nuffnang ads

Sunday, September 4, 2011

Cerita Sebelum Raya

Seminggu sebelum raya abah dimasukkan ke hospital gara-gara hipoglisemia plus stroke...kami adik-beradik bila dapat berita pagi tu abah tak boleh bangun dan tiba-tiba tidak sedarkan diri kami terus balik ke kampung ambil emergency leave..sepanjang perjalanan balik ke kampung tu air mata aku dah berjujuran sambil bacakan yassin untuk abah...sampai di hospital aku tengok abah baru sedar dari pengsan dan kelihatan agak lemah...doktor bilang die hipo, sugar low sangat dalam 1.0++...bila doktor buat ct-scan di otak die kedapatan ada sedikit small infract dalam otak die means die pernah diserang stroke sebelum ini....tapi kami sendiri pun tak sedar yang die pernah diserang stroke sebab tak ade pun tanda-tanda yang die pernah terkena stroke...melainkan kami selalu nampak die seperti terawang-awangan seperti mengigau, bercakap sorang-sorang, nampak budak-budak la dalam rumah, nampak ramai orang datang rumah, mengangkat tangan tinggi-tinggi seperti cuba menggagau sesuatu dengan mata terpejam, memangil-manggil nama orang yang dikenalinya (padahal tiada sesiapa di sisinya).....

Our Lovely and Proud Parent

May 2009

Yang kami perasan, apabila sugar die low dia akan jadi begitu...ekceli bapa aku ni ade diabetes...sepanjang dihospital sugar die turun naik, kalu sugar die rendah doktor akan masukkan dextrose, bila sugar die tinggi doktor tukar kepada insulin pula...tapi begitulah keadaannya tiada perubahan sekejap nampak die segar, sekejap nampak die lemah...ketika ini kami sedang mencuba dengan kaedah perubatan lain disamping perubatan hospital...

Dua tahun lepas die memang sangat sihat...tidak bertongkat dan mampu untuk berjalan jauh..sekarang, hampir dua tahun die bertongkat untuk berjalan, tidak mampu lagi menunggang motosikal untuk ke pasar, apatah lagi menoreh getah...ibu aku pula sekarang tidak sanggup lagi meninggalkan bapa aku keseorangan dirumah untuk die pergi menoreh menggantikan bapa aku...semua diserahkan pada orang yang sudi menoreh getah kami...tubuh badannya sekarang sangat kurus...meleleh air mata aku suatu ketika dulu apabila aku pulang menjenguknya di kampung...sangat sedih melihat keadaannya...berat badannya turun mendadak...aku tak sampai hati meletakkan gambarnya yang tengah sakit ketika ini...biarlah ia terakam dalam memori pc dan kamera dan juga dalam memori kami...

Dalam masa yang sama, abang kepada abah aku memang berada dihospital yang sama kerana masalah jantung dan kegagalan buah pinggang...pakcik aku ni memang dah lama berada dihospital, sudah sebulan lebih dan ditakdirkan pada 25 Ramadhan lepas Allah telah mengambil nyawanya buat kesekian kalinya...mujurnya aku sempat menziarahinya sehari sebelum hayatnya berakhir....ketika itu die sudah tidak sedarkan diri dan hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan...

Itulah kisah Ramadhan dan Syawal kami tahun ini...tiada keceriaan...dan tiada sambutan raya yang meriah buat kami kerana setiap hari kami berulang-alik hospital menjaga abah bergilir-gilir sehingga ke hari ini...besok dah mula kerja....



2 comments:

  1. penah rasa pengalaman ni.. lost my dearest cousin last year, on 10th of ramadhan, sedih yg teramat, we didn't celebrate much of syawal last year.. this year bru ada a little bit smile... alhmdulillah laa...

    ReplyDelete
  2. yup..bila kehilangan seseorang dalam hidup kita automatik raya kita jadi tidak bermakna,tak seperti org lain beraya kan...anyway kat hospital tu bukan kita sorang je yg mengalami benda yg sama, ramai lagi org yg sakit beraya dihospital....bg kita yg sihat walafiat ni, kena lah sentiasa beringat2 jgn dilupa pada mereka yg sakit dan yg kehilangan insan tersayang...kan....

    ReplyDelete

Sila2kan la komeng kalo sudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails