nuffnang ads

Monday, January 3, 2011

Ear Infection (Otitis Media)

Anak korang pernah tak kena jangkitan kuman di telinga atau dalam bahasa perubatan nya ialah Otitis Media? Apa itu Otitis Media atau jangkitan kuman di telinga? Haaa, ni nak cerita sikit..baru-baru ni si adik baru kena jangkitan kuman di telinga dia. Macam mana? Bagaimana bentuk dia? Ia berupa lelehan seperti nanah keluar dari lubang telinga dia..OOPPSS sangat mengerikan okey...

Pada mulanya aku ingatkan nestum dekat telinga dia sebab masa tu aku baru lepas bagi dia makan nestum..al-maklumlah dia kalau makan memang comot habis dan tangan memang lasak asik tepis sudu yang aku suapkan untuk dia, jadinya sangkaan aku adalah nestum tu melekat dekat tangan dia dan dia sapu dekat telinga dia..setelah di lap dengan kain rupa-rupanya benda tu datang dari lubang telinga dia...cuak aku sebentar..huhu...

Terus bawak pergi klinik...dan doktor menerangkan yang jangkitan ini adalah berpunca daripada selsema. mesti korang pelik kan macam mana selsema keluar melalui telinga...dan setelah diberi penerangan oleh doktor barulah aku faham..rupa-rupanya selsema yang tidak keluar dari hidung akan memasuki bahagian tengah telinga dan akan berlaku jangkitan disitu, macam bisul la kat dalam telinga..bahasa mudahnya, bisul tu akan bengkak dan pecah..once dia nak pecah budak akan menangis atau meragam dan bila dia dah pecah dia akan keluar melalui telinga...ha, gitu lah yang aku faham doktor tu cakap...

Jadi, cara nak mengubatnya doktor bagi ubat selsema yang akan mengeringkan nanah dalam telinga tu dan antibiotik untuk membunuh kuman tu...doktor tak bagi ear drop, sebab bende tu hanya akan melekat pada nanah dan bukannya pada area yang pecah tu, takut nanti dia akan masuk ke dalam otak pulak dan jadi lebih teruk...korang faham kan....ha, begitulah adenya.....

Dan korang perlu tau jugak, doktor cakap penyakit ni boleh berulang...itu yang aku risau..huhu...
Bagaimana nak mencegahnya? Hmm...kena pastikan anak tidak kena lagi selsema..huhu...bahaya weh rupanya selsema ni pada baby....

So, sekarang aku dah faham macam-macam jenis penyakit...

Kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh baca di sini.


Sakit buat duit.

Haru Biru di Tahun Baru!

9+*Adoiii!..haru biru hidup aku hari ni...orang lain sibuk hantar anak ke sekolah di tahun baru termasuk aku, bezanya taun ni Aliff masuk kelas 3 tahun walaupun kalau dikire bulan die belum pun cecah 3 tahun sebab beliau akan mencapai umur tiga tahun pada Disember ini..huhu..

Mana tak kelam kabutnya aku pagi ni, sebab bila die dah setat masuk kelas 3 tahun die kena siap mandi dari rumah...hanya mereka-mereka yang berumur 2 tahun dan ke bawah sahaja mandi pagi di nursery..hohoh...kelam-kabut sebab satunya adik bangun awal, si abang pulak bangun lewat...jenuh aku kejutkan si abang taknak bangun, aku bukak kan kartun pun die tetap taknak bangun..last-last aku dukung si aliff bawak kebilik air dengan matanya masih terpejam...mandi sambil tido..hohoh...apalagi marah la die sebab kena paksa mandi, dah la tak puas tido kena paksa mandi pulak...bila abang dah jerit-jerit dalam bilik air, si adik pun tumpang sama jerit dalam walker...die pun same nangeh tepi bilik air...hadoiiiilaaaaa...memang kelam kabutla aku nak pujuk dua orang budak supaya diam....tak menjadinye, melainkan segerakan tugasan aku memandikan si abang..hohoh...

Dah siap mandi, si Aliff ni boleh pulak sambung tido...pakai baju pun dengan mata terpejam...hadoilaaaa... pujuk ajak pegi school pun takmo last-last dua-dua aku dukung bawak ke kereta...kalu tetiap ari gini mampuih aku nasib baikla dok tingkat 3 (sebab aku turun ikut tangga, malas naik lif sebab hanya akan melambatkan perjalanan aku)...hohoh...

Tu dia, anak baru dua...kalau ramai taktaulah aku..tak terkejar wei...sebab tu lah aku selim melim...tak sempat nak membesarkan badan sendiri...hihi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails