nuffnang ads

Friday, September 23, 2011

Pergi Tak Kembali

Khamis, 15 September 2011 bersamaan 17 Syawal 1432H perginya ke rahmatullah ayahanda kami yang tercinta setelah 24 hari dimasukkan ke hospital kerana diabetes, hipoglisemia, stroke, pendarahan usus,  tekanan darah rendah, jangkitan kuman di paru-paru dan bakteria dalam darah.  Berakhir sudah penderitaannya selama 24 hari tersebut. Allah lebih sayangkannya. Semoga Allah s.w.t mengampuni segala dosa-dosanya, melapangkan dan menerangkan kuburnya, meringankan dan melepaskan beliau dari siksaan kubur dan menempatkan beliau di Syurga bersama para-para soleh dan solihin. Semalam cukup seminggu permergian beliau dan hingga ke hari ini aku masih lagi merasakan yang beliau masih berada disisi kami.  Bagaimanapun kami sekeluarga tetap redha dengan pemergiannya. Sekalung Al-Fatihah buat Ayahandaku yang tercinta, Nawawi bin Mohd Baki. Al-Fatihah.

Cerita sebelum ni di sini dan sini.

No comments:

Post a Comment

Sila2kan la komeng kalo sudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails