nuffnang ads

Tuesday, November 30, 2010

Roti Canai versi Segera

Segera takla segera sangat..tapi rase die macam roti canai segera sebab die rangup dan menyelerakan..resepi ni dah lame aku share dekat myresepi tapi kali ni copy paste dan letak dalam blog pulak sebab aku dah lupa id dan password masuk myresepi..huhu..

Roti Canai Segera (Anggaran untuk 10 biji)




Bahan-bahan
  • 2 setengah cawan tepung gandum (guna cawan mug)
  • 1 sudu makan mentega (di cairkan)
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 cawan air (untuk bancuhan tepung…agak2 ler)
  • sedikit garam halus
  • minyak masak
  • mentega
  • minyak sapi 
Kaedah :


1.  Cairkan mentega. Bancuh susu pekat manis bersama air dan sedikit garam (air bancuhan tersebut perlulah cair).

2.  Masukkan mentega yang telah dicairkan tadi ke dalam tepung..gaul rata dan masukkan air susu yang telah di bancuh tadi sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yang licin.

3.  Bulat2kan menjadi doh yang kecil dan perapkan bersama sedikit minyak masak dan mentega lebih kurang setengah jam.


4.  Canai doh tadi sehingga nipis (menggunakan teknik urutan sebab aku tak pandai tebar roti daaa..) dengan menggunakan minyak masak.


5.  Sapukan sedikit mentega pada doh yang di canai nipis tadi..lepas tu gulungkan doh tu macam ni :


6.  Lepas tuh buat macam angka 8 dengan cara menggulungkan setiap hujung doh tu sehingga bertemu.


7.  Lipat dua angka 8 tadi untuk membentuk seperti bunga ros.


8.  Penyek-penyekkan bunga ros tersebut sebelum menggoreng dengan api yg perlahan. Boleh menggunakan minyak sapi atau pun mentega untuk lebih rasa umphh..

Notes: Untuk lebih rangup, goreng roti tanpa minyak terlebih dahulu, then baru letak minyak sapi/mentega..goreng sehingga garing dengan api yang perlahan..selepas digoreng bolela ditepuk2 dia semasa masih panas untuk lebih umphh…Doh yang telah dibentuk menjadi ros bole disimpan didalam freezer dan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum menggoreng..tips untuk lebih tahan lama di dalam freezer, goreng roti separuh masak tanpa minyak then simpan didalam freezer sebelum di goreng garing

Lihat resepi asal disini yer..


 Jom mencanai income sampingan!

Thursday, November 11, 2010

The Latest of Adik

Dah lame tak apdet gambo adik...kali ni letok gambo dielah pulok...baru tak lah baru sangat gambonyer, adalah dalam bulan lepas..











Kepandaian die yang terbaru :
  • Suda merangkak dua tiga step...dapat satu step, meniarap balik lepas tu gigih angkat buntut nak merangkak balik
  • Pantang nampak ibu die.....kalau nampak ibu tak ambik die, siaplah menangis buat muke kesian mintak dukung.
  • Suke menggigit ape saje yang ade di tangan mahu pun yang ape yang boleh di capai dengan tangan die.
  • Suke jerit-jerit kalau nampak abang die.
  • Suke main bawah meja...huhu...kekadang masa tengah makan intai die kat bawah meja teringat pulak citer Ju-On...hohoh...boleh gitu.....kikiki...

Nota keyboard : Macam pompuan kan? hihi...






IEEP Lagi!

EH, EH..Lupe lak nak kuorkan citer nih....basi lagi larrrr...ahahaha....

IEEP kali ini kami ke Cherating, Kuantan, Pahang..berbanding tahun lepas, IEEP kali ni ade banyak sikit aktiviti yang mana aktivitinya terdiri daripada Community Service, Motivational Talk, Educational Visit, Team Building dan sudah semestinya BBQ Dinner..yang lain-lain tu biasalah talk-talk-talk...

Nikmati gambo nan ado ajelah yer...maleh nak citer panjang..hik hik...






Sekian, wassalam...

Nota keyboard : Hihihihihihi.....meeska mouska mickey mouse!

Its Timmy Time!

Ade lah sorang budak tu, name die Aliff Affan..die suuuuuuke sangat tengok cite nih...Comey kan?...




Bukan sahaje setakat karekter die yg comey, kiut, malah sore die pun kiut...Aliff siap buat bunyik lagik...Baah! Baah!..karekter sampingan die pun sume kiut2......love it!

Haa, ni lah die kengkawan Timmy..kiut-kiut kan??..hehe..


Citer ni main kul 8.00 kat chanel 613...memang tak tengok biter la cenggini...babah die pulak tak heran lah pulak dengan biter sekarang sebab die dah sibuk dengan Poker!.  Baik ESPN ke yang seangkatan dengannye memang die tak ambik pot dah...itulah bile Poker dah di hati die......aduhhhh!..aku jugaklah sensorang ngadap adik..hohoh... (memang dari dulu pun aku jek ngadap adik)...

**Nota Keyboard: Seme cite kt Playhouse Disney tu memang die suke nak pulak citer Timmy ni mengekek-ngekek sensorang gelak....kelaka tengok aliff gelak tapi bahagia je rase tengok die macam tu..huhu...

Tuesday, November 9, 2010

Semakan Panggilan Ujian MTest

PENGUMUMAN PENTING!!

Kepada mereka-mereka yang telah memohon untuk program KPLI ambilan Januari 2011 anda boleh semak sama ada anda berjaya di panggil untuk menduduki ujian MTest pada Sabtu ini 13 November 2011 di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.  Sila semak nama anda di website ini . Selamat Berjaya!

Sila alert dengan tarikh-tarikh berikut ye :

    • 10 October 2010 > Iklan permohonan KPLI Ambilan Januari 2011. 
    • 24 October 2010Permohonan ditutup.
    • 8 November 2010 > Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST. 
    • 13 November 2010Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian).
    • 03 Disember 2010Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga.
      (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).
    • 13 - 24 Disember 2010 > Temu duga KPLI Ambilan Januari 2011.
    • 22 Januari 2011Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
      (Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG).
    • 31 Januari 2011 > Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
      (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).

Monday, November 8, 2010

Pahit Hempedu

Orang kate kalu nak siang ikan sungai jangan sampai pecahkan hempedu die, nanti ikan rase pahit, rase tak sedap, ilang nikmat rase ikan sungai..

Tapi kalau dalam rumahtangga, pahit-pahit hempedu tu best? betul ke? Contohla, kalau makanan tu sedap, tapi ade rase pahit hempedu, korang nak makan ke? Aku kalu ikan sungai tu, kalau dah terpecahkan hempedu die, nak taknak makan jugaklah..memang itu rezekinya..jangan makan bahagian perut tu (yang rase pahit tu) tapi makan bahagian dagingnya....sedappppp, memang marbeles, nak pulak makan panas-panas....Tapi kalau dalam dunia realiti macam mana korang? Nak lalui jugak ke, atau tinggalkan, atau teruskan tapi dengan cara lain pulak???

Nota keyboard: Semalam aku makan ikan sungai buat masak lemak kuning...tapi lagi sedap kalu di goreng..aku dengan Abang N memang peberet ikan sungai...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails