nuffnang ads

Friday, September 30, 2011

Surat Terakhir Untuk Abah


Abah, 

Masih ku terbayangkan saat-saat akhir bersamamu Abah..
Masih lagi ku rasakan penderitaan yang abah tempuhi selama ini..
Masih ku terbayangkan kekuatan mu melawan penyakit-penyakitmu.. 
Masih ku ingat harumnya bau mu Abah ketika kali terakhir ku kucup dahimu..
Masih ku ingat harumnya bau mu ketika engkau datang menjenguk ku malam itu...
Ku amat merindui dirimu Abah..
Ku amat merindui suaramu..
Ku rasakan seperti engkau berada disisiku membisikkan,
Sabarlah duhai anak ku...

Masih ku teringat hari terakhir ku salam dan ku kucup tangan dan pipimu...
Masih terngiang-ngiang lagi ucapan mu itu..."Terima kasih Pa"...
Walaupun bakti ku hanyalah sebesar kuman cuma...
Tak terbayar rasanye "Hutang-hutang" ku padamu Abah..
Aku belum cukup menyenangkan hatimu Abah..
Aku belum cukup membuatkan mu bangga dengan ku..
Masih ku ingat lagi pandangan syahdu terakhir darimu ketika aku melangkah keluar dari wad itu...
Pandanganmu itu seolah-olah ingin memberitahuku sesuatu...
Masih ku ingat lagi pandangan syahdu yang tak terungkap itu...
Dan masih ku ingat lagi ku cuba menahan air mata dari terjatuh ketika keluar dari wad itu..
Masih ku teringatkan hari-hari terakhir kita bersama..

Masihku teringatkan hari-hari itu...
Ku sangkakan Abah akan pulang ke rumah..
Ku sangkakan aku akan terus berbakti kepadamu selepas itu...
Rupa-rupanya Abah pulang mengadapNya..
Rupa-rupanya sudah sampai masanya Dia menjemputmu...
Rupa-rupanya Dia lebih rindukanmu..
DiberiNya aku kesempatan untuk berbakti kepadamu Abah..
Sebelum Dia menjemputmu... 

Terima kasih Ya Allah dengan kesempatan yang Engkau berikan..
Walaupun baktiku itu tidak cukup untuk membalas segala jasa-jasanya membesarkan aku..
Walau sampai akhir hayat ku, masih belum cukup baktiku kepadamu Abah..
Ketahuilah Abah, aku ingin lagi berbakti kepadamu..
Aku ingin lagi membanggakanmu..
InsyaAllah, aku akan terus-terusan berbakti kepadamu walaupun engkau telah tiada...
Abah tetap dihatiku..

Abah,
Aku redha dengan ketentuan ini...
Dia lagi Maha Mengetahui..
Pergilah Abah dengan tenang...
Semoga engkau beroleh Rahmat dan Kasih Sayang dariNya..
Semoga engkau ditempatkan dikalangan para solihin..
Dan semoga engkau tenang dan bahagia disana..
InsyaAllah ada rezeki, kita jumpa disana...
Ketahuilah aku amat menyayangi dan merindukan mu Abah..

Al-Fatihah untuk Arwah Abah,

Amin.

Terima kasih Abah diatas segala-galanya.

Dari anakmu yang tercinta,
-Pa-




Tuesday, September 27, 2011

Rendang Daging





Rendang Daging 

Ini rendang daging style mak mertua kita.  Dia kalu masak rendang mesti campur dengan paru dan hati.  Memula kawin dengan Abang N pelik jugak makan, rase pun pelik jugak sebab masakan orang Negeri Sembilan rendangnya takde guna rempah-rempah.  Pedas tu aku boleh accept lagi tapi bila bab campur dengan benda-benda lain aku jadi pelik sikit.  Tapi lama-lama, dah bole terima dah semua tu.  Resepi sama macam masak Rendang Ayam aritu. Tapi apa-apa pun aku bagi jugak la resepi ni.

Bahan-bahan :
1 kg daging lembu
1/2 kilo paru
1/2 kilo hati

Bahan A : 
4-5 ulas bawang putih
6-7 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
Segenggam cili api  (Nak pedas sila tambah lagi)
1 biji cili bosar
1 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 batang serai

Bahan B
1 kg santan
2 helai daun kunyit (hiris halus)
3-4 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa.

Kaedah Memasak :
1.  Rebus paru hingga masak
2.  Blend semua bahan-bahan A.
3.  Hiris daging, paru dan hati mengikut kesukaan.
4.  Renehkan daging, paru dan hati bersama-sama bahan-bahan A yang telah diblend hingga hampir kering kemudian masukkan santan dengan sedikit air dan kacau-kacau sokmo agar tak berkerak.
5.  Bila agak-agak santan dah tinggal suku baru masukkan kerisik dan daun kunyit dan kacau lagi hingga kering.
6.  Siap!, boleh makan.

Nota keyboard : Abang N cakap, lepas ni kalo nak makan rendang takyah balik kampung dah......hehe...bermakna aku dah lulus dengan cemerlang masak rendang style mak dia....heheh....kembang kempis idung aku kena puji dengan Abang N....kekeke.....

Friday, September 23, 2011

Pergi Tak Kembali

Khamis, 15 September 2011 bersamaan 17 Syawal 1432H perginya ke rahmatullah ayahanda kami yang tercinta setelah 24 hari dimasukkan ke hospital kerana diabetes, hipoglisemia, stroke, pendarahan usus,  tekanan darah rendah, jangkitan kuman di paru-paru dan bakteria dalam darah.  Berakhir sudah penderitaannya selama 24 hari tersebut. Allah lebih sayangkannya. Semoga Allah s.w.t mengampuni segala dosa-dosanya, melapangkan dan menerangkan kuburnya, meringankan dan melepaskan beliau dari siksaan kubur dan menempatkan beliau di Syurga bersama para-para soleh dan solihin. Semalam cukup seminggu permergian beliau dan hingga ke hari ini aku masih lagi merasakan yang beliau masih berada disisi kami.  Bagaimanapun kami sekeluarga tetap redha dengan pemergiannya. Sekalung Al-Fatihah buat Ayahandaku yang tercinta, Nawawi bin Mohd Baki. Al-Fatihah.

Cerita sebelum ni di sini dan sini.

Tuesday, September 13, 2011

Projek Sebelum Hari Raya

Dalam sebok-sebok ulang alik ke hospital itu ari sempat lagi aku menyiapkan projek-projek yang dah lame dok tanam dalam kepala ni.....hajat di hati dah lame nak menerai buat wallet.....ala, yang macam purse tu, yang orang dok banyak jual-jual dalam blog-blog tu macam Tote Boutique ni ha .....cantek-cantek kan wallet-wallet dan purse-purse die...sape-sape yang berminat bole la terus order dengan beliau...tapi yang aku punya ni made with tangan sendirik...hik hik....(ade hati lak tu nak buat sendirik)...aku tengok contoh tutorial dalam blog banyak pastu draft atas kertas lebih kurang, pastu ukur-ukurla nak besar mana lebih kurang then potong kain...hehe....projek pertama buat ialah sarung kamera....pastu tu buat pulak sarung henpon.....lepas tu barulah buat idaman kalbu aku....iaitu Sarung Angpow Raya....hehe......

Ikut rotation dari kanan atas : Sarung Kamera omputih cakap Camera Pouch...bawah tu Sarung Henpon atau  bahasa omputih Handphone Pouch dan bahagian atas kiri tu Angpow Pouch....bule??? kekeke....



Ini bekas angpow raya yang 90% siap....belum lekatkan pelekat zig-zag tu....pelekat zig-zag~??..memula nak lekatkan butang ketap tu tapi tak ade butang macam tu pulak...lepas tu adik ipar aku suggestkan lekatkan "srek-srek" tu....epe ke mende namanya aku lupa pulak....pastu apalagi, aku pun suruhla adik aku gi beli bende tu cakap kat tokey kedai tu nak benda "srek-srek" yang macam lekat kat kasut tu....huhu....bule gitu???...kekeke....mujur tokey kedai paham.....ahahaha....



Haa...ni rupa die setelah di lekatkan dengan "srek-srek" tu....nampak kembung kan sebab dah di isi dgn angpow....huhu...



Aku buat satu compartment dan bole letak duit dalam tu...


Ni pulak, kekdah-kekdah nak menjahitnya...aku main bantai je jahit sampai terlupa nak lekatkan compartment die dulu...sudahnya nak lekatkan compartment die tu aku sembat aje pada body die...tak kose aku nak bukak semula jahitan tu...huhu...takpe, baru belajar...next time approve kan lagi kekdah menjahitnya....heheh...


Mak aii, dompoknye jari aku...gelap pulak tu...err, pencahayaan dari luar tu, tu yang nampak gelap jek...kekeke...





Ini lah comparment yang tertinggal tu....


Ini pulak bahagian body die...dalam body tu aku letak pengeras yang bergam tu...ala, yang selalu orang letak untuk kolar leher.....belasah aje la labu sebab nak nampak die keras dan kemas lah kunun....



Dan hasilnya, setelah siap dan diisi dengan angpow raya....hihi...cantek tak???..heheh...





Ini pulak sarung kamera aku...banyak kali buat baru dapat size yang tepat...kejap terkecik sangatlah, kejap terbesorlah....banyak kali aku tetas dan jahit semula...last-last baru jadik....ni pun try and error...


Ini sebelum di lekatkan butang...aku lekatkan butang baju kurung je...tu pun suruh adik aku jahitkan penyangkut untuk butang tu sebab aku tak pandai....hehe...gambar dah letak butang aku lupa nak snap...sori...



Nota tangan : Okay, tu je nak citer...saje nak tunjuk bakat dalam bidang jahitan pula.....aww, malu i.....ekeke...err, shhhh...nak citer sikit, memula Abang N nampak hasil tangan ni die ingat aku beli.......heheh....soklan untuk Abang N : macam beli eik bang?..ngeee...

Adik Dah Dapat Kaki!

video


 Adik dah dapat kaki! wow weeee!....takyah nak dukung-dukung lagi dah.....

Monday, September 5, 2011

Gambo Raya

Gambo Ramadhan dan Syawal

Location : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh

Gambo-gambo diambil pada lain-lain kejadian...ada yang sebelum raya, ada yang pada hari raya pertama dan ade yang di ambil pada hari raya kedua...

 Kat hospital ni lah abah warded hingga kini.



 Budak-budak tak boleh naik ke wad so kena tunggu kat lobi bawah.



 Ramai la makcik-makcik yang sudi nengokkan budak-budak ni sementara aku pegi wad melawat abah aku...



 Adik nak pegi mana tu?



 Termenung mengenangkan abah...



Sempat gak lagi berposing..kurus kan aku???


Adik ni kalau layan dia makan semua benda nak....takde tolak-tolak...


Ondeway nak balik rumah after ziarah abah kat hospital pun masih sempat abang N nak ambik gambar...muka ku tiada keceriaan langsung...macam-macam ada dalam fikiran ni...


Yang ni masa lepas jaga abah kat wad sebelum raya aritu...eh ye ke~...lupa daa...banyak sangat mende pikir dalam kepala...

 Tunggu turn masing-masing nak naik ke wad sebab bukan waktu melawat so kena naik sorang-sorang...(yang ni gambo sebelum raya)

Sunday, September 4, 2011

Cerita Sebelum Raya

Seminggu sebelum raya abah dimasukkan ke hospital gara-gara hipoglisemia plus stroke...kami adik-beradik bila dapat berita pagi tu abah tak boleh bangun dan tiba-tiba tidak sedarkan diri kami terus balik ke kampung ambil emergency leave..sepanjang perjalanan balik ke kampung tu air mata aku dah berjujuran sambil bacakan yassin untuk abah...sampai di hospital aku tengok abah baru sedar dari pengsan dan kelihatan agak lemah...doktor bilang die hipo, sugar low sangat dalam 1.0++...bila doktor buat ct-scan di otak die kedapatan ada sedikit small infract dalam otak die means die pernah diserang stroke sebelum ini....tapi kami sendiri pun tak sedar yang die pernah diserang stroke sebab tak ade pun tanda-tanda yang die pernah terkena stroke...melainkan kami selalu nampak die seperti terawang-awangan seperti mengigau, bercakap sorang-sorang, nampak budak-budak la dalam rumah, nampak ramai orang datang rumah, mengangkat tangan tinggi-tinggi seperti cuba menggagau sesuatu dengan mata terpejam, memangil-manggil nama orang yang dikenalinya (padahal tiada sesiapa di sisinya).....

Our Lovely and Proud Parent

May 2009

Yang kami perasan, apabila sugar die low dia akan jadi begitu...ekceli bapa aku ni ade diabetes...sepanjang dihospital sugar die turun naik, kalu sugar die rendah doktor akan masukkan dextrose, bila sugar die tinggi doktor tukar kepada insulin pula...tapi begitulah keadaannya tiada perubahan sekejap nampak die segar, sekejap nampak die lemah...ketika ini kami sedang mencuba dengan kaedah perubatan lain disamping perubatan hospital...

Dua tahun lepas die memang sangat sihat...tidak bertongkat dan mampu untuk berjalan jauh..sekarang, hampir dua tahun die bertongkat untuk berjalan, tidak mampu lagi menunggang motosikal untuk ke pasar, apatah lagi menoreh getah...ibu aku pula sekarang tidak sanggup lagi meninggalkan bapa aku keseorangan dirumah untuk die pergi menoreh menggantikan bapa aku...semua diserahkan pada orang yang sudi menoreh getah kami...tubuh badannya sekarang sangat kurus...meleleh air mata aku suatu ketika dulu apabila aku pulang menjenguknya di kampung...sangat sedih melihat keadaannya...berat badannya turun mendadak...aku tak sampai hati meletakkan gambarnya yang tengah sakit ketika ini...biarlah ia terakam dalam memori pc dan kamera dan juga dalam memori kami...

Dalam masa yang sama, abang kepada abah aku memang berada dihospital yang sama kerana masalah jantung dan kegagalan buah pinggang...pakcik aku ni memang dah lama berada dihospital, sudah sebulan lebih dan ditakdirkan pada 25 Ramadhan lepas Allah telah mengambil nyawanya buat kesekian kalinya...mujurnya aku sempat menziarahinya sehari sebelum hayatnya berakhir....ketika itu die sudah tidak sedarkan diri dan hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan...

Itulah kisah Ramadhan dan Syawal kami tahun ini...tiada keceriaan...dan tiada sambutan raya yang meriah buat kami kerana setiap hari kami berulang-alik hospital menjaga abah bergilir-gilir sehingga ke hari ini...besok dah mula kerja....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails