nuffnang ads

Thursday, May 14, 2009

kesian aliff

Hingga ke hari ini, ketika menulis blog ini aliff masih lagi mengalami cirit birit..sekarang die tgh syok tido di bilik aku...sebenarnya aku amat serba salah dalam hal ni, bukan ape, kerana anak sakit dan tiada org yg nak menjaganya so aku terpaksa membawa die ke tempat kerja aku..mujurlah aku mempunyai bilik sendiri yg di share dgn kak timah so bolehla aku sorokkan aliff dalam bilik aku ni..nursery tak boleh terima aliff lagi sehingga la cirit birit die hilang..minggu ni sebenarnya agak bizi juga sebab we r going to make some preparation for practical exam..but memandangkan aliff berada dalam jagaan aku ketika waktu kerja so, aku tidak dapat membantu my lab mate menyediakan semua kelengkapan utk exam tersebut..harap2 lah mereka faham..nampak mcm mereke faham tapi tktaulah kalu di luar pengetahuan aku mereke ade berkata di belakang..itu terserah, sebab masing2 ade hak untuk berkata2..
semalam aku bwk die gi dispensary tnb mintak ubat utk aliff..petang kelmarin aku dh bwk die ke klinik uia ni tp doc hanya kasi 3 peket garam...mane cukup utk die..dh tu aku pulak yg kene byk tanya dgn doc..sepatutnye doc la yg kene byk tanya aku..ni terbalik pulak..aku pun dh blur2 mase tu sampaikn nk mtak ubt sapu die pun aku lupe..seb baik dispensary bg byk ubt utk aliff, ubt oral utk cirit birit (ni cik abg aku request kt kaunter amik ubt, sbb sister tk kasi sebenarnye..huhu), garam dehidrasi, ubt sapu dgn losyen nappy rash...mengikut kate sister tu, baby yg beralih bulan juga akn mengalami cirit birit yg lama sehingga 4 ke 5 hari...hmmm..mungkin jugaklah..so sister suggestkn cairkan bancuhan susu die dan beri die air garam..
aku masih lg risau dgn keadaan die ni yg masih belum menunjukkan sebarang perubahan utk pulih..yang paling aku risau takut die dijangkiti rotavirus..nauzubillahhi min zalik...mintak dijauhkn die dr sebarang penyakit yg berbahaya..sudahla minggu dpn aku kena pegi kursus tak sedap hati pulak nk tinggalkan die dlm keadaan mcm ni..harap aliff cepatlah baik cirit ni..


ni die dok lepak kt bilik aku dgn gumbiranya..

aliff nampak sgt sihat dan cergas..tiada tanda2 mcm diserang rotavirus...harap die terus aktif mcm ni..


Sedikit info mengenai rotavirus :

Rotavirus punca cirit-birit

CIRIT-BIRIT melebihi tiga kali sehari bukan perkara normal yang biasanya adalah gejala kepada jangkitan gastrointestin atau usus; mungkin disebabkan pelbagai jenis bakteria, virus atau organisma parasit.

Jangkitan biasa berlaku melalui makanan dan minuman tercemar atau individu ke individu lain akibat kurang penjagaan kebersihan.

Cirit-birit yang teruk menyebabkan seseorang kehilangan banyak air dan boleh membahayakan nyawa, terutama kanak-kanak kecil dan individu yang mengalami masalah kurang zat atau lemah daya ketahanan badan.

Setiap tahun rotavirus menyebabkan berjuta-juta kes cirit-birit di negara membangun yang memaksa dua juta kes dimasukkan ke hospital dan dianggarkan 611,000 kes berakhir dengan kematian.
Di Amerika Syarikat saja, lebih 2.7 juta kes jangkitan rotavirus berlaku setiap tahun dengan 60,000 kemasukan ke hospital dan 37 kematian.

Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat dunia masih tidak menganggap rotavirus sebagai penyebab utama cirit-birit, khususnya di negara membangun.

Boleh dikatakan semua kanak-kanak pernah mendapat jangkitan rotavirus apabila mencecah umur lima tahun. Kumpulan paling berisiko ialah kanak-kanak berumur enam hingga 24 bulan. Walaupun jangkitan boleh berlaku pada orang dewasa, kesannya biasanya sedikit.

Kanak-kanak boleh mendapat jangkitan beberapa kali sebelum menyambut hari jadi kelima. Jangkitan berulang boleh berlaku tetapi ia disebabkan rotavirus jenis lain. Selepas beberapa jangkitan rotavirus berbeza, badan kanak-kanak membentuk imuniti terhadap virus ini.

Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit yang teruk pada bayi dan kanak-kanak (20 peratus) dan bertanggungjawab kepada 50 peratus kes kemasukan ke hospital.

Berbanding kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk dimasukkan ke hospital akibat cirit-birit.

Rotavirus adalah virus yang menjangkiti usus. Nama rotavirus berasal daripada perkataan Latin bermakna roda berdasarkan ciri virus itu sendiri yang bentuknya seperti roda apabila dilihat di bawah mikroskop elektron.

Gejala jangkitan

Tempoh inkubasi (dari bermula jangkitan sehingga gejala muncul) bagi rotavirus biasanya dua hari saja. Gejala jangkitan rotavirus termasuk demam, muntah dan cirit-birit.

Kadangkala pesakit mengalami sakit perut dan kanak-kanak yang dijangkiti boleh mengalami cirit-birit sehingga beberapa kali sehari.

Secara umumnya gejala berlanjutan selama tiga hingga sembilan hari. Daya ketahanan badan terhadap jangkitan berulang tidak lengkap selepas satu jangkitan tetapi jangkitan seterusnya lebih ‘ringan’ berbanding jangkitan terdahulu (asal).

Malah, jangkitan rotavirus boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan air (dehidrasi) yang teruk pada bayi dan kanak-kanak.

Namun kekurangan air yang teruk sehingga menyebabkan kematian jarang berlaku, kecuali jika pesakit dibiarkan tanpa rawatan. Ini sebabnya ibu bapa perlu membawa segera anak berjumpa doktor apabila mereka menunjukkan gejala di atas.

Ibu bapa juga perlu memerhatikan jika anak menunjukkan tanda kekurangan cecair badan seperti:




  • Lesu dan tidak bertenaga




  • Kulit menjadi kering dan sejuk




  • Tiada air mata apabila menangis




  • Mulut menjadi kering dan melekit




  • Mata cengkung




  • Ubun-ubun tampak tenggelam




  • Kelihatan sangat dahaga

    Bagaimana ia disebarkan?

    Rotavirus sangat mudah berjangkit. Kaedah utama penyebaran rotavirus ialah daripada najis ke mulut (sama ada melalui makanan, minuman atau sentuhan).

    Kanak-kanak boleh menyebarkan virus ini apabila lupa mencuci tangan sebelum makan atau selepas keluar dari tandas.

    Menyentuh permukaan yang tercemar dengan rotavirus dan kemudian menyentuh kawasan mulut juga boleh menyebabkan jangkitan.

    Perlu diingat, rotavirus boleh bertahan di atas permukaan kering dan keras selama beberapa hari. Ia juga boleh hidup beberapa jam lamanya di atas tangan manusia.

    Bagaimana rotavirus dikesan dan dirawat?

    Pengesanan rotavirus dilakukan melalui ujian najis pesakit. Kini kit ujian boleh dibeli di farmasi. Sehingga kini tiada kaedah khusus untuk merawat jangkitan rotavirus.

    Bagi individu yang memiliki daya ketahanan badan normal (sihat), jangkitan rotavirus dalam usus menjejaskan kesihatan mereka untuk beberapa hari.

    Rawatan untuk kumpulan ini ialah meningkatkan pengambilan cecair bagi mengelak dehidrasi. Kira-kira seorang daripada 40 kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus memerlukan kemasukan cecair intravenus (ke dalam salur darah) di hospital.

    Jangkitan rotavirus dianggap sebagai penyakit yang menjejaskan aktiviti harian seseorang, namun ia hanya untuk beberapa hari (tiga hingga sembilan hari).

    Kaedah mengelak jangkitan

    Oleh kerana jangkitan ini amat lazim, ia sukar dicegah. Bahkan tempat yang sangat mementingkan kebersihan boleh tercemar.

    Cara terbaik mencegah jangkitan ialah melalui vaksinasi. Kajian menunjukkan vaksin boleh mencegah sehingga 74 peratus jangkitan; 98 peratus kes rotavirus yang teruk dan kira-kira 96 peratus kemasukan ke hospital.

    Ada dua jenis vaksin untuk rotavirus iaitu yang pertama (Rotateq) diambil pada umur dua, empat dan enam bulan. Manakala jenis kedua (Rotarix) kanak-kanak diberi dua dos vaksin pada umur enam minggu dan dos kedua pada bila-bila masa selagi tidak melebihi umur enam bulan.

  • Tuesday, May 12, 2009

    cirit birit

    semalam dalam pukul 11 pagi nurseri call mintak ambil aliff pasal die dah berak2 dua kali..mereke amat teliti dalam perkara ni krn untuk mengelakkan sebarang kemungkinan jangkitan kepada bayi lain..cirit birit pada bayi mudah berjangkit pada bayi yg berumur 24 bulan ke bawah dan lagipun minggu lepas dah 3 orang baby terkena berak2 ni..aliff pun dah setat berak2 ni dah 2, 3 ari tetapi aku beranggapan mungkin aku yg tersalah makan ataupun mungkin jugak die berubah bulan, sebab usianya dah berganjak ke lima bulan..tapiiii..kemunsykilan masih lagi di pemikiranku...hmmm....

    Wednesday, May 6, 2009

    Water Chestnut

    Resepi nih aku dah penah try dan jadik..sejenis bubur/desert yang enak di makan sejuk2..asal bubur ni dari thailand..makanan ni pun osmet aku masa bujang dulu kenalkan pada aku..taun lepas masa aku tgh peknen tetiba aku teringin sangat nak makan ni, so aku pun suh incik abg aku belikan sengkuang cina.. maka melilau2la die mencari sengkuang cina dan akhirnya berjumpa juga dgn senkuang yg aku idam2kan itu dan aku pun terus mencuba dan menjadi..toraila..sangat menyelerakan!

    Water chestnut
    10 biji sengkuang cina (water chestnut)
    beberapa titik pewarna merah/hijau
    gula
    1 mangkuk besar santan sederhana cair
    2-3 ulas nangka dipotong dadu (optional)
    1 sudu besar sagu di rendam air panas (optional)
    2-3 sudu besar tepung sagu/ubi
    Cara2 :
    1 - Sengkuang dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu kecil2.
    2 - Rendamkan sengkuang yg dipotong dalam mangkuk berisi air dan dititik pewarna sehingga terendam supaya semua sengkuang jadi berwarna. Biarkan lebih kurang 10-15min dan toskan.
    3 - Kemudian gaulkan sengkuang dengan tepung ubi hingga rata dan semua sengkuang bersalut tepung. (gunakan penapis)
    4- Panaskan air dan bila mendidih, masukkan sengkuang tadi dan kacau supaya tidak melekat. Biar mendidih lagi dan bila sengkuang timbul, angkat dan toskan.
    5- Dalam periuk lain, panaskan santan. Masukkan gula. (ada yg guna santan fresh dan x perlu masak). Bila hampir mendidih, masukkan sagu, sengkuang dan nangka. Angkat dan sejukkan.
    6- Sedap dihidangkan sejuk2. Bila hendak makan masukkan parutan ais atau masukkan kedalam fridge sebelum makan.

    First Solid Food for Aliff

    Semalam aku luper nak citer..aku dah setat bagi aliff makan walaupun umur die belum pun cecah 5 bln..huhu..mengikut perkiraan doktor baby boleh diberi makan ketika berumur 6 bulan dan ke atas..tetapi mengikut kebiasaan orang2 kita baby yg berumur 4 bulan ke atas sudah bole di beri makan..memandangkan aliff dah hampir mencecah 5 bln kami pun dengan tidak sabarnye memberi die makan cereal ni :

    hihi..incik abang aku asik dok tanya jer bile bole bagi aliff makan..pastu aritu masa beli brg dapur die dok tenung jer nestle tu...pastu aku tanya la nak beli ke..die kata terpulang..last2 aku kate beli ajela dulu..then die amik satu n bayar..sampai je kat rumah terus aku bancuh cereal tu dgn susu aliff..aku buat satu sudu kecik je dulu then bancuh cair2 takut die payah nak telan..memule die mcm tak nak sebab die lapar susu lagipun die ingat aku nak kasi die ubat sebab die ni tak suke mkn ubat..then aku acah die sambil mkn skit cereal tu dan kate urmmmmm syedapppnyeeeee, die pun mcm suke jek..then bile aku suapkan dgn senangye die menelan tanpa buat muke tak suke..huhu..maknanye die memang suke makanan tu..semalamnye pulak aku tanya child minder yg jaga die samaada berak die ok ke tidak..then cikgu die kate die berak ok je..so bermakna, makanan tu memang sesuai untuk die..dan alhamdulillah sehingga kini apa2 susu, puting susu or makanan yg kami beli utk die tak pernah lagi mendatangkan masalah kepada aliff..sangat senang nak bela aliff ni..syukur sgt2 sebab die tak menyusahkan ibu dan baba die..

    Tuesday, May 5, 2009

    Maafkan aku

    It's killing time again!..ampunkan aku, maafkan aku wahai incik2 tikus..aku terpaksa membunuhmu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran..jangan kau cari daku di akhirat nanti kerana aku membunuhmu tetapi aku hanya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh universiti..ampunkan segala dosa2ku Ya Allah...



    ..so kiut r you...


    gambar ni terselit kat sini bukan ape, tadi masa aku ondeway ke nurseri aku tengok bunga2 tu cantek pulak so balik tadi aku snap la nak bagi meriah skit entri ni...dan teringat lak aku masa kecik2 dulu masa sekolah rendah bunga ni aku dan kengkawan akan kutip dan hisap madu yang terdapat dalam bunga tu..manissss...sedap sangat...hihi..bile teringat zaman kanak2 rase nak kembali ke zaman tu..

    Family Gathering

    Malam minggu lepas kami adik beradik berkumpul di rumah ibu dan bapa kami untuk berbincang mengenai persiapan perkahwinan abang saya yang akan diadakan hujung bulan ini. Maka dengan itu saya memberi cadangan kepada adik beradik saya untuk membuat majlis makan2 dengan sedikit collection daripada adik beradik. Walaupun tak cukup sorang dalam kumpulan ni tetapi acara tetap juga berjalan seperti yang dirancang. Dengan persetujuan semua maka sebelum balik ke kampung saya telah meng'order' 3 ekor ayam daripada makcik saya untuk dibuat barbeque dan setibanya saya di sana saya terus menuju ke kedai itu untuk mengambil ayam yang telah diorder semalam sambil membayar sejumlah wang..hahaha...skemanye ayat2 saya.....hohoh....

    So malam tu aku pun pulunla menyediakan rempah2 dan bahan2 untuk me'marinade' ayam tersebut..pagi besoknye pulak aku ke pasar membeli udang, sotong dan ikan dan minuman untuk menambahkan lagi makanan yang sedia ada..maka petang itu, bapaku bersama adik misi ku memulakan acara membakar..adik2 yang lain semua dah mengelat lari...ape dieorg igt nak bakar memalam ke???macamla dieorg sudi nak membakar malam2 nanti...akhirnya dalam pukul 7 malam semua siap dibakar...dan adik2ku yang telah mengelatkan diri tadi pun dah balik ke rumah dan buat2 sebok bertanya mana ayam dll yg nak dibakar tu..apalagi kene soundla dgn aku sambil aku bertungkus lumus memasak nasi guren puler..

    Acara makan2 berlangsung dalam pukul 9 malam..dan menu yang dihidangkan adalah : barbeque chicken, udang bakar, sotong bakar, ikan bakar, nasi goreng cina, sate ayam dan daging, kepok lekor, buah2an, koktel buah dan minuman ringan bersama sebiji kek..(sempena besday mak aku, aku, dan adik2 aku yang lahir dlm bln april)..

    ni die ayam yang diperap semalaman dgn rempah ratus barbeque

    ayam2 yang sedang melalui proses pembakaran

    ayam yang telah dibakar...ermmm..bau die sungguh sedap dan nampak sangat menyelerakan...

    kami bersama2 hidangan yang telah disediakan
    Alya nampaknye begitu gembira dengan makanan yang terhidang di depan mata die..sebenarnye die aim kek tu, tunggu masa nak terkam jer..hihi..


    Mocha Cake daripada kedai kek oren, jalan bahagia, temerloh


    Alya so hepi coz kejap lagi dpt mkn kek!


    nak cokelat tu!


    tengok, yaya buat..

    Acara mesyuarat kemudian berlangsung selepas acara makan2..dan incik abang aku pun sampai rumah dalam pukul sebelas ketika mesyuarat tengah rancak berjalan dan meeting pun habis dalam pukul 11.30 malam..kemudian acara borak2 sambil menonton bola dan aku pun tetido kepenatan depan tibi..

    Hupdet skek:

    Resepi Barbeque Ayam

    *p/s : resepi ni i dpt drp cik puan shifa.. sape2 yg nak mencube sile lerrr jgn segan2..sedapp...

    Bahan2nye:

    1 ekor ayam
    1/2 cawan marjerin
    1/2 cawan susu pekat
    9cm halia
    7cm kunyit hidup
    5 tangkai serai
    3 labu bawang besar
    8 biji bawang merah
    4 biji bawang putih
    4 sudu besar serbuk ketumbar
    4 sudu besar serbuk jintan manis
    4 sudu besar jintan putih
    5 sudu besar serbuk lada hitam (yang kasar)
    Garam secukup rasa
    Ajjinomoto secukup rasa
    Gula secukup rase

    Cara2 membuatnye:

    Bersihkan ayam dan perap bersama2 semua bahan2 di atas semalaman dan bakar keesokannye..urmm..shedapp..

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails