nuffnang ads

Wednesday, June 30, 2010

Henpon Lama Tuka Baru!

Seingat aku la kan dari dulu sejak taun 2000 sampai la ni hanya 5 jenis tepon aku pakai..memule aku pakai tepon taun 2000 tak silap..mase tu aku dah final year...masa tengah sibuk dengan projek so adalah sangat penting untuk mendapatkan sebijik tepon tangan...senang untuk kontek-kontek dengan rakan-rakan seperjuangan atau pun boipren...huh???musykil...

Model tepon yang memule aku pakai yang skrin die kaler meroh..

Haaa..ni die tepon tu...korang penah tengok tak tepon nih??hihi....

Siemens C30

Sakit mate nengok kaler tuh bile ade org call tapi dah itu yang murah...so abihla duit PTPTN aku tarah untuk henpon tu..rege die masa tuh tak silap aku dalam 200 lebih jugak termasuk sim kad...mahal jugak la pada aku...ye lah student masa tu kan mane nak berduit..

Lepas tu bile aku dah setat keje aku pakai butterfly pulok..mase tu sume orang giler dengan tepon kecik-kecik...so aku pun beli ler satu...

Nokia 8250

Lepas tu aku tuko ke Sony Ericsson pulok..beli masa tu sebab nak kan ringtone berlagu dan bole ambik gambo..polyphonic tak best...huhu...nak ikut orang punye pasal..lama jugakla aku pakai tepon ni..ni lah dia K700i...aku rase dah cukup canggih la bole celen nokia sabun..hohoh...
K700i

Lepas tu gara-gara semua orang pakai touch screen so aku pun nak..aku beli ler yang ni pulak :


G900

Bukan ape, model ni macam 2 in 1..kalu taknak guna touch skrin leh guna keypad.....memule aku pakai ok tak ade masalah...lepas tu bila aliff dah setat main-main dengan tepon tu jadi rosaklah dia..di jilat-jilatnye, dibaling-balingnya mane tak rosak...abih RM150  untuk repair touch skrin dengan software die..lepas repair rosak balik, kena baling dengan aliff...so aku nekad beli tepon lain...maka aku pun beli ler yang ni : 


K770i

Tak lame aku pakai ni sebab aku dengan baik hatinye bagi pada Abang N..sebab tepon die yang ni rosak..

W880i

Tepon ni aku belikan sempena besday die taun lepas..sebab tepon lame die  yang bawah ni dah uzur sangat..

 Z530i

Aku suruh die beli baru takmo..so sebagai tanda kasih dan sayang aku pun hadiahkan la sebijik tepon di atas untuk die...tau tak sampai sekarang die kate aku belikan tepon tu sebab ade udang disebalik batu ...nak ngintip die kat mane, tengah buat ape (sebab ade 3G tu la)...padahal aku sangat ikhlas belikan die....hik hik...

Bile dah rosak, aku suruh die pakai tepon aku yang 770i tu sebab kalu kasi dia pakai yang touch skrin tu nanti BERMASALAH dekat die..sebabnye tepon G900 tu hanya boleh dipakai oleh orang-orang yang sabar sahaje...sebabnya, skrinnye kadang-kadang ok, kadang-kadang tidak ok...oleh kerana abang N mempunyai tahap kesabaran yang rendah maka aku suruh die pakai 770i tu aje, biarlah aku je yang pakai tepon G900 yang rosak itew...hohoh..

Maka sampaila ke hari ini aku masih lagi setia dengan G900 yang skrin die kadang-kadang bertuko kaler biru...haru aku setiap kali ade call atau sms masuk tak nampak ape...biru je skrinnye.....uuuuuu...

Idaman kalbu aku, kalu berduit lepas ni aku nak tangkap ni...

Nokia E72

Die nampak macam Black Berry...hehe......

Bila lah nak dapat ni....berangan aje la asap oiiii......

Korang lak macam mana dah bape bijik tepon pakai? mesti lebih canggih, lebih stylo, lebih up to date dari aku kan kan kannnn???...hihi...

Tuesday, June 29, 2010

RONNIE GOT LUCKY!

Ampeh!..yo yo oo je aku tengok, lepas satu citer ke satu citer lain..rupe2nye nak suh donlod IE8..cehsss sungguh...shifa, mari sini kamu....huhu..

Cite BOLA Lagi

Semalam, balik rumah abang N tengah tengok BOLA...die sudah melanggan Astro Beyond, sebab nak tengok BOLA..sanggup die tambah 20 hengget tetiap bulan bayo dekat tokey astro semata-mata nak nengok BOLA dalam versi HD...adeh...ni mesti sebab termakan hasutan kengkawan...

Apabila Bola....

B for BOLA...B also for BALL....BALL is BOLA....BOLA is BALL...issshhhh ape merepek daaa...
B...bukan ape, mane-mane aku pegi asik-asik bola, bukak fb pun orang cite pasal bola, dalam kete bukak radio cite bola, balik rumah tengok-tengok abang N tengok bola...sume bola....aliff pun asik main bola, hari-hari tarik tangan aku ajak main bola, balik dari sekolah pun nampak budak-budak main bola...aduhh!!!

Motif entri ni : BOLA bolat...bolat-bolat itu BOLA...huwa huwa huwaaaa.....

Buntu...Kepala ku Buntu Lagi...

Ade mende nak cerite tapi kebuntuan melanda diriku...ideaaaaaaaaa pelizzzzzzz keluaaarrrrrrrr.....

Friday, June 25, 2010

Kamu Sentiasa Layak Di Uji!

Pagi ni, aku log-in facebook dan macam biasa la aku akan lompat dari satu muka buku ke muka buku lain...melawat rakan-rakan dan rakan-rakan punya rakan-rakan..tiba-tiba...jeng-jeng-jennngggggg aku terpandang satu artikel yang sangat-sangat menarik dan aku rase aku nak berkongsi dengan semua orang di sini...kite share-share knowledge di samping saling ingat-mengingati antara kita...sementelah pula, artikel ni sangat berkait dengan aku (ye lah kan aku sedang diuji)... So sama-samalah kita mendapat kebaikannya..

Artikel asal adalah dari sini

“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.
Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?
Tidak perlu.



Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.
Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.


RUBUBIYYAH ALLAH
Ada apa di sebalik kisah kambing?
Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.

“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?”  [Yunus 10: 31]


Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah.
Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam hidup ini.
Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah.
Justeru dalam ‘kesempurnaan’ ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA.


HAMBA YANG LUPA



Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.
“Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa.
Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?


AYAT-AYAT CINTA
“Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam,” komen gadis-gadis Islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy.
“Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri,” ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu.
Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta!



Saya bukan seorang pembaca novel. Namun dek kerana gahnya karya Ayat-ayat Cinta ini, saya gagahkan jua membacanya. Sungguh luar biasa. Filemnya juga ditonton. Bukan sekali tetapi dua.
Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi ‘mabuk cinta’ membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa.
Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya.
“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam”
Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?
“Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri.
“Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!” bicara waras seorang manusia gila.
Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat.

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA
Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?
Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.
Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.





Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?
Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?
Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?
Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?
Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?
Mengapa semua ini berlaku?
Itulah bicara Allah kepada kamu…
Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.

LUPA
Tetapi kamu terlupa.
Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.
Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki. 
Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.
Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.
Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.

BAIK DAN MUKHLIS
Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.
Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.
Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna. 
HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]

Kita sentiasa layak diuji…
Kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur 

Thursday, June 24, 2010

Emo Untuk Abang N

Semalam besday abang N.. tapi aku buat tak reti jek, pasai pa?(pagi semalam aku aku dah wish dan cium die sebelum gi keje tapi di tolak) pasai die masih nak berperang dengan aku walaupun dah lame aku angkat bendera putih.. die ni kalu perang memang lame...berhari-hari-hari-hariiiiiiii lamenye...kalu dalam satu minggu tu ade 9 hari, ha 9 hari la die perang...punyelah banyak hari...sudahnye balik keje petang semalam aku buat tak reti ajela pastu aku masak macam biasa walau pun die ade beli kepingan daging kambing (macam suh aku buat lamb chop) tapi disebabkan die nak berperang lagi kan..soooo aku pun buat bodo aje la.....
Besok, kalu die ajak balik kampung, mintak mahap aku tak nak ikut, baliklah sorang2..aku tak ade mood!

Selama ni aku mengelak untuk bercerita masalah personal aku dan kalau bole dalam blog ni aku nak cite yang best2 jek, takde yang tak best tak best sebab hidup aku memang tak best sebenarnya...tapi some times aku terlanggar jugak janji2 aku untuk tidak bercerita mengenai hal peribadi...anggap ajelah jiwa tengah kacau...tapi itulah dugaan hidup sebenarnye, dugaan dari Tuhan nak menguji kesabaran aku..
Pesanan penaja untuk abang N sempena besday die :

"Apa-apa yang berlaku dalam rumahtangga janganlah cepat melenting...jadilah seorang suami yang sangat baik terhadap isteri (jangan didera dan jangan sesekali menduga hati dan perasaan ini)...kalau tak suka ayang menjawab, jangan marah-marah ayang tak tentu pasal, tu aje.."

Monday, June 21, 2010

Aku Di Saman!!!

Berbalik pada hari aku yang penuh serabut (Jumaat lepas) seme dah setel tadi..900 ratus melayang..aku ingat bole lagi diskaun rupe2nye sekarang tak bole diskaun dah ...kalo ko kena saman 300, banyak tulah ko kena bayo..dulu bole diskaun sekarang tidak boleh...polis tu cakap....dan DULU kalu saman JPJ je you tak bole renew roadtax, sekarang TIDAK..saman PDRM pun kena gak...kalu tak buat gitu orang akan ambik endah tak endah je, kata polis itu...

Itu baru 3 dari 7 saman..semua atas nama aku..yelah dah seme kete2 tu atas nama aku (macamlah kaya bebeno pakai banyak2 keto)..taklah, satu tu adik aku pakai, satu tu je aku pakai...semuanya speed trap..and all sumonses adalah ditembak bukannye yang sign macam artis tu ye..kena tembak pun sekarang tak ade warning-warning lagi dah terus diorang blacklist kan nama kite..ke aku yang taktau??? better u check now..

Haa, ni semua list kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh kete aku....bukan aku yer, kete aku...hohoh..poyo la ko asap!...ahahaha...



Bukti aku dah bayo 3 saman dari 7 saman yang ado!


Dan dengan muke tak malunye aku memaksa diri meminjam duit dari membe aku dan mak aku...MASALAHNYE, bagaimana kah harus aku memberitahu pada abang N kesalahan-kesalahan yang dilakukannye sedangkan die masih lagi HOT dengan aku..(instead aku dah bagitau die secara sms tadi)..aku risau kan PENERIMAANnya............uh uhhhh....payahnye hidup kalau tengah perang dingin gini....

Friday, June 18, 2010

Aduh!!! Saman!!

Tau tak aku tak bole renew road tax pasal sangkut dengan JPJ...MASALAHnye aku dah check dekat myeg takde pulak saman JPJ, yang ade saman trafik (PDRM) adalah...uuuuu...banyak pulak tu.....tak kan la sangkut, sebab setau aku hanya saman JPJ yang tak setel je yang tak boleh renew roadtax...kalu saman PDRM tu bole lepas lagi...penat aku ke hulu ke hilir hari ni menyetelkan bende nih tapi tak jugak setel2...

Tadi aku pegi bank collect geran kete.. dahla taktau mana bank tu located sampai sesat2 mencari bank tu, mujurlah aku bawak co-pilot dan die tau jugaklah area tu, nak harap abang N? huh, die bab2 ni memang tiada kesabaran tambah pulak die tengah melancarkan perang dengan aku...huhu...

Memule aku tak caye cakap salesman tu..(salesman yang aku beli kete tu la)..pastu aku sendiri call orang bank mintak die keluarkan geran tu sebab aku nak setelkan sendiri lagi senang..kalu harap diorang lambatla, macam-macam hal..pas dapat geran tu aku gi post office..memang betul office boy tu cakap dekat salesman tu..aku punye tu ade masalah, dah kena blocked so tak bole buat roadtax melainkan setelkan saman-saman tu..tulah tak pecayekan orang lagi kan...at least aku puas ati bile aku buat sendiri..

Pastu aku pegilah balai polis pulak nak check saman dan nak setelkan bende ni lah..sekali diorang kate pukul 2.45 karang baru bukak balik..APE???? penat aku drive tau, dari PJ ke SUNWAY pastu patah balik ke Seksyen 14, pastu gi pulak STATE alih2 polis tu kate bukak kul 2.45...adoiilaaaa, sabo aje la..aku dah penat ni, kebulur lagi...so aku pun berkejorlah balik semula opis sebab kelas nak setat kul 3 nih..aduh....sampai lab ni aku rase penat sangat dah tak larat dah nak kuar balik, dah le tak makan lagi...roadtax mati selasa ni..sempat ke nak setel SENIN ni????

p/s: Haduuuhhh...kalu betul nak kena bayo seme saman tu parah aku...memang aku takde duit nih...buat muke tak malu je lah mintak pinjam dengan mak dan kengkawan...MALUnyeeeee....(sebab aku tak suke pinjam duit orang)...sape pinjam duit aku mintak bayo SEKARANG!...ade ke???

Peringatan dan padan muke aku, bawok kete lelaju sape suruh dah kene speed trap...tapi bukan seme aku buat tau..abang N pun ade bagi sumbangan..die 3, aku 2 je...oooooOOOO...mamposs..

Thursday, June 17, 2010

Baru Kawin


Aku? baru nak cecah 3 taun kawin..dah macam2 dugaan aku lalui..aku cuba jadi isteri yang terbaik untuk suami aku, aku tak nak melukai hatinya walau seinci..aku juga cuba untuk jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak aku, aku cuba untuk jadi anak yang baik pada ibu dan bapa aku dan aku juga cuba untuk jadi menantu yang TERBAIK untuk mertua aku dan tak lupa juga aku juga cuba untuk menjadi ipar duai yang terbaik untuk adik beradik suami aku....tapiiiiiii.....

Huh, tinggalkan lah entri emo ni...

Ni sebenarnye nak cerita pasal majlis kawin adik aku..berlangsung pada 5hb Jun lepas de sebelah pompuan nun jauh di pantai timur dan sebelah kami berlangsung minggu lepas 12hb Jun..dulu dieorang bertunang sini .. aku masukkan gambar ajelah...takde mood nak citer panjang... :(





Dan memperkenalkan :

III
III
III
III
VVVV
VVV
VV
V


CAKK!!


Too both pengantin, "Bentang (gelaran adik aku kat rumah), jadilah suami yang baik pada laili, kalu ade pertelingkahan wokme bawoklah bincang elok-elok jangan simpan dalam hati..cuba fahami hati naluri seorang isteri, jangan suke maroh2 anok orang tak baik..anok orang tu bini aok jugek nok maroh-maroh pun...untuk adik ipor pulok, jaga makan minum talib tu elok2 jangan sampai terlebih gumuks..itu pun dah gumuk dah tengok..lagi, ingatlah awal-awal kawin ni masa nak mengenal luor dalam pasangan kite so bile dah kenal terimalah die seadanya..okeh.."

Salahkah Aku?

Macam mana caranye nak menangani orang yang panas baran? Selalunye orang yang macam ni hanya akan mencari salah orang sedangkan salah atau kekurangan diri sendiri tak nampak..macam mana hidup nak aman kalu asik nak marah orang je...

entri emo~*

Tuesday, June 15, 2010

Pisang Panas Ver.2


video


Tarian joget2 Pisang Panas Aliff...ahahaha..dah seme pok2 sedare dengan mok2 sedare die dah tau lagu Pisang Panas ni....korang tau ke??? taktau??????..sape tau angkat tangan aku kasi adiah iaitu CD sebuah lagu cetak rompak penyanyi asal lagu ni...sile donlod sendiri...hihi...

Huuuu..nampak gaya aku kena carik dulu lagu ni kat tenet pastu donlod kang tak pasal ade yang jawab betul payah lak aku...hik hik...

Thursday, June 10, 2010

Pisang Panas! Ver. 1

Jom layanzzzz!!

Time ni energy die dah kurang..sebelum tu, siap joget bboyz lagi..terloncat2..klaka jek tengok..


video

P/s : Sile abaikan pemandangan yang tidak indah untuk di lihat itew..

Monday, June 7, 2010

Budak Ni Gi Sepital

Minggu lepas aku pegi HUKM dengan nak ambik adik aku kat sana..die ditugaskan untuk menjaga aki aku di hospital..aki adalah atuk aku...asalnya die dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesukaran untuk bernafas...nafas macam tersekat2, kate makcik aku..tiga empat ari jugak die di sepital..on the day he supposed to discharge die jatuh katil pulak...itu ok lagi, lepas tu die jatuh lagi, kat bilik air pulak...retak pulak pangkal tulang peha die....so die kena tahan lagi dan dimasukkan ke wad trauma ortopedik..jadinya, bergilir2 lah anak2 dan cucu2nya menjaga die di hospital..

Yang kelakarnye, masa die jatuh tu orang ramai yang jumpe die...dah la die tu nyanyuk..aduiilaaa...tah toilet mana die masuk pun taktaula...nasib baik die pakai baju pesakit, so orang tau la die dari wad mana..dan terusla orang hantar die ke wad...kesian aki...agaknye die boring duduk je dekat katil tu...jadi die pun jalan2 la..

Masa aku gi ambik adik aku tu, aku bawakla sekali aliff..tapi kanak2 bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk ke wad..jadi aku tukar2la dengan adik aku..sementara menunggu tu die berjalan2 di kawasan sekitar yang begitu luas pada pandangannya..hihi...

Inilah yang die buat :












Ini lah Aki :


Jumaat lepas die dah discharge..dan sekarang die ade dengan makcik aku..harap aki cepat dan terus sihat dan boleh terus berborak bercerita lagi dengan kami kisah zaman muda2nye, zaman komunis, pasal keturunan, pasal kawan2nye, pasal mak die (moyang kami)....................................dan banyak lagilaaaaa..........................................................

Thursday, June 3, 2010

Haa! Mari-mari buat duit!! Free je!!!



Haa..apalagi sile ler klik iklan tu..register free tak payoh bayo ape-ape..korang rajin login blog korang dieorang bayo 50 sen kat korang..tak nak ke??? memanglah tak banyak mane pun tapi at least bole jugakla kaber2 duit korang sesikit....

Cuba-cuba! mende freeeee....

Tuesday, June 1, 2010

Jom Cuba Nie!

Nak terai ni pulak...ape itew??? jeng-jeng-jennnggg...M.A.'.A.J.U.N...dari testimoni orang yang dah mencuba, katenye saaaaaangat bagus..so, saye pun orderlah 2 botol...tujuan saye nak menerai bende alah ni adalah untuk mencuba Family Planning..almaklum la, anak dah dua, dah tu rapat-rapat pulak...soooooo sekarang kena lah beringat sikit..hehe...mule-mulenye ingat nak ambik injection je...tapi bile di pikir-pikirkan balik risikonye adelah sangat tidak bagus maka saye harus mencuba sesuatu yang natural yang bersumberkan alam semulajadi..so apalagi terai ma'ajun la pulak...Ma'ajun ape? Ma'ajun Anggun Bistari..hehe..

Saye tau pasal ma'jun ni pun dari blog Eynda . Sila buat lawatan ke blog beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut..

Ni die ma'jun yang baru sampai tadi..

II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
II
VVVV
VVV
VV
V




Saye order dari Suffah Beauty Shop

Haa..mari kite lihat ape keistimewaan ma'ajun ni..istimewa sangat ke?hihi...cuba dulu..

APA ITU MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB)??

MAB adalah produk tradisional dibuat dari herba, rempah ratus dan madu. Kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning (perancang keluarga). Walaubagaimana pun MAB juga bertindak sebagai ubat multipurpose dalam penjagaan kesihatan dalaman/kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga. MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah family planning moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul. MAB juga boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas berkahwin/belum berkahwin dan orang-orang tua(warga emas). MAB dijamin bersih, suci lagi halal tanpa perlu diragui lagi bagi org Islam

KOMPOSISI

Kacip Fatimah + Serapat + Senduduk + Inai + Madu + Manjakani + Habbatus Sauda/jintan hitam (Maksud Hadith: “Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda’ ini, kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat segala penyakit kecuali As-Sam(maut)” Al-Bukhari)

KHASIAT DAN KEGUNAAN MAB

Ø Merancang Keluarga
Ø Merawat keputihan
Ø Cantikkan kulit/menegang payudara
Ø Memelihara peranakan
Ø Membuang darah kotor melalui period
Ø Mengawal berat badan
Ø Teraturkan period (haid)/stabilkan hormon
Ø Menambah tenaga
Ø Melawaskan buang air besar
Ø Memulihkan/melambatkan monopaus
Ø Awet muda
Ø Melancarkan peredaran darah
Ø Memecah lemak/kolestrol/toksin
Ø Ikhtiar untuk mendapatkan zuriat


MELAMBATKAN/ MENGEMBALIKAN PERIOD BAGI ORG YANG TELAH MONOPOUSE

Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan monopouse di usia yang terlalu awal iaitu sekitar 40an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah sekitar usia 30an, disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup, otak kita menjadi kurang berkupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan, jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan monopouse.Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumahtangga. Hubungan seksual juga menjadi tidak harmoni. InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat di atasi dengan baik


MAB UNTUK IKHTIAR DAPATKAN ANAK

Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period tak keluar habis/keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan. Dengan mengamalkan MAB, ianya mengeluarkan blocking tersebut supaya perjalanan sperma menjadi lancar. Dengan itu proses penghamilan akan lancar.


SESUAI UNTUK WANITA BERUMUR/WARGA MAS

MAB ini bukan sahaja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada waita yang berumur 50an ke atas. Bagi golongan berumur/warga emas ianya tidak dapat mengembalikan period lagi, cuma hanya boleh mendapat khasiatnya seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas-kebas dan sebagainya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails