Kek ni aku buat masa sambut besday Abg N...tetiba rajin pulak aku buat special untuk die...aku buat Nasi Minyak makan dengan Kuah Dalca dan Ayam Rosemary...untuk desert aku buat Kuih Talam Tokyo dengan Velvet Marble Cheese Brownies....makan besar kami anak beranak..bukan selalu, sekali je setahun...huhu nampak benar rajinnya setahun sekali je...haha...
Ni la resepinya. Mintak dari Encik Google la apa lagi...haha...
VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: kak Anymz
Bahan-bahan (loyang 4
segi 7x7 inci) -
125g + 1 sudu besar
tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus *izah
letak 100gm
1 biji telur saiz A -
suhu bilik
1/2 sudu kecil essen
vanilla
120ml susu segar - suhu
bilik
1/2 sudu besar jus lemon
@ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna
merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2
sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking
powder
Lapisan Cheese
200g cream cheese - suhu
bilik
1 biji telur saiz B@A -
suhu bilik
60g gula galus * izah
letak 50gm
1 sudu besar jus lemon
Cara
1. Panaskan oven suhu 170
C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan
kek nati.
2. Satukan susu segar dan
jus lemon, biarkan 5 minit.
3. Ayak tepung dan garam.
Ketepikan.
4. Dalam mangkuk, pukul
mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian
masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
5. Satukan susu segar,
pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan
campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan
diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
7. Satukan cuka dan
baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek
dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
8. Tuang dalam loyang dan
bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan
lapisan cheesenya.
Lapisan Cheese
Cara
1. Putar cream cheese
sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan
telur. Putar biar sekata.
2. Tuang atas kek dan
amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat
kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang
kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian
tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
3. Bakar selama 30-35
minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah
steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye,
bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak
kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam
dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian
keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat
Mencuba..
Nota aku: Kek brownies aku tak cantik, kasar buatannya sebab asal boleh je...hohoh...
No comments:
Post a Comment
Sila2kan la komeng kalo sudi