malam, die jadik mcm ni
IIII
II VVV
V
Disebabkan ketidaksabaran kami menunggu jeruk ni "masak" lagi 2 malam, maka kami telah membedal malam tadi hingga tinggal separuh botol jeruk tu..tuh pun cik abg yang banyak makan..asik nak berebut dgn die jek..
Jeruk pun ade kat sini!
sib baik tadi aku dah layan jeruk.so takdela kecur liur bila layan n3 ni.hihi
ReplyDeletesile ler jamu selera!..
ReplyDelete