Haa..semalam aku masak simple je untuk berbuka..aku buat sup ayam (permintaan dari incik abg aku), ikan kembung masak taucu, kailan ikan masin dan sambal totok..penambah perisa ialah sebiji telur masin..resepi2 di atas sume korang dah tau buat kan??so takyah la aku kasi resepi..cuma satu resepi jek aku nak kongsi dengan korang..sambal totok (versi orang jawa) kalu kite panggil sambal tumbuk/ketuk..resepi sambal ni aku dapat masa zaman2 study dulu daripada osmet2 aku yang kebanyakannya berdarah jawarian..best dpt osmet dari serata negeri ni sebab mcm2 masakan kite bleh blaja..sambal ni pun dah jadik peberet incik abg aku..kalu nak memujuk die sure aku buatkan die sambal nih mesti die kansel marah die..hehe..
Sup Ayam..Oooopss..terlebih minyak!
Ikan MasakTaucu
Kailan Ikan Masin
Telur Asin
Sambal Totok
(p/s: Sorilah gamba ade sebanyak blurrr..)
Sambal Totok
Bahan2nya :
Segenggam ikan bilis
11 biji cili api (kalu mau pedas bole tambah lagi cili)
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit garam (ikan bilis tu pun dah masin taknak letak garam pun takpe)
sedikit gula (tak suka manis takyah letak)
sedikit aji (nak kasi lagi power, takde pun takpe)
Cara2nya :
- Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Goreng bawang merah, bawang putih dan cili api separuh masak. (Pastikan kelar sikit2 bawang2 tu dan cili2 tu kalau tak nanti die meletop masa goreng). Angkat dan ketepikan.
- Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih..letak sikit garam, gula dan pak aji..
- Masukkan ikan bilis dan tumbuk kasi pecah itu bilis..jangan terlalu hancur nanti tak rase kerangupan ikan bilis tu. Gaul kasi rata.
- Siap!
- Selamat mencuba..enak di makan bersama nasi panas dan sup..
No comments:
Post a Comment
Sila2kan la komeng kalo sudi