nuffnang ads

Wednesday, September 30, 2009

Lamb Chop

Disebabkan aku telah dicabar oleh hencik abang aku beberape kali untuk membuat lamb chop, makanye semalam aku menunjukkan skill aku utk membuat lamb chop pada cik abg aku..hohoh..pulunlah aku sebelum balik mencari resepi lamb chop yang terbaik..aku igt kalu aku tak jumpa pun resepi lamb chop tu aku nak belasah jek, tumis bwg putih, lada hitam, taruk air, taruk kiub ayam, taruk tepung jagung skit dah jadik sos lamb chop..daging die pulak aku igt nak perap dgn bawang putih dan lada hitam dlm setengah jam then goreng..siap..

Pastu aku jumpa lak resepi yang aku rase agak best untuk di cuba...makanye, aku pun ubah suaila sikit resepi tu mengikut citarasa aku..dan inilah bahan2 dan cara2nye :

Lamb Chop
Bahan-bahan ( 2 org makan )
  • 2 keping daging kambing/lembu/ape2 daging
  • sedikit lada sulah / lada hitam
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 sudu sos tiram
  • sedikit seasoning
  • sedikit garam
  • sidikit air perahan lemon/limau nipis/cuka
Bahan sos Black Pepper:
  • 2 sudu lada hitam
  • 1 sudu mentega
  • 1 kiub ayam
  • 2 cwn air/ susu segar / air stok daging/tulang
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 sudu kicap
  • 2 sudu sos tiram
  • garam skit (takyah pun tkpe sebab kicap, sos tiram dan kiub ayam tu pun dah cukup masin)
  • 1 batang saderi-dicincang (utk dibuat air stok)
  • 1 biji bawang besar- dicincang (utk dibuat air stok)

Bahan Mashed Potato :
  • 5 biji kentang - direbus dan lenyek
  • 1/2 cwn susu segar - kurangkan kalau tak nak lembik sgt
  • 1 keping keju chesdale
  • sedikit lada hitam tumbuk
  • sos black pepper/gravy
Bahan sampingan :
  • kentang goreng
  • 2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
  • sebiji tomato- dihiris

Kaedah2:

  • Perap daging dgn sedikit garam, lada sulah, sos tiram, bawang putih dan cuka. aku guna cuka sebab kat rumah aku takde limau nipis apatah lagi lemon..perap lebih kurang setengah jam pun ok..then goreng/grill la ngan marjerin/butter smpai masak..kaedah memerap dan menggrill daging di lakukan oleh cik abg aku dengan teknik goyang2..
Utk buat sos black pepper/gravy :
  • Masukkan air/air stok daging, bwg, dan btg saderi,..rebus hingga didih dan toskan. Ambil airnya sahaja.
  • Campurkan air rebusan tadi dgn mentega, kiub ayam, kicap, sos tiram, black pepper, garam dan air bancuhan tepung gandum..masak hingga didih dan pekat.
Utk mashed potato :
  • Panaskan susu, dan masukkan kentang lenyek dan cheese dan tambahkan sedikit lada hitam. Curahkan sos black pepper/gravy td. Tak ade cheese pun tak ape..

Hidangkan dengan kentang goreng, mashed potato, asparagus, brokoli/salad, tomato, atau ape2 aje mengikut selera korang..semua bahan ade yang aku ubah suai sikit..kami makan dengan kentang goreng dan cheesy wedges hasil tangkapan dari KFC. Cuba lah, anda pasti puas hati dengan hasilnya..senang je tak susah mane pun..hanya gunakan ape yang ade di gobok dapur anda dan hasilnye cukup menyelerakan..tak payah susah2 beli sos lea and perins la, sos ape tu worshes2 tu??? tk reti la nak nyebutnya, guna kiub ayam, lada itam dah siap..bole makan..sebiji rase macam kat kedai..huhu..

No comments:

Post a Comment

Sila2kan la komeng kalo sudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails