nuffnang ads

Monday, January 17, 2011

Puncak Genting

Ha, inilah antara keje-keje aku selain keje tetap menjadi penunggu gua..kekeke..setiap semester kami mesti pegi puncak Genting untuk mengambil sampel bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Selalunya kami ke sana ikut jalan lama KL-Karak tembus dekat Genting Sempah sebab nak ambil sampel paku pakis di Jalan Gombak lama tu.

Ha, bagi yang tak pernah lalu jalan tu, inilah dia jalan lama KL-Karak. Masih aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu kalau pegi KL naik bas ikut jalan ni la, siap muntah-muntah aku sebab jalan dia bengkang bengkok macam ular kena palu..huhu..




Masuk semak sikit nak ambik sejenis daun adik beradik paku pakis jugak la.



Ni kawasan berhampiran tu, ada jeram...best kalau dapat mandi sini...err ada berani ke..kekeke..



Ni lah daun tadi yang di ambil tepi semak tu. Nama dia Sellaginella...sedap kan nama die...kekeke...



Kebetulan cuaca hari tu mendung dan hujan sikit so berkabus la kat puncak tu campur pulak dengan gerimis...ala-ala macam kat obersea la sejuknye...nasib baik tak ade angin macam hari tu...pernah sekali masa kami pergi tu berkabus, gerimis siap dengan angin...kuat pulak tu, bergoyanglah van yang kami naik tu kena tiup dek angin...masa tu masing-masing dah tinggal wasiat kot-kotla kalau terjunam dalam gaung dekat puncak Genting tu...kekeke...

Pemandangan sekitar Puncak Genting





Ha, ni lah gaung yang aku cakap tu....ni contoh salah satu gaung la..hohoh..




Tu dia van yang kami naik...gerimis tu, payung takde pakai plastik jek la jadi payung tapi itu bukan aku yer tuan-tuan. aku tak ada dalam ini celita sebab aku tukang ambik gambo..hahaha...



Ni lah die bende yang kami ambil dekat puncak tu...bende ni hidup dekat kawasan tanah tinggi je...dekat-dekat belakang rumah korang memang tak wujud tumbuhan ni...

Ni nama dia Marchantia...ni pun sejenis tumbuhan tanah tinggi...gambo tak berapa nak clear...

Okay, aku kasik lagik satu gambo lain..


Clear tak?

Pun tak clear???Adoii..
Sorila, gambo guna henpon muroh..kekeke..

Ni satu lagi bende yang kami ambil dekat puncak tu. Nama die Lycopodium.



Ia sejenis tumbuhan menjalar yer tuan-tuan, err dan die suke melekat pada batu-batuan besar yer tuan-tuan...dia suke menghuni di tempat tanah tinggi yer tuan-tuan...

Okaylah aku bagi can lah korang nak kenal tumbuh-tumbuhan ni...aku kasi up sikit gambo die..okay?

Inilah die gambo hak kabur-kabur tadi...Marchantia. Sekor betina, sekor jantan. Kalau korang teror cuba teka, mane se betina, mana se jantan??





Kalau betul hadiahnya ialah Penginapan 3 hari 2 malam di Genting First World tajaan sendirian berhad...kekeke...

Kalau korang perasan, header kat blog aku ni di ambil masa aku collect sampel 2 taun lepas di tempat yang sama di Puncak Genting.


Jom kita pegi ke puncak kejayaan!

Sunday, January 16, 2011

Cekodok Nasi

Cekodok Nasi?
Memang pelik bagi sesetengah orang tapi tak pelik bagi orang lain..kekeke..ekceli aku dah lama tau pasal cekodok nasi ni masa tengah study lagi, ade sorang osmet pernah buat cekodok nasi.  Masa tu memang aku pelik dan tak berape nak ambik pot macam mana nasi boleh buat cekodok. Tetiba aku teringat kan cekodok nasi ni dan kebetulan pula beberapa hari lepas masa tengah jalan-jalan terjumpa resepi ni.  Aku baca sekali lalu (tak salin pulak kunun boleh ingat dalam kepala la) dan tiba-tiba pagi ni aku teringin mencuba resepi ni.

Apa lagi, belen nasi pun ade, lebihan sambal sardin malam tadi pun ade, cantek...bahan-bahan yang aku gunakan ni main taram je dan hanya boleh digunapakai oleh mereka-mereka yang pakar sahaja...hihi..






Cekodok Nasi
Bahan-bahan:
Nasi
Tepung gandum
Telur
Air
Sedikit Garam
Ikan Bilis
Bawang merah
Cili potong

Kekdah :
Blend nasi bersama telur dan sedikit air.  Lepas tu campurkan dengan tepung, agak-agak la boleh dijemput.  Masukkan sedikit garam, ikan bilis, bawang dan cili potong. Apa lagi, gorenglah.
Hasilnya sangat memuaskan, lembuuuuut je...hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails