nuffnang ads

Showing posts with label Hati dan perasaan. Show all posts
Showing posts with label Hati dan perasaan. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Surat Terakhir Untuk Abah


Abah, 

Masih ku terbayangkan saat-saat akhir bersamamu Abah..
Masih lagi ku rasakan penderitaan yang abah tempuhi selama ini..
Masih ku terbayangkan kekuatan mu melawan penyakit-penyakitmu.. 
Masih ku ingat harumnya bau mu Abah ketika kali terakhir ku kucup dahimu..
Masih ku ingat harumnya bau mu ketika engkau datang menjenguk ku malam itu...
Ku amat merindui dirimu Abah..
Ku amat merindui suaramu..
Ku rasakan seperti engkau berada disisiku membisikkan,
Sabarlah duhai anak ku...

Masih ku teringat hari terakhir ku salam dan ku kucup tangan dan pipimu...
Masih terngiang-ngiang lagi ucapan mu itu..."Terima kasih Pa"...
Walaupun bakti ku hanyalah sebesar kuman cuma...
Tak terbayar rasanye "Hutang-hutang" ku padamu Abah..
Aku belum cukup menyenangkan hatimu Abah..
Aku belum cukup membuatkan mu bangga dengan ku..
Masih ku ingat lagi pandangan syahdu terakhir darimu ketika aku melangkah keluar dari wad itu...
Pandanganmu itu seolah-olah ingin memberitahuku sesuatu...
Masih ku ingat lagi pandangan syahdu yang tak terungkap itu...
Dan masih ku ingat lagi ku cuba menahan air mata dari terjatuh ketika keluar dari wad itu..
Masih ku teringatkan hari-hari terakhir kita bersama..

Masihku teringatkan hari-hari itu...
Ku sangkakan Abah akan pulang ke rumah..
Ku sangkakan aku akan terus berbakti kepadamu selepas itu...
Rupa-rupanya Abah pulang mengadapNya..
Rupa-rupanya sudah sampai masanya Dia menjemputmu...
Rupa-rupanya Dia lebih rindukanmu..
DiberiNya aku kesempatan untuk berbakti kepadamu Abah..
Sebelum Dia menjemputmu... 

Terima kasih Ya Allah dengan kesempatan yang Engkau berikan..
Walaupun baktiku itu tidak cukup untuk membalas segala jasa-jasanya membesarkan aku..
Walau sampai akhir hayat ku, masih belum cukup baktiku kepadamu Abah..
Ketahuilah Abah, aku ingin lagi berbakti kepadamu..
Aku ingin lagi membanggakanmu..
InsyaAllah, aku akan terus-terusan berbakti kepadamu walaupun engkau telah tiada...
Abah tetap dihatiku..

Abah,
Aku redha dengan ketentuan ini...
Dia lagi Maha Mengetahui..
Pergilah Abah dengan tenang...
Semoga engkau beroleh Rahmat dan Kasih Sayang dariNya..
Semoga engkau ditempatkan dikalangan para solihin..
Dan semoga engkau tenang dan bahagia disana..
InsyaAllah ada rezeki, kita jumpa disana...
Ketahuilah aku amat menyayangi dan merindukan mu Abah..

Al-Fatihah untuk Arwah Abah,

Amin.

Terima kasih Abah diatas segala-galanya.

Dari anakmu yang tercinta,
-Pa-




Monday, May 23, 2011

Yassin Sebagai Penenang

Assalam kawan-kawan....lame betul tak update, bukan ape bizi semedang..entah ape yang di bizi kan pun tak tau ler..Just nak share dengan kawan-kawan di luar sana mengenai Fadilat Bacaan Yassin...semua orang tau kan fadilat-fadilat bacaan Yassin ni sebagai penenang jiwa dan macam-macam lagi lah...tapi kejadian ni betul-betul berlaku pada diri sendiri dan menginsafkan diri yang sememangnya kurang amalan (untuk di bawa ke akhirat) memang benarlah fadilat yassin ni memang sangat-sangat berbaloi jika di amalkan.....

Kejadian berlaku pada tengahari Jumaat lepas ketika jemaah lelaki menunaikan Solat Jumaat...sememangnya aku akan membaca Yassin jika hati tidak tenteram dan sememangnya aku sedang dilanda pelbagai masalah ketika itu dan menyebabkan hati aku rasa sangat tidak tenang...hati sentiasa bergelora, sebak, gundah gulana, jiwa tertekan dan macam-macam lagilah....ketika itu aku sudah berniat untuk membaca Yassin 3 kali usai solat Zohor...Sebelum menunaikan Solat Zohor aku sempat sms husband menyatakan rase hati tidak tenteram mengingatkan anak-anak dan macam-macam perkara dan ketika aku berdiri untuk memakai telekung tiba-tiba aku tidak dapat menahan sebak di dada dan terus-terusan menangis dan terus terduduk.....sebelum ke toilet mengambil wudhu' perasaan itu telah aku rasakan sedari awal lagi tapi masih mampu mengawalnya....
Melihat keadaan aku yang seperti kerasukan menangis tanpa dapat dikawal rakan sebilik cuba mententeramkan aku...tapi apa yang aku ingat hanyalah Allah, Solat, dan Yassin.....aku masih lagi menangis tersedu sedan, teresak-esak menahan sebak dan ketika itu juga aku mengangkat tangan kiri untuk mengusap muka...ketika itu aku mula merasakan tangan  kiri kebas....yang hanya mampu aku katakan pada rakan aku ialah "Tolong saya kak!...tangan saya kebas..."....selepas itu aku mula merasakan kebas menjalar hingga ke muka dan tangan kanan.....yang mampu aku lakukan hanya menangis kerana aku sendiri tidak mampu mengawal keadaan....yang aku ingat aku akan mati sebentar saja lagi....ketika itu juga rakan sebilik ku sudah menjerit meminta bantuan. Oleh kerana tiada siapa yang menyahut rakan sebilik ku terus berlari keluar mencari pertolongan...mujurlah datang dua orang sahabat berlari-larian masuk kebilik dan membantu mententeramkan aku....ketika itu juga tangan kanan aku sudah kejang, tangan dan kuku kaki sudah biru dan aku merasakan pernafasan di leher hampir tersekat.....masa tu seorang sahabat tadi telah meniup ubun-ubun kepala aku dan serta merta rasa tersekat itu hilang....SubhanaAllah.....dan ketika itu juga aku katakan pada sahabat-sahabat itu aku mahu baca Yassin.....dalam keadaan panik mereka membukakan Yassin untuk aku....

Kami sama-sama membacakan yassin dengan niat untuk menenangkan hati....Al-hamdulillah dari suku bacaan Yassin itu aku dapat merasakan ketenangannya....Subhanallah, MashaAllah...Maha Suci Engkau Ya Allah, Engkau menenangkan jiwaku dengan ayat-ayatMu......hanya air mata dan sedu sedan mengiringi bacaan Yassin ku.....Sehingga habis bacaan Yassin baru kelegaan terpancar dari wajah aku....

Begitulah situasi yang aku alami...betul-betul menginsafkan diri.....aku pun tak pernah alami kejadian seperti itu sebelum ini...betapa ia mengajar aku agar tidak terlalu memikirkan masalah yang bercelaru dan selalu ingat Allah...dan Syukur padaNya aku masih di panjangkan usia....

Nota terakhir : Terima kasih kepada teman-teman yang sering menyokong diri ini....aku hanya hambaNya yang lemah....Terima kasih yang tak terhingga atas sokongan semua, tidak terbalas rasanya.....Biarlah Allah saja yang membalas jasa kalian semua.....

Updated :
* Keadaan yang menimpa aku tersebut di panggil Hyperventilation Syndrome keadaan dimana aku mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai rase kebas di tangan dan mulut akibat tekanan emosi yang sangat tinggi. Boleh rujuk di sini dan di sini.

Monday, February 14, 2011

Doa Untuk Suami Tersayang

Khusus untuk cinta hati kita. 
Doa yang terbaik untuk mereka.
Mari kita kongsikan bersama.
Aku cukup tersentuh dengan kata-kata dari doa ini sebab aku tau aku isteri yang bagaimana.


Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya


Sekiranya...

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah...

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu


Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..


Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


Nota terakhir : Sumber dari bincang.net 


 Kita sebagai isteri kena standby duit siap-siap sebelum apa-apa terjadi kat kita.

Monday, November 8, 2010

Pahit Hempedu

Orang kate kalu nak siang ikan sungai jangan sampai pecahkan hempedu die, nanti ikan rase pahit, rase tak sedap, ilang nikmat rase ikan sungai..

Tapi kalau dalam rumahtangga, pahit-pahit hempedu tu best? betul ke? Contohla, kalau makanan tu sedap, tapi ade rase pahit hempedu, korang nak makan ke? Aku kalu ikan sungai tu, kalau dah terpecahkan hempedu die, nak taknak makan jugaklah..memang itu rezekinya..jangan makan bahagian perut tu (yang rase pahit tu) tapi makan bahagian dagingnya....sedappppp, memang marbeles, nak pulak makan panas-panas....Tapi kalau dalam dunia realiti macam mana korang? Nak lalui jugak ke, atau tinggalkan, atau teruskan tapi dengan cara lain pulak???

Nota keyboard: Semalam aku makan ikan sungai buat masak lemak kuning...tapi lagi sedap kalu di goreng..aku dengan Abang N memang peberet ikan sungai...

Thursday, August 5, 2010

Sambungan Renungan Lagi Khas Untuk Para-para Suami

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
"Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )
Arghh... tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata.... segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.
Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir... permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati
bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )
Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang dimata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.
Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampingkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )
Uhhh....Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya? "

( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

(Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti )

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya. Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu..... seorang isteri.

Renungan Lagi Buat Para-para Suami

Mood berblogging hilang sebenarnya dek "masalah-masalah" yang melanda...banyak bende nak citer sebenarnya kisah percutian kami minggu lepas tapi semua dah ilang..nantila bila mood kembali nanti aku hapdet kisah percutian kami..

Entri ini khas untuk para-para suami agar lebih memahami dan menghargai isteri anda..

Untuk Suamiku,

* Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...

* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

* Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

* Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.

* Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...

* Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis karenamu, tolong jangan mensia-siakannya.

* Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN

" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab,

"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..Di sebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* Dia TERHARU, Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM di sebalik KESEDIHANnya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. 



Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal..."...

Apa itu Yaa TUHAN ??

Bahawa "Betapa, BERHARGAnya dia"...


Nota kaki: Best kalau Abang N dapat baca ni...semoga dia akan lebih faham perasaan isteri beliau..

Thursday, July 15, 2010

Selamat Hari Ibu!...Ketinggalan Betul Laaaa...

Tadi aku buat operasi menclearkan sume emel-emel yang aku dapat...webmail u.i.a la...dah banyak sangat..penuh...maklum orang rajin check emel kan...kadang sampai beribu-ribu emel yang tak bacanya, tak deletenye...nampak sangat tak ambik tau pasal persekitaran keje...heheh...

Tengah delete-delete tu aku ternampak satu emel khas untuk ibu...sementelah aku dah bergelar ibu kepada 2 orang hero...walaupun hari ibu dah lame berlalu tapi untuk mengingatkan diri aku pada ibu aku paste kan dekat sini..so marilah kita sama-sama renung-renungkan :

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak                             
Bila lapar, yang suapkan aku....mak                               
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak                     
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak                       
Bila bangun tidur, aku cari....mak                               
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak                         
Bila nak bermanja, aku dekati....mak                             
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak                           
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak                         
Bila nakal, yang memarahi aku....mak                             
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak                           
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak                   
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak                              
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak                           
Aku selalu teringatkan ....mak                                 
Bila sedih, aku mesti talipon....mak                             
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak                       
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak                             
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "                         
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak                         
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak                         
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak                           
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak                           
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak                       
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak                         
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk
pauk.....mak             
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak                   
Yang selalu berleter kat aku...mak                               
Yang selalu puji aku....mak                                   
Yang selalu nasihat aku....mak                                 
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak    

               
Aku ada pasangan hidup sendiri....      

                         
Bila seronok, aku cari.......pasanganku                             
Bila sedih, aku cari......mak

                                   
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                         
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak    

                         
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                           
Bila berduka, aku peluk erat....emakku  

                          
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                           
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak  

                        
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku                   
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

              
Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

                                  
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku  
Entah bila... aku nak talipon mak

                              
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku                         
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak      

                  
Renungkan:  

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?       
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah"...               
Berderai air mata jika kita mendengarnya........  

                   
Tapi kalau mak sudah tiada...........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....      

     
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan 
luka kudis ibunya.....  
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyangkan 
JENAZAH ibunya......
 
 
 
Ade lagi tambahan ni :
 
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan 
makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis 
sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas 
yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
 
Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama..

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, 
dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan 
oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 
"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Friday, June 25, 2010

Kamu Sentiasa Layak Di Uji!

Pagi ni, aku log-in facebook dan macam biasa la aku akan lompat dari satu muka buku ke muka buku lain...melawat rakan-rakan dan rakan-rakan punya rakan-rakan..tiba-tiba...jeng-jeng-jennngggggg aku terpandang satu artikel yang sangat-sangat menarik dan aku rase aku nak berkongsi dengan semua orang di sini...kite share-share knowledge di samping saling ingat-mengingati antara kita...sementelah pula, artikel ni sangat berkait dengan aku (ye lah kan aku sedang diuji)... So sama-samalah kita mendapat kebaikannya..

Artikel asal adalah dari sini

“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.
Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?
Tidak perlu.



Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.
Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.


RUBUBIYYAH ALLAH
Ada apa di sebalik kisah kambing?
Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.

“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?”  [Yunus 10: 31]


Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah.
Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam hidup ini.
Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah.
Justeru dalam ‘kesempurnaan’ ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA.


HAMBA YANG LUPA



Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.
“Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa.
Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?


AYAT-AYAT CINTA
“Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam,” komen gadis-gadis Islamik yang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy.
“Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri,” ulas seorang akh yang larut dalam kisah syahdu di bumi Kinanah itu.
Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta!



Saya bukan seorang pembaca novel. Namun dek kerana gahnya karya Ayat-ayat Cinta ini, saya gagahkan jua membacanya. Sungguh luar biasa. Filemnya juga ditonton. Bukan sekali tetapi dua.
Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi ‘mabuk cinta’ membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalam penjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesar ke atas jiwa.
Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelaki gila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, juga saya yang membacanya.
“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLAS itulah Islam”
Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?
“Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri.
“Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!” bicara waras seorang manusia gila.
Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat.

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA
Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia?
Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.
Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.





Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?
Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?
Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?
Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?
Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?
Mengapa semua ini berlaku?
Itulah bicara Allah kepada kamu…
Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.
Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.

LUPA
Tetapi kamu terlupa.
Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.
Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki. 
Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.
Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.
Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.

BAIK DAN MUKHLIS
Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.
Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.
Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna. 
HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]

Kita sentiasa layak diuji…
Kerana kita adalah HAMBA.
Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur 

Thursday, June 24, 2010

Emo Untuk Abang N

Semalam besday abang N.. tapi aku buat tak reti jek, pasai pa?(pagi semalam aku aku dah wish dan cium die sebelum gi keje tapi di tolak) pasai die masih nak berperang dengan aku walaupun dah lame aku angkat bendera putih.. die ni kalu perang memang lame...berhari-hari-hari-hariiiiiiii lamenye...kalu dalam satu minggu tu ade 9 hari, ha 9 hari la die perang...punyelah banyak hari...sudahnye balik keje petang semalam aku buat tak reti ajela pastu aku masak macam biasa walau pun die ade beli kepingan daging kambing (macam suh aku buat lamb chop) tapi disebabkan die nak berperang lagi kan..soooo aku pun buat bodo aje la.....
Besok, kalu die ajak balik kampung, mintak mahap aku tak nak ikut, baliklah sorang2..aku tak ade mood!

Selama ni aku mengelak untuk bercerita masalah personal aku dan kalau bole dalam blog ni aku nak cite yang best2 jek, takde yang tak best tak best sebab hidup aku memang tak best sebenarnya...tapi some times aku terlanggar jugak janji2 aku untuk tidak bercerita mengenai hal peribadi...anggap ajelah jiwa tengah kacau...tapi itulah dugaan hidup sebenarnye, dugaan dari Tuhan nak menguji kesabaran aku..
Pesanan penaja untuk abang N sempena besday die :

"Apa-apa yang berlaku dalam rumahtangga janganlah cepat melenting...jadilah seorang suami yang sangat baik terhadap isteri (jangan didera dan jangan sesekali menduga hati dan perasaan ini)...kalau tak suka ayang menjawab, jangan marah-marah ayang tak tentu pasal, tu aje.."

Thursday, June 17, 2010

Salahkah Aku?

Macam mana caranye nak menangani orang yang panas baran? Selalunye orang yang macam ni hanya akan mencari salah orang sedangkan salah atau kekurangan diri sendiri tak nampak..macam mana hidup nak aman kalu asik nak marah orang je...

entri emo~*

Thursday, May 27, 2010

Nurseri atau Baby Sitter atau Sendiri Jagalah

Sape-sape yang ada anak dah tentu penin kepala mana nak anta anak (kalau dua-dua keje)..if salah sorang jek yang keje bole la harapkan isteri yang menjaga anak di rumah...kalau dua-dua keje payah sikitla..kalu nak benti keje sayang pulak dengan keje yang ada sekarang walaupun gaji tak seberape...nak benti ekoNOMONEY eh silap ekonomi belum lagi stabil..lainlah kalu gaji asben bapoklah besornye, anok2 pun besor, simpanan untuk pelajaran anak cukup, keperluan untuk keluarga cukup, untuk kecemasan pun cukup, so bole la dok rumah belek anak je..kalau taaaaaak...lu pikirla sendiri...

Mule-mule dulu aku pun mengalami dilemma jugak..nak anta nurseri ke, nak suh orang jaga ke, nak suh mak bapak sendiri/parents in law jaga ke, atau nak upah bibik???...musykil-musykil...kadang pasal sape nak jaga anak kite pun bole gadoh laki bini tau...huhu..payahhh...

Sampaila sekarang bile aku anta aliff ke nurseri adalah beberapa orang yang tak setuju...hmmm...sampaikan aku pun dah tak reti lagi dah nak bagi alasan ape kat diorang...sebab yang aku nampak, anta anak ke nurseri ni adalah lebih baik sebab awal-awal lagi anak aku dah didedahkan dengan pendidikan awal, dari kecik lagi die dah pandai bergaul dengan kawan-kawan die..eh, banyak lagi laaa kebaikannya..

Sebenarnye terpulanglah pada kita, mana kite nak letak anak kita sepanjang kita bekerja...kita nak yang terbaik untuk anak kita so kita bagi yang terbaik untuk diaorang..semua ade pro and kontra..

So bagi mereka-mereka yang tak sependapat dengan aku, aku tak paksa pun mereka-mereka ni terima pendapat aku tapi at least cuba lah bukak minda tu sikit...tak semua nurseri tak bagus okeh..malas nak celoteh lagi...suka hati merekalah!

Yang aku pasti, nurseri tempat anak aku adalah yang terbaik!..baik punye!!hihi...

Baca sini dan sini

Aliff duduk nurseri sini taw.

Thursday, March 5, 2009

renungan petang kamis

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur ?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari
seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan
kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan
pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita
semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita
salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham
kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka
saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah
KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras
mengurus dan mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah menemani hari-hari suka dan duka
bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
esok mereka "orang-orang terkasih itu"
tak lagi membuka matanya,
untuk selamanya ... "

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails