Cekodok Nasi?
Memang pelik bagi sesetengah orang tapi tak pelik bagi orang lain..kekeke..ekceli aku dah lama tau pasal cekodok nasi ni masa tengah study lagi, ade sorang osmet pernah buat cekodok nasi. Masa tu memang aku pelik dan tak berape nak ambik pot macam mana nasi boleh buat cekodok. Tetiba aku teringat kan cekodok nasi ni dan kebetulan pula beberapa hari lepas masa tengah jalan-jalan terjumpa resepi ni. Aku baca sekali lalu (tak salin pulak kunun boleh ingat dalam kepala la) dan tiba-tiba pagi ni aku teringin mencuba resepi ni.
Apa lagi, belen nasi pun ade, lebihan sambal sardin malam tadi pun ade, cantek...bahan-bahan yang aku gunakan ni main taram je dan hanya boleh digunapakai oleh mereka-mereka yang pakar sahaja...hihi..
Cekodok Nasi
Bahan-bahan:
Nasi
Tepung gandum
Telur
Air
Sedikit Garam
Ikan Bilis
Bawang merah
Cili potong
Kekdah :
Blend nasi bersama telur dan sedikit air. Lepas tu campurkan dengan tepung, agak-agak la boleh dijemput. Masukkan sedikit garam, ikan bilis, bawang dan cili potong. Apa lagi, gorenglah.
Hasilnya sangat memuaskan, lembuuuuut je...hehe
No comments:
Post a Comment
Sila2kan la komeng kalo sudi