nuffnang ads

Thursday, March 19, 2009

cucuk lagi!

semalam bawak aliff gi cucuk kt PMC..cucuk vaksin bulan ketiga untuk :

1- 3 serangkai : Diptheria, Pertussis (Whooping Cough), Tetanus (2nd dose)
2- Poliomyelitis (Polio)
3- Meningitis (HIB 2nd dose)

aduyaiiii...sian baby..tiap2 bulan kena cucuk sampaila umur dia 6 bulan nanti..pastu rehat sekejap..masuk umur 1 thn kena cucuk lagi sampaila umur dia 7 tahun..banyak tul injection utk budak..tapi takpelah ini semua utk kebaikan dia jugak..
balik dari cucuk semalam terus tuam tempat dia kena cucuk tu dengan air suam..orang kata lepas cucuk kena tuam bagi kurang sikit bengkak nya..semalam dia asik nangis jek..sakit agaknya bekas kena cucuk tu..bajet awal nak masak terus tak jadi masak..hanya sempat masak nasi jek gara2 aliff menangis..last2 baba die tapau lauk..baba dia sampai rumah kul 12 lebih si aliff dh ok skit..bila di agah2 dh bole gelak2...

cian anak ibu...menangis sampai tertidooo..huhu

sampai terpaksa beri susu botol nak bagi die senyap..

bangun tido pagi tadi die dah ok tapi batuk2 sikit..bole senyum2..gelak2..tapi peha dia masih lagi bengkak mungkin akibat terlalu banyak menangis malam tadi..itula dia, sekarang masa kita pulak menjaga anak..dulu masa kita kecik2 ibu bapa kite la yang bersengkang mata, bersusah payah menjaga kita..tapi alhamdulillah si aliff ni tak banyak sangat ragamnya..senang je menjaganya..mungkin ni jugak balasan yg Allah bagi jika kita berbuat baik pada ibu bapa..bak kata omputih tu what u give, you get back!..

Monday, March 16, 2009

so cute!

i think you are soooo cute son..walaupun idung mu kembang kamu totap menjadi pojaaannnn hati ibu...huhu

rehat2 jom makan!

urmmm..yummyyyy...sedap tul steak tue..siap berasap lagiii..huhu..
semalam balik dari kg singgah dekat R&R Genting Sempah..sambil2 lepak tu kitaorg order la steak...sedap pulak rasenye steak die tu...rasenye aritu makan tkdela sedap macam ni..kalau sesape nak terai bole la singgah di R&R Genting Sempah..carik gerai no 36..macam2 ada..harga pun tkdela mahal sgt hanya RM13.50 jek..accessories die pun ok..cuba lah!

baru jap tadi makan mee kungfu pasal tak tau nak makan apa..dekat cafe kak mas ni masakan panas die quite ok la..kecuali nasi goreng2..kurengg skit..tu pada selera aku la..taktau pada selera org lain..
















ni ulam raja dari belakang lab...cicah same sambal belacan..aduyaiiii..syedap tul diorg layan..huhu..

Thursday, March 12, 2009

kursus microsoft office 2007




























kursus microsoft office di multipurpose lab computer 1..duo hari daa..sakit tangan ku menaip..ari ni banyak lak assignment yang di beri..adoyaiiii...

Monday, March 9, 2009

Hand Foot and Mouth Desease

Sedikit info mengenai gejala ini.

HFMD atau nama panjangnya Hand, Foot and Mouth Desease adalah suatu penyakit yang sering mengjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Penyakit ini boleh dikenalpasti apabila terdapat lepuhan kecil berair yang terdapat di tangan, kaki dan mulut. Tekak dan tonsil akan membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan hunbungan secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkiti.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama contohnya di nurseri atau taska. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala
Ciri-ciri klinikal termasuk:
  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Komplikasi
Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan
Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala- gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.
Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan
Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Sila rujuk guideline dari Jabatan Kesihatan Awam untuk mengenalpasti dan tindakan yang patut dilakukan sekiranya anak anda dijangkiti virus ini :

Guideline HFMD

Friday, March 6, 2009

bayar rumah dan suspen..

ari nih aktibiti aku sama cam semalam..pegi bank bayar duit rumah lagi..adoyaii..semalam bayar dkt dbkl ari ni lak gi bayar dekat cimb..tadikan lepas kuarkan duit singgah jap kt babyland nak beli susu baby..pastu masa parking tu nampakla sorang india ni dok kat kete belakang tu tah hape dia buat entahla..aku lak suspek semacam jek dekat dia..riso gak takut die ape2kan kete aku lak nanti..tapi aku tawakkal ajela..bila dah sampai dpn kedai tu aku toleh lagi kt kete aku..aku nampak dia pegi dekat kete aku lak pastu die tengok2 kete aku pastu die patah belakang balik..aku dah mula cuak..aku cume berdoa dan bertawakal pada Allah je agar die tak buat apa2 dkt kete aku..masa aku masuk dalam babyland tu aku intai lagi..nasib baik die dah pegi..then masa aku nk balik tu tengok die dah tak ade kat situ..aku sebenarnya kalu gi memana ni selalu jek risau kalau parking kat mana2..ye lah kecurian kereta ni kt mana2 pun boleh jadi..so aku sentiasa bertawakal je pada Allah..dan hanya Dia lah yang dapat menjaga harta kita..

Thursday, March 5, 2009

EASY NO BAKE COOKIES
Bahan-bahan ( 1-2 dozen cookies )
2 cwn gula...(rasenye terlalu manis..bole kurangkan gula jika tidak mahu terlalu manis)
4 tbsp cocoa powder
1/2 cwn butter
1/2 cwn susu segar
3 cwn oats
1/2 cwn peanut butter

Cara-cara
1. Susu+gula+butter+cocoa powder dipanaskan atas dapur lebih kurang 3 minit
2. Alih dr dapur, masukkan peanut butter+oat
3. Sendukkan guna sudu..letak atas kertas minyak.wat mcm jemput2 tu..tp leperkan sket atau pun bole juga masukkan dalam bekas dan tekan-tekan sampai mampat.
4. Simpan dlm peti sejuk utk keraskan die..
5. Variasi..buleh tambah raisins/gajus/badam/cornflakes..dan untuk lebih variasi lagi bole bulat2kan adunan tu then sejukkan dlm fridge..lepas tu keluarkan then celup dlm cooking chocolate then golek2kan atas cornflakes..hmm dah jadi macam ferrero rocher..huhu..
cubalah! sangat sedap!..

renungan petang kamis

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur ?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari
seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan
kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan
pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita
semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita
salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham
kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka
saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah
KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras
mengurus dan mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah menemani hari-hari suka dan duka
bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
esok mereka "orang-orang terkasih itu"
tak lagi membuka matanya,
untuk selamanya ... "

Wednesday, March 4, 2009

dah nak pandai

ha ha ha ha..dah nak pandai buat blog..dah banyak tambah dalam blog nih..cume background nih aje yg belum update..tak ade background yang santek2 laa...

Monday, March 2, 2009

1st day at nursery

today im sending my baby to nursery..im a little bit worried if my baby cannot adapt with the new environment..at 12' i goes to nursery to breast feed him and saw him crying..kesiannn.. sampai berair mata dia..after an hour he is sleeping..planning that i will come to breast feed him again in two hours and hopefully that he can adapt with new environment, new friend, new 'replacement mom'..and now he can learn how to survive himself early..hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails