nuffnang ads

Sunday, March 6, 2016

Bila Start Bisnes Online

Macam mana kite boleh terjebak dengan bisnes online ni? Citernya begini, selalu sangat pelik bin heran macam mana orang buat bisnes online guna blog dan facebook. Yang kite tau kalau guna blog ni buat adsense dan letak iklan-iklan macam nuffnang. Yang tu je tau. So pernah try buat adsense, tapi bila nak register dengan google tak boleh...ape masalah masa tu tah tak ingat dah...so lepas tu letak la nuffnang pulak dekat tepi blog ni. Traffik pun agak-agak suam kuku. So sen-sen aje la yang masuk. Lama jugak mengumpul nak dapatkan minimum cash withdrawal. Dan pernah la merasa sekali withdraw hasil dari nuffnang. Alhamdulillah.

Macam-macam lagi lah buat, yang klik-klik iklan la..ape la...kunun nak ikut orang buat duit padahal ilmu zero. Bila facebook sudah mula bermaharajalela maka kite beralih pulak pada facebook. Itu yang blog tak berhapdet tu. Tambah pulak masa tu pelbagai dugaan hidup ditempuhi. Onak ranjau, ombak besar macam-macam la. Dugaan kehidupan namanya untuk mematangkan kita dan sentiasa mendekati Allah. Tambah pula tahun 2011 kite kehilangan orang tersayang...sobb sobbbb..... Perginya Abah menghadap Ilahi pada tanggal 15 September 2011. Selepas itu bermula lah episod-episod yang tak best nak cerita. Itu lah kesahnya. 

Beberapa tahun kemudian bangkit semula, meneruskan hidup bahagia seperti orang lain. Semua yang dilalui sebelum ini ditelan hidup-hidup dan menjadikan kite semakin kuat. Tuli kan telinga bagai. Hadap je ape yang mendatang. 

Kemudian rasa sesuatu. Online fb setiap hari tapi apa yang dapat? Maka saya start buat online bisnes. Jual macam-macam baju baby, tudung, rumpai laut. Haha, Sambutan agak kurang memberangsangkan sebab salah strategi dan ilmu marketing zero. Pernah juga main duit kat fb. Duit kita habis orang bawak lari. Padan muka aku. Trust sangat dengan program yang tah hape-hape dan trust sangat dengan orang yang tak kenal pun kat fb tu. Jadi korang, takyah percaya la dengan program buat duit modal kecik untung besar dalam tiga hari empat hari. Menipu je semua tu! Scam okay..Jangan tamak macam aku! 

Lepas tu terlibat pula dengan program emas. Haha..yang ni memang sungguh bole buat duit. Tapinya, entah macam mana semua program emas kat Malaysia ni boleh tersontot pulak angkara bla bla bla...malas nak cerita. 

Lepas tu terduduk kejap, nampak pula bisnes online perfume ori rejek. Dropship je pun. Alhamdulillah sambutan menggalakkan. Bermula dari situ la kite berjinak-jinak dengan Dexandra Perfume ni....phewwww...panjangnya cerita ni. 

Hehe..korang baca ke ni...haha..ekceli start dengan Dexandra ni dari tahun lepas lagi. Dalam bulan 5 camtu. Lama kan? Kenapa sekarang baru nak buat kat blog? Haaa...tetiba kan..bukan apa kite nak lebarkan lagi sayap Dexandra ni ke mata dunia gitew...alang-alang dah ada blog kan kenapa tak gunakan pengalaman berblog ni untuk berniaga kan. Jadi kekdahnya nak berniaga online ni kena kreatif dan inovatif. Biarpun lambat asalkan mahu bertindak!!

Okay sambung lagi nanti ye. Korang entah baca ke tidak tu. Syok sensorang je agaknya aku..haha



Saturday, March 5, 2016

Bina Blog Baru

In progress nak buat blog baru sebenarnya. Khas untuk Dexandra Perfume sahaja. Jadi lepas ni kalau sesiapa nak dapatkan perfume yang dah jadi fenomena dan terlajak laris ni boleh dapatkan dari blog tu nanti. Nak dapatkan sekarang pun boleh jugak. Whatsapp je kite 0192670275 okay!

Kenapa Dexandra Perfume?
Sebab perfume ni tak macam perfume-perfume yang awak-awak semua sangka kan. Ia adalah inspired perfume. Apa maksud inspired perfume? Maksudnya, ia adalah perfume inspirasi dari jenama terkenal antarabangsa. Inspired perfume die ni lain sangat dari inspired perfume yang kat luar sana. Sebab ia menggunakan pati EDP dan alkohol ekstrak tumbuhan. Means ia boleh di bawa solat. Jadi tak ragu-ragu lagi untuk pakai perfume ni ketika solat. Dan yang bestnya bau die setanding perfume original malah lebih tahan lama dari perfume ori tau.

Inspired perfume sangat berbeza dengan perfume gred tau. Perfume gred tu adalah imitation perfume yang sah-sah die tiru bulat-bulat perfume original baik dari segi packaging dan isi. Haaa...boleh beza tak? 

Ok lah..kite sambung lagi citer perfume ni dalam next posting ok!

Tuesday, March 1, 2016

Post Pertama 2016

Assalamualaikum w.b.t.
Lama sungguh tak jenguk blog ni. Abih bersawang dah rupanya. Ada lagi ke orang yang folo blog ni. Hehe..

Tahun berubah. Kehidupan pun berubah. Kenapa saya lama menyepi dari blogging? Sebab ade facebook. Sibuk pulak dengan facebook..eheh...aci dak? Haha..

Ok la...bermula tahun ini saya sudah serius start buat bisnes online. InshaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan jalannya. Selama 'bermain' dengan facebook saya memang ada acah-acah try buat bisnes online. Tapi hangat-hangat tahi ayam. Kini bermula 2016 InshaAllah saya buat fulltime bisnes online ni.
Nak tau bisnes ape? Acah-acah la buka fb saya. Search Asfalela Nawawi. Eh, kite dah tak reti nak letak link la...haha....

Haruu sungguh na...nampak benor lame tak blogging. Memang lama pun kan...bertahun...haha...

Ekceli kite jual Perfume Inspired yang terlajak laris. DEXANDRA PERFUME. Haa, jangan taktau perfume ni sangat hampir mirip dengan perfume ori tau! Bau die setanding perfume original. Tahan lama pulak tu lebih 8 jam. Cantik molek je. Harga mampu milik. Siapa nak bole pm kite. Memang tak menyesal punya. Ada macam-macam pilihan wangian antarabangsa. Waaahhh, best tak best tak?

Ok la, tu je nak citer dulu. Nanti kite sambung lagi na.




Wednesday, July 16, 2014

Kek Marble Coklat

Oppss terlupa nk post resepi ni...rupa-rupanya dah berbulan dok dalam draft...okla kali ni nak share Kek Marble pulak. Selamat mencuba!

Sejak-sejak anak nak membesar ni kan memang rajin aku buat kek...nak kata tetiap minggu tu idokler..paling-paling pun 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali  ..itu pun kalo mood tengah rajin...kadang-kadang jadi kadang-kadang tak jadi...bila tak jadi tu mula la kuciiiwa sangat-sangat...tapi bila fikirkan permintaan anak ibunya datangkan jugak mood tu...

Kali ni aku try buat Kek Marble Coklat dan kejadiaannya sangat mengujakan aku kerana keknya sangat lembut dan gebu...sumber kek ni hasil dari google dan tak silap dari mesra.net....walaupun masa bakar tu kejadiannye sangat tak cantik sebab die naik membukit....lepas masak je aku biarkn sekejap di dalam oven dan bila nampak kek mula turun aku terus terbalikkan kek atas redai dan biarkn begitu dengan pintu oven sedikit terbuka.





KEK MARBLE COKLAT (sumber mesra.net)

Bahan A:
1 cawan mentega (aku guna marjerin)
2 cawan tepung gandum (aku guna tepung naik sendiri)

Bahan B:
1 cawan gula (aku suggestkan hanya guna 3/4 cawan)
5 biji telur
Sedikit esen vanilla

Bahan C:
1/2 sudu makan serbuk penaik (tak letak sebab guna tepung naik sendiri)
4 sudu makan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat (aku kurangkan sedikit sebab dah guna 1 cawan gula dan rasanya agak manis bagi aku)

Cara-cara:
Pukul bahan B hingga kembang.
Pukul bahan A hingga sebati.
Masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B dan putar hingga sebati.
Masukkan serbuk penaik dan putar lagi.
Masukkan susu pekat dan putar hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.  Satu bahagian dibiarkan kosong dan satu bahagian lagi dimasukkan serbuk koko.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan selang selikan denngan adunan koko. Ulang sehingga adunan habis. Lorekkan.

Bakar pada suhu 180-185 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak. (Ikut kesesuaian oven masing-masing ye)


Thursday, October 31, 2013

Petua Halau Semut Pada Gula

Dalam banyak-banyak petua nak halau semut pada gula, petua ni lah yang paling mujarab (pada aku la)...susah kan nak bancuh air bila ade semut ni...gula belum bukak pun dihurungnya apalagi kalau dah masukkan dalam bekas...entah celah-celah mana la semut ni masuk...ade je die jumpa jalannya..
Macam mana nak halau? Sure korang dah google kan...rumah korang ade bunga cengkih tak? 


Haaa, apalagi masukkan la 5,6 kuntum bunga cengkeh tu ke dalam bekas gula korang pastu tutup kasi rapat...konfem besok semut telah melarikan diri...kalau tinggal pun yang dah mati sebab tak sempat nak selamatkan diri...kui kui kui....

Thursday, October 10, 2013

Ayam Rosemary

Ikut gambar ni yang atas belah kanan tu (Ikut putaran jam) Nasi Minyak, Kuah Dalca, Ayam Rosemary, Velvet Marble Cheese Brownies dan Kuih Talam Tokyo.







Ayam Panggang Rosemary

1 ekor ayam (Potong 4)
5-6 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar daun rosemary
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan manis (kasar)
2-3 sudu gula perang
2 sudu kecil garam
Sedikit perasa
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar minyak zaitun
5 biji kentang (rebus ½ masak)
2 biji tomato
6 biji baby carrot
Mentega

Cara-cara:

Tumbuk halia dan perah jsu halia pada ayam dan gaul rata.
Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang putih hingga kuning.
Tumbuk daun rosemary hingga lumat dan masukkan lada hitam, jintan manis ditumbuk kasar.
Masukkan lebihan minyak zaitun, gula perang, perasa, jus limau ke dalam rempah dan ditumbuk. Gaul rata dan lumur pada ayam dan kentang rebus, tomato, carrot.

Sapu butter pada ayam dan bakar 180-200°C selama 1 jam atau hingga ayam masak.

Note: Kualiti gambar agak kurang sebab menggunakan fon cikai...hohoh..

Velvet Marble Cheese Brownies

Kek ni aku buat masa sambut besday Abg N...tetiba rajin pulak aku buat special untuk die...aku buat Nasi Minyak makan dengan Kuah Dalca dan Ayam Rosemary...untuk desert aku buat Kuih Talam Tokyo dengan Velvet Marble Cheese Brownies....makan besar kami anak beranak..bukan selalu, sekali je setahun...huhu nampak benar rajinnya setahun sekali je...haha...




Ni la resepinya. Mintak dari Encik Google la apa lagi...haha...


VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: kak Anymz

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) -

125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus *izah letak 100gm
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus * izah letak 50gm
1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam mangkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.


Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.


3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..


Nota aku:  Kek brownies aku tak cantik, kasar buatannya sebab asal boleh je...hohoh...

Wednesday, October 9, 2013

Tentang Diri, Tentang Keluarga

Dalam masa dua tahun ni macam-macam perkara berlaku dalam hidup aku...boleh dikatakan tahun tersebut adalah tahun-tahun yang penuh dugaan untuk aku...Syukur aku diberi kekuatan untuk menempuh semua dugaan tersebut dan menjadikan aku seorang yang kuat dan lebih matang mengharungi liku-liku hidup...Syukur keluarga tetap bersama ketika aku diduga dengan ujian yang sangat berat...Ya, perjalanan hidup setiap orang tidak sama...

Setelah diuji, aku merasakan yang aku telah melepasi satu fasa kehidupan dan bersyukur kerana melepasinya...walaubagaimana pun aku harus mengharungi kehidupan ini dan bersedia menghadapi apa jua ujian dan dugaan yang mendatang...sebab kita tak tahu apa lagi ujian dan dugaan yang bakal kita terima nanti...Itulah yang dapat aku simpulkan tentang diri aku buat masa ini...buat masa ini ya...

Okay, berbalik kepada keluarga pula....aku bersyukur dikurniakan 3 orang anak yang kesemuanya hero...Wow! Alhamdulillah, mungkin ade hikmahnya aku punya 3 orang anak lelaki buat masa sekarang walaupun hati ini kepingin jugak punya anak perempuan...TETAPI aku dinasihati oleh doktor agar terus STOP untuk production...hohoh..atas sebab membahayakan diri aku sendiri which is aku ade HPT during pregnancy...ia berlaku semasa pregnancy yang kedua....pada kehamilan yang ketiga paling teruk hingga aku melahirkan baby premature pada April tahun lepas instead of Jun.



Inilah 3 hero yang aku cakap tu..semua gambar masa dorg masih kecik..same je kan...dari kiri Aliff anak yang sulung...sekarang dah 5 tahun dan dah bersekolah tadika...tengah-tengah tu yang nombor 2 Dek Wa..gelaran kat rumah "Adik" walaupun dah ade adik..hohoh...susah untuk kitaorang buang perkataan adik tu dari mulut kitaorang ni...camana tu...dan yang pakai songkok tu yang paling comel adalah yang paling kecik (buat masa ini) Amirul yang dulu nya lahir premature.....sekarang dah satu tahun lima bulan dan sangat bijak dan paling banyak akal kat rumah tu...

Okaylah, cukup dulu la cerita pasal bebudak ni....banyak cerita yang mencuit hati pasal bebudak ni....nanti-nantilah aku cerita....

Pos Hari Ini

Gambar lame, page lama, cerita pun agak lama...kalau aku update selalu blog ni ade ke orang nak baca?...haha!

Tuesday, October 8, 2013

Macam Mana Nak Mula Semula Dengan Blog

Rase kemaruk pulak nak posting...haha...sebab dah lame sangat tak post kat blog kan...macam-macam benda nak citer ni tapi tak tau nak mula dengan ape..huhu...ape kata kita tengok perjalanan blog ni dulu..

Ya, aku start berblogging tahun Februari 2009.. refer sini Februari 2009. Dan untuk tahun tersebut aku berjaya buat posting sebanyak 85 posting...heee, boleh la kan...Dan untuk tahun  berikutnya 2010 aku berjaya buat posting sebanyak 100 posting tapiiiiii masa aku tengah update draft pebende aku terdelete la satu posting....so tinggal 99...huhu...tahun 2011 posting aku telah  mengurang dan berjaya membuat posting sebanyak 96 sahaja...dan tahun lepas 2012 hanya 10 posting sahaja yang aku buat!!..hohoh... Ini disebabkan pelbagai cabaran hidup yang berlaku sepanjang tempoh tersebut ditambah lagi dengan fanatiknya kepada Facebook (pada masa tersebut sahaja)....sebab sekarang aku dah malas pulak dengan fb..................tetiba pulak nak aktif dengan blog semula (pasal boleh dapat duit dengan nuffnang...fb boleh bagi duit ke...???).......mmm....kita tengok ye...hik hik...

Ini adalah cabaran kepada diri sendiri untuk beristiqamah dalam sesuatu kerja!...waaaah!! bersemangat kau...kita tengok, kita tengok, kita tengok nanti.....

Kuih Talam Tokyo

Dah lame tak share resepi...kali ni nak share resepi Kuih Talam Tokyo...aku pun pelik camana dapat nama tokyo tu...agaknye kuih ni memule dicipta di tokyo kot...aku jatuh cinta dengan kuih ni bila opismate bawak kuih ni kat opis....yang bestnya akak tu taktau nama kuih ni...disebabkan suke dengan kuih tu aku pun tanya encik google...dan terjumpalah satu resepi yang rasa dan bahan-bahannya tak lari dari kuih yang aku makan tu...dan ini lah resepinye...ambik dari Azie Kitchen....tapi sorilah linknya aku lupa nak copy...ape-ape hal google aje la azie kitchen..konpem jumpa....





Kuih Talam Tokyo                                            Oleh: Azie Kitchen

Bahan Untuk Lapisan Bawah:

300gm sagu kecil warna putih
60gm suhun
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat
300ml air
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Cuci sagu sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan. 
Rendam suhun dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil.
Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Alas dengan plastik dan oleskan sedikit minyak.

Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.

Bahan Untuk Lapisan Atas:

4 biji telur
300gm gula pasir
400m santan pekat
400ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100gm tepung kastard
Sedikit pewarna hijau
1/8 sudu kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air kapur)
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

Campurkan semua bahan dan blend rata. Kacau sebati dan tapiskan.
Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. 
Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. 
Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
(Potong kuih dengan menggunakan sudu plastik supaya potongan menjadi cantik...celup pisau dengan air dulu sebelum potong)

Selamat mencuba!

Nota aku : Aku suggestkan kukus selama 10-15 minit untuk lapisan bawah dan 10-15 minit untuk lapisan atas supaya lapisan sagu (di lapisan bawah) tidak terlalu mengembang. (Sebab aku dah try kukus seperti yg disyorkan sagunya jadi kembang).

**Kuih aku tak berapa cantik sebab first time buat tapi rasenya agak menepati citarasa ku...hihi

Post Terbaru 2013

Assalamualaikum semua...haa, ambik kau...dah nak masuk hujung tahun baru terhegeh-hegeh nak update belog....lame betul tak jenguk blog sendiri sampaikan password nak masuk pun dah lupa...jenuh try masuk tak boleh, sampai mintak google antar password kt emel lain pun tarak boleh jugak..last-last try for luck mujur betul dan dapatlah update...huhuh..kalau tak boleh jugak masuk tadi alamat berkuburlah blog ni...

Friday, December 21, 2012

July to December 2012

Assalamualaikum..wah, last update blog ni bulan July 2012 yang lepas...5 bulan tak update blog rupanya...lama betul tu...hai la...dalam masa 5 bulan ni macam-macam hal  berlaku...macam-macam bizi nya....dengan baby amirul yang beberapa hari lagi nak masuk 8 bulan...eh, rasanya takde lagi aku citer pasal baby amirul dalam blog ni kan...hmm....nanti bila berkesempatan aku citer kisah die pulak dari die lahir hingga la sekarang...

Memandangkan anak pun dah ramai (baru 3 orang...ramai ke??)..hihi...aku pun dah mula start untuk menambah pendapatan sampingan....benda ni dah lama nak buat tapi tak terbuat-buat...dan sekarang pun masih lagi mencari-cari tapak...orang pun tak kenal lagi...so, korang sila lah like page saya dekat fb ni. BabyNkidzCollection..sokong lah saya untuk maju dalam perniagaan ni...sokong lah!...terima kasih! i lap u all!

Thursday, July 19, 2012

My Qalam

Assalamualaikum semua....lama dah tak update blog ni...makin berkapokla nampaknya..mana taknya bila ade fb blog pun dah tak terupdate...

Okay, kali ni nak suggestkan korang satu benda menarik iaitu Quran Digital..Model ni dinamakan My Qalam..kat luar sana ade macam-macam model Quran Digital ni tapi Quran Digital My Qalam ni sangat best sebab ada pen yang boleh baca ayat-ayat suci Al Quran ni....bila kita tekan je button yang dihalakan pada ayat di Quran tersebut automatik pen tersebut akan baca dengan suara pilihan yang kita setkan...terdapat 7 bacaan dari Qari terpilih...Quran ni boleh membantu terutama untuk anak-anak yang baru nak belajar mengaji..ada panduan membaca Aliff Ba Ta yang disediakan dari model My Qalam ni...sangat-sangat membantu....lagi satu pen ni boleh rekod bacaan kita! itu yang specialnya My Qalam ni...


Eh, jangan cakap banyakla...korang godekla sendiri dari website ni My Qalam....ada video yang menunjukkan cara-cara penggunaannya....berbaloi sesangatlah kalo beli dan boleh buat hadiah untuk hantaran kawen dan sebagainya...

Saturday, June 30, 2012

POWER TEAM





Salam Sejahtera,

Sejak akhir-akhir ini makin ramai orang tercari-cari info tentang perniagaan stiforp ini. Tapi, apalah salahnya kita mencuba sesuatu "konsep" yang baru, dan tercanggih untuk memberikan pulangan kepada kita.

SCAM ke, stiforp nih? kalau scam, kenapa company masih bayar bonus? dan masih mengupgrade sistem tools. Dan terbaru, sistem Personal Video akan dilancarkan :) Walaupun sistem semakin ditambah, harga yuran tetap sama..

Peluang "kemudahan" yang power membuatkan ramai jatuh cinta untuk berbisnes cara stiforP:



1) MUDAH UNTUK JOIN.

Untuk sertai stiforp kita perlu ada kad debit atau kad kredit. Kalau takde pun, ada tak kad Maybank gambar ceri yg ada logo visa tu? ianya pun boleh pakai. Kalau takde pun, boleh pg mana-mana easyRHB (slalu ada kat tesco) dan apply je kad debit. Dalam 15 minit siap. ATAU, boleh je bayar cash kepada kami...



2) CARA TERIMA BONUS.

Nak terima bonus pun senang. ada 4 cara. Iaitu dengan CEK, ALET PAY, KAD DEBIT PAYONEER dan TUKARAN TUNAI. Kami lebih suka dengan cara kad payoneer dimana, kad debit mastercad akan di pos ke rumah anda dlm masa 3 minggu, dan bila dh dpt, boleh cucuk mana2 ATM, dan keluarkan tunai :) Mereka yg black list pun boleh terima tunai.


3) KELAYAKAN BONUS MUDAH

Mula-mula join jer dh layak USD4 sbb limpahan network Powerline 1 kaki. Dan, bila dpt limpahan 2 kaki pula, anda layak USD0.25 setiap orang, setiap bulan! bayangkan jika beratus & beribu limpahan selepas 6 bulan anda sertai? pasif income tuu... walau pun anda tidak MENAJA!!


4) MODAL TERLALU RENDAH

Jika nak dibandingkan dengan bisnes lain, inilah bisnes yg agak rendah dan takde pun nak keluarkan beribu2 ringgit. Dan maintain bulanan juga takde la sampai beratus!

Pakej 1 : Upgred RM160 (USD49) dan bulanan RM32 (USD9) -
Pakej 2 : Upgred RM480 (USD150), bulanan TAK PAYAH! - terus layak 3 star rank.


5) MASA YANG SESUAI

Bisnes yg BARU di Malaysia, dan paling best anda adalah yang terawal. Apa yg lagi best, lebih 90 negera boleh sertai.


6) TAK PERLU TINGGALKAN BUSSINESS SEDIA ADA ANDA

Jika anda sudah ada bisnes, MLM ker, insusran ke, jual emas ke, tudung ke.. apa sajalah, dan anda nk dapat customer online, sistem STIFORP lah jawapannya! Pakai sistem stiforp, masalah IT anda selesai. Semua tools perniagaan online diberikan & sentiasa ditambah.



Takde bisnes? takpe, boleh fokus 100% dalam biz ni.


So, jangan buang masa anda untuk tonton dan lihat saja lama-lama. Ianya bakal jadi fenomena di Malaysia kelak.


JIKA BELUM DAFTAR, SILA DAFTAR DI STIFORP

Jom UPGRED! :

2. Masukkan email di bhgn Pre Enrolless
3. Lps login, klik "JOIN".
4. Masukkan butiran, pilih pakej anda.


# Anda disarankan ambil Pek 2 utk jimat 20%, dan kelayakan bonus sehingga 14 level. Berbeza pek 1 hanya 12 level saja.


Apabila anda join, anda tidak akan keseorangan. Anda akan dibantu oleh pakar-pakar internet marketing didalam group Power Team.


UPGRADE CEPAT! JANGAN TUNGGU SAMPAI ESOK!


Sunday, May 6, 2012

Update Terkini

Dalam tempoh berpantang...dah free nanti kite update k...

Wednesday, March 14, 2012

Besday Azwar


Semalam besday si adik yang ke 2 tahun....tapi sayang, tak dapat peluk-peluk die, cium-cium die, gomol-gomol die time besday die....sebab??? sebab bebudak ni tak dok sekali dengan aku....sebab??? sebab yang tak boleh diceritakan...hanya Allah yang Maha Mengetahui...walau apa pun ibu sangat-sangat sayangkan anak-anak ibu walau orang lain pandang serong pada ibu...Allah Maha Mengetahui...InsyaAllah suatu hari nanti kita semua akan BERSATU kembali...sabar yer, anak-anak sekalian....walaupun berjauhan ibu tetap doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu...ketahuilah ibu amat merindui kalian setiap saat!!...Dah lama sangat kita tak jumpa ni...tak sabar rasenye ibu nak jumpa kalian berdua!...ingat, IBU SAYANG AFFAN DAN ADIK!

Cek Dari Cik Nuffnang!

Hoyeh!...akhirnye setelah 3 bulan menanti cek dari Nuffnang akhirnya sampai jua ke tangan ku....Mekacih Nuffnang! I lebiu lah!...hik hik....syukur walaupun sedikit....heheh...nak tengok tak? Takyah la eik....malu nak tunjuk kalo setakat beberapa sen je....

Thursday, March 1, 2012

Third Pregnancy

Peknen lagi?!! Hahaha....jangan jeles..(setelah setahun setengah perut kosong)....orang subur memang gini asyik murah rezeki jek...hihi....dah masuk 24th week ekceli....tadi gi check-up doktor kate dah 25+ nearly 26 weeks...err...tak kan la....nurse cakap, alah tarikh tu lebih kurang je, kalo check guna mesin pun sama jugak bukannya tepat sangat pun...mmm....memangla, kalo dikire dari tarikh first day menstrual tu baru nak masuk 6 bulan...ahhh, ape-ape aje la....tadi doktor kate blood pressure aku tinggi...bermakna besok aku kena datang lagi check bp aku...kalo tetiap ari tinggi konfem aku dah dapat darah tinggi...tapi tak heran sebab history aku ade high blood pressure during pregnancy....masa nak bersalinkan yang no. dua tu tetiba blood pressure naik sebab terkejut baby kat dalam perut tu punya low heart beat...terus doktor decide ceaser....tu pasal yang no dua kena ceaser...yang ini nanti taktaula, ikutla rezeki dia camana nanti...kalo normal, normal lah, kalo ceaser, ceaserla...aku pasrah dan redha dengan ketentuan olehNya...lagipun mak aku memang ade darah tinggi, so no wonderlah aku boleh dapat darah tinggi....

Tapi, berkemungkinan jugak tadi sebelum gi klinik aku minum nescafe jadi darah aku pun naik..sebab aku ni memang alah sikit dengan nescafe, cepat kena sakit kepala kalau minum kerap sangat...apa-apa pun tengoklah dulu dua tiga ari ni camana....kalo tetiap ari bp tinggi konpemlah darah tinggi....doktor kate kalo ade darah tinggi ni bahaya pada baby...errr...bukan pada maknye ke?...errr...nanti aku google la...

Lost World of Tambun (Second Vacation)


 
Haaa, baru ade mood nak update blog ni...sebelum ni dah berminggu-minggu mende alah ni dok dalam draft. Apalagi, layan.......................

Lagi sekali kami ke Lost World of Tambun...kali ni round puas-puas, dan mandi puas-puas dengan anak-anak sebab anak-anak dah besar dan boleh jalan sendiri tak perlu dukung lagi....si adik nampak paling excited sebab dekat kaunter depan lagi masa tunggu baba dia belikan tiket die dah bukak sandal nak masuk dalam pelampung die...tak menyempat-nyempat betul masuk waterpark...die ingat kat situ agaknye kawasan mandi die...sabor ajela..





Pastu bila masuk area waterpark Abang N ajak bergambo dulu.  Dah masuk sini si adik buat muka blur-blur pulak...si abang macam biasa pantang jumpa tiang....asik peluk tiang jek...tak caye meh tengok gambo mase kat Teluk Batik, Lumut beberapa taun lepas...




Kan peluk tiang tu...kan?





Okeh, sekarang mari kite masuk pool! yeehaaa!!

Tengah panas terik ni...tu pasal si abang terkenying-kenying mata tu...


Ibu pulak ober excited bile masuk dalam air...sebab dah lame tak berendam dalam air....siap challenge Abang N sape menyelam paling lama sampaikan bebudak ni  tendang-tendang aku bila aku tak timbul-timbul...hihi....teringat zaman budak-budak dulu asal air toho je mesti terjun sungai sampai kena piat dengan mok sebab tak reti-reti nak  naik...hahaha....

Ha, sebelum terlupa, ade satu nak citer..si abang ni biasalah die ni penakut air sikit berbanding adik die.. ape tidaknye masa kat taman tema air bebudak punya tu kan, die siap menyorok belakang aku lagi takut air dari belanga giant kat atas tu tumpah dan jirus die sekali....si adik relax je tunggu belanga tu tumpah...hohoh...yang gelongsor air tu pun sama, asal ade air yang lalu kat atas die, die taknak turun gelongsor walaupun baba die dah tunggu nak sambut die kat bawah...ape la Aliff ni....cehsss...tak macho langsung...

Eh? ape motif?....nak tunjuk entry pas baru masuk situ...dulu die pakai gelang macam kat Genting tu...ni diorang dah tukar gelang jenis ni pulak..siap kena bayo deposit, masa nak return kan gelang tu baru die pulangkan balik deposit kite...ingatkan boleh bawak balik nak gantung depan pintu rumah....hik hik....ape hal lak gantung depan pintu? hekz hekzz hekzzzz....



Kat sana ade taman tema yang macam kat genting tu...mainan-mainan die pun sama macam kat Genting...contoh, buaian giant ni...yang bestnya kat sini tak payah beratur panjang nak naik mende alah buai tu...kalo kat Genting berejam ko nunggu...tapi kat sini aman damai je ko tunggu...errr...macam tak syok pulak nak jerit bila tak ramai orang ni...bukan ape, bila ramai orang paduan suara tu kan jadik macam 3 Suara...hahaha....



Masa nengok orang naik buai ni kan si adik pegi hulurkan kepala die dekat palang tepi tu...tetiba aku dengar die jerit...ingatkan pasal ape rupa-rupanya kepala sangkut kat palang...aku bantai gelak kuat-kuat dulu baru pelan-pelan naikkan badan die dan sengetkan kepala die dan undurkan die dari palang tu.....kelako betul lah budak tu...(lupa pulak nak snap kepala die tengah sangkut kat palang tu...sebab aku gelak tak hingat kat die...hahahaha)...

Mmmphh...lepas puas berendam dan main kat area budak-budak tu kan kitaorang gi lunch pulak kat  restoran situ...biasala mane boleh bawak makanan luar kena beli kat sana jugak even aku ade bawak makanan yang disorok dalam beg....

Kemudian, si abang ajak naik train...die memang dah lame berhajat naik train...so, untuk tidak menghampakan harapan si anak aku heret die naik train dengan adik die dan baba die sekali....







Sepanjang dok dalam train kami disajikan dengan pemandangan yang indah macam ni :

Ada gua....Kepura Cave namanya..aku taktau ape bende ade kat dalam tu...tengok ramai je orang kuar masuk gua tu...


Ni Galleria....macam muzium kecik la...


Sebelum sampai ke area Tin valley kita akan lalui satu kawasan macam mini Zoo...kat situ ade rimau...memula aku ingatkan patung rimau sebab nampak rimau tu entak jek...rupe-rupenya rimau idup.....besor betul rimau tu....aku rase lagi besor dari rimau kat Zoo Negara tu kot....ade 2 ekor semuanya...hihi...

 Ha..tu la rimau tu...kecik je kan?



Kite ZoOOMM kasi besor sikit..haaa...baru jelas...sekor dok ataih, sekor lagi dok landing kat bwah pokok...nampak tak?
 

Ini dia Tin Valley....history pasal perlombongan bijih timah...dan di hujung Tin valley ade area team building...kalo ade organisasi mane-mane nak buat team building bolehla ke sini...ade rock climbing dan macam-macam tempat lagi lah yang disediakan untuk team building..





Ini "Elephant!"...kata Aliff...~ye, ibu tau itu elephant....


Sesape nak berkayak boleh turun sini...die caj beberapa hinggit sahaje untuk beberapa jam....


Ini pula Petting Zoo...macam-macam binatang yang comey-comey ade kat sini.



Inilah Raccoon yang sangat comei itu...rase macam nak bawak balik sebab tengok  aksi die acah-mengacah nak turun dari path walk die tu...ekceli masa kami sampai situ diorang tengah nak buat pertunjukan Raccoon...tapi malas nak tunggu sebab nanti nak tunggu next trip punya train lambat maka kami tak tunggu lama disitu terus blah.
Comey kan? kan?


Yang lelain adalah gambo seperti entri sebelum ni, Part 1 and Part 2... Mmmm...ape lagi nak citer eik...rase macam dah habih...ok lah, cukuplah tu...kang muak pulak korang baca..kesimpulannya, sangat berpuas hati dapat jugak round satu LWOT tu walaupun ade jugak beberapa tempat yang kami tak sempat singgah dan main...


Alih Bahasa :
1.  Toho = Cetek
2.  Entak = Duduk diam / tidak bergerak
3.  Piat = kena rotan





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails