nuffnang ads

Sunday, August 28, 2011

Bridging Programme


Hmmm...inilah aktiviti yang menyebabkan lama aku tak update blog...Bridging Programme...gambar diatas adalah peristiwa sebelum kelas bermula...korang nampak skrin besar tu? Ha, itulah namanya video conference...kami berdialog melalui benda alah tu la...kenapa kami kena belajar? Jawapannya, sebab gred yang kami pegang sekarang ni akan dilupuskan dan selepas programme ni gred kami akan dinaikkan...program kami ni kira program express kerana jangkamasa untuk kami habiskan course ni hanya mengambil masa satu tahun yang mana kebiasaan Program Diploma di universiti-universiti tempatan mengambil masa 3 tahun untuk complete the whole course...

Programme kami ni di biayai oleh majikan kami....fully sponsorlah dengan tenaga pengajar dari Kuantan, tempat disediakan, notes print out sendiri, lecture via video conference ala-ala 3G gitu...kiranya kami ni  hanya datang kelas dan ambik exam....tu je...abis je programme ni nanti semua kena interview pula untuk melepasi competency yang telah ditetapkan.....aku risau tang interview tu je...huhu...part belajar ni rasanya boleh lagi asah-asah mana yang berkarat tu...

Notes asap : Kerja + Kelas + Kuiz + Tutorial + Final Exam = BIZI SEMEDANG

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan, blogger-blogger dan anon-anon yang sudi singgah membaca blog ini.  Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.  Maaf terlalu sibuk untuk mengupdate blog sebab sekarang sudah berada di kampung halaman bukan kerana sebab nak awal sangat beraya tetapi disebabkan emergency, abah dimasukkan ke hospital sejak enam hari yang lepas. Sekarang kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga abah setiap hari.  Untungnya ada adik-beradik yang ramai sebab dapat menjaga abah secara shift.  Selalunya kami buat tiga shift...(macam kerja kilang lah pulak yer...ade shift-shift...hihi)....nampak gaya macam kami beraya kat hospital je tahun ni sebab tak nampak sangat perubahan pada abah...sugar dia turun naik plus keadaan dirinya yang agak lemah dan sering kelihatan seperti diawang-awangan...risau bila kami semua balik semula ke rumah masing-masing nanti selepas hari raya siapa pula nak menjaga abah~..mmm...

Okaylah, dah melalut panjang pulak...asalnya nak wish hari raya je tapi dah masuk citer lain pulak...nanti kalau rajin plus ade mood nak berblogging aku update semua kisah-kisah sepanjang aku hilang ni...by the way, happy hari raya to all musleem!...

Monday, August 15, 2011

Flowers Everywhere...


Cantikkan bunga itu? hehe....
Pepagi lagi dah nampak bunga-bungaan berlanding keriangan di atas bumbung keretaku....kekeke....kalau ku tahu rupa-rupanya aku parking di bawah pokok bunga tak akan ku parking disitu lagi....apa korang ingat pokok bunga tu kecik ke? Ni ha pokoknya.....ade busat kan? kan? kan?.....


Sekali baru terperasan, aku tersalah snap daa.....mesti korang ingat aku tersnap kete orangkan? kan? kan??....apekejadahnya nak ambik gambo kete orang, takde pekdahnya haih....sebenarnya aku tersnap dari sisi kereta....sepatutnya aku snap dari sisi belakang...baru nampak cun dan terbaek!...kan kan kannnn~...



Nota asap : Cehss....pasal bunga atas kete pun nak citer dalam blog!..err..sape tau nama bunga ni? aku bagi singgit kalo sape dapat bagi aku nama bunga ni dengan pokok-pokoknya sekali...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails