Dah lame tak share resepi...kali ni nak share resepi Kuih Talam Tokyo...aku pun pelik camana dapat nama tokyo tu...agaknye kuih ni memule dicipta di tokyo kot...aku jatuh cinta dengan kuih ni bila opismate bawak kuih ni kat opis....yang bestnya akak tu taktau nama kuih ni...disebabkan suke dengan kuih tu aku pun tanya encik google...dan terjumpalah satu resepi yang rasa dan bahan-bahannya tak lari dari kuih yang aku makan tu...dan ini lah resepinye...ambik dari Azie Kitchen....tapi sorilah linknya aku lupa nak copy...ape-ape hal google aje la azie kitchen..konpem jumpa....
Kuih Talam Tokyo Oleh:
Azie Kitchen
Bahan Untuk Lapisan
Bawah:
300gm sagu kecil warna putih
60gm suhun
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat
300ml air
1 sudu kecil garam
Cara-cara:
Cuci sagu sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
Rendam
suhun dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil.
Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang
10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Alas dengan plastik dan oleskan
sedikit minyak.
Kukus selama 25-30
minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.
Bahan Untuk Lapisan
Atas:
4 biji telur
300gm gula pasir
400m santan pekat
400ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100gm tepung kastard
Sedikit pewarna hijau
1/8 sudu kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air
kapur)
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan blend rata. Kacau sebati dan
tapiskan.
Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30
minit.
Padamkan api dan angkat kuih setelah masak.
Biarkan kuih benar-benar
sejuk baru dipotong.
(Potong kuih dengan menggunakan sudu plastik supaya potongan menjadi cantik...celup pisau dengan air dulu sebelum potong)
(Potong kuih dengan menggunakan sudu plastik supaya potongan menjadi cantik...celup pisau dengan air dulu sebelum potong)
Selamat mencuba!
Nota aku : Aku suggestkan kukus selama 10-15 minit untuk lapisan bawah dan 10-15 minit untuk lapisan atas supaya lapisan sagu (di lapisan bawah) tidak terlalu mengembang. (Sebab aku dah try kukus seperti yg disyorkan sagunya jadi kembang).
**Kuih aku tak berapa cantik sebab first time buat tapi rasenya agak menepati citarasa ku...hihi
No comments:
Post a Comment
Sila2kan la komeng kalo sudi