Tengah aku berjalan-jalan dalam tenet mencari produk set bersalin, tetiba aku terjumpa satu petua untuk menghilangkan kahak di kalangan bayi. Pernah juga ade orang mengajar aku menepuk belakang dada baby selepas setiap kali mandi agar kahak die mudah keluar. Kekdah ini pun lebih kurang juga caranya.
Ni tiru, copy and paste dari ratuhati.com :
Selsema, batuk dan kahak membuatkan baby sukar bernafas dan berasa tidak selesa. Baby di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru. Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang babykerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri. Selalunya kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.
Kebiasaanya ibu bapa akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
Apa yang boleh kita lakukan sekiranya di rumah memang tidak ada alat penyedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas baby mereka. Caranya mudah, pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
** Artikel selanjutnye sile layari Ratuhati
Sambil-sambil tu jom kita layari cinta disini : cinta hatiku
berkesan ka kaedah ni?
ReplyDeleteanak saya 2-3 bln ni asyik selema & batuk ja.
ambl ubat pn x hilang.
hai liez..cuba dulu insyaAllah menjadi..
ReplyDeletebaby i baru 8 bln,baru baik batuk dan selsema,tp masalahnya skrg bila tidur nafas berbunyi n bila menyusu semput mcm org baru lps berlari...kdg2 tue menangis menjerit bila tgh menyusu...risau!
ReplyDelete'Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.'
ReplyDeletemacamana tu? buat biar bb kepala lebih rendah dari kaki ke? nk try ni...kesian kat bb masa tido bunyi kahak dalam tekak dan hidung sampai selalu tercekik kahak banyak susah nak bernafas...
baru-baru ni anak i yg kecik admitted ke hospital due to pneumonia..physiotherapist ajar cara nk menepuk bb dgn betul iaitu dgn cara mengiringkan baby kemudian tepuk belakang bdn die kiri dan kanan lebih kurang 15 minit utk melonggarkan kahak dia...
ReplyDeleteerm i punye anak pun smpai dh msuk gas 4 jam skali..kesian sebab lendir dh byk..tp doc ade bg gas tu msuk kan dlm idung..gas tu untuk cair kan lendir..npk mcm ok..klu tak nk mnum susu pun susah
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletekpd cik anon di atas, maaf saya terpaksa delete komen anda...
ReplyDeleteAssalamualaikum, koilagi...
ReplyDeleteMasalah kahak dan lendir bayi ni, saya kurang pasti - sb dgn baby, kita selalu nk kena berhati2. Tp kalau kahak dan lendir org dewasa, kita boleh terus lakukan rawatan 'keras' yg tersedia di sini:
Rawatan kahak dan lendir
Semoga berjaya. Thanks.
cik angin selat melaka, thanks for your info..
ReplyDeletemcm ok...saya nak cuba, but my baby baru 18 days...bleh tak? sian i tgk sbb selsema jangkit dari her brother.kalau baby yg seusia dgn i, guna cara yg sama gak ke?
ReplyDeletemama hannan, mmm kalo baby baru lahir i tak berani la nk suggestkan buat fisio ni...kalo pegi hospital mungkin doc suggestkan utk sedut kahak atau bagi neb...
ReplyDeleteanak saya dapat paru2 kuman ketika berumur 6 bulan, sampailah umur dia dua tahun selalu semput dan bila berhingus sampai busuk baunya saya beri dia madu lebah putih, alhamdulillah beberapa hari selepas itu dia tidak berhinggus dan paru2 semakin stabil dan tak perlu ambil neobulizer lagi bila batuk. sekarang dah umur enam tahun, saya pun tak perlu bawa di ke pakar paediatrik lagi.
ReplyDeletealhamdulillah kak sri anak akak dah sihat sepenuhnya....anak saya pun nampak macam dah ok sikit..die pun dpt jangkitan paru2 masa umur 6 bln...so far nampak perubahan walaupun kerap ulang alik hospital....
ReplyDeleteanak saya 1thn 4 bulan susah nk mkn ubat, ade petua x? dikemam dalam mulut aje...
ReplyDeleteowh, pandai pulak die kemam yer...hihi...mmm..ape kata ubat tu u bancuh dalam susu ke atau air yg die suke minum....
ReplyDeletecara tu berkesan yer sis.. anak sy kena selsema dan batuk da dkt 2 minggu, tp x baik2 lg.. da bg mkn ubt cairkn kahak pun same..b4 this ade bwk anak g klinik pakar kanak2.. doc sedut kahak pakai tube, tp kesian pulak tgok anak nangis meraung2..bile guna cara petua melayu pun selsema x baik2 gak.. da buntu nk guna cara yg mane lg..huuhuhu..
ReplyDeleteInsyaAllah, walaupun kesan die tak berapa nampak sangat tapi sekurang-kurang nya dapat melonggarkan kahak dalam paru-paru die then bila die batuk die boleh keluarkan kahak die tu...cuba dulu, tapi kena kerap buat...saya sendiri pun malas-malas jugak buat...
ReplyDeleteterima kasih for your info...sy br nk try..dh 3 mlm g buat neb tu,tp mcm xberkesan jer.....bunyi kahak tu kuat lg...
ReplyDeletenak tepuk 15 minit? aiseh 1 minit pun xblh rasanya. aktif sungguh. umur dah 10 bulan demam selsema batuk asyik on off sejak raya sept lepas. skrg selsema xhlg2 wp dah ke mcm2 klinik. kahak byk tiap2 kali batuk akan keluar dan dia telan. saya dah xsanggup nak bagi dia ubat doktor lagi sbb too small to depend on ubat doktor. tu yang cari cara alternatif nie. terima kasih
ReplyDeleteViv, sekurang2nya cuba tepuk 100 kali...saya paling malas pun tepuk 40 kali je..hehe..masa tepuk tu tiarapkan dia, bagila die pegang apa2 mainan bagi die ralik...selalunya bila kite tepuk tu budak dok diam sebab die rasa mcm "selesa"....
ReplyDeleteviv, kena bedung dengan selimut dulu sebelum tepuk. so baby x bergerak. experience kat demc SA.. anak warded so kena buat neb and pyhsio..
ReplyDeleteyup betul tu cik anon, kalo dekat sepital, physioterapist akan bedung dulu baby so that baby tak bole gerak...
ReplyDeleteMmg perlu lapik bantal ke kt bawah perut baby?kalo meniarap flat je bole ke?my baby is 5 months old,kesian sgt nafs die bebunyi2.wanna try this technique.
ReplyDeleteuntuk keselesaan baby digalakkan melapik bantal di bawah perut die..
ReplyDeletekalo de sape2 yg berminat tuk beli set premium beautiful tuk dapat balik body shape after bersalin leh contact sy ya...012-6878598...kecantikan kite bkn hny di ukur dr segi luaran shj...dlmn pn kne sihat...produk ni dh dpt super brand n ramai yg berpuas hati ble gune...cube la kalo nk...=)
ReplyDeleteSalam.... tumpang lalu utk bertanya... baby umur brapa boleh buat cara tepuk ni? baby saya 2 bulan boleh buat ke? kesian kat dia batuk tak lepas sampai nangis pun suara dah cam serak2
ReplyDeleteassalamualaikum...mmg masalah ni selalu jadi kat bayi2 sekarang..mungkin faktor persekitaran etc..my baby penah warded 2 kali due to this n now the flu is still on and off..sgt merisaukan...
ReplyDeleteutk melonggarkan kahak mungkin boleh cuba ventolin tp kena ada aero chamber utk memudahkan ventolin masuk terus ke paru2 bayi..lps tu amik singulair once a day utk kuarkan kahak (melalui poo2) n stopkan kahak
sambil2 tu bolehlah buat tepuk2 physio tu nk bg selesa (^_^)...a combination of both medication and non medication
cik anon, sory lambat reply..bole juga cuba tapi pelan2la...
ReplyDeletemama, sy setuju dgn pdpt mama..try both of medication n physio...
salam..ank sy bru nk masuk 2 bln.. xpe ke klu sy cube kaedah fisio tu? tepuk blkg die? ehm,, die de kahak n batuk skli.. tp alhmdulillah.. smpnjg die de kahak nih,, kahak die selalu kuar bile die luak lpas mnyusu.. doc de ckp kahak die x teruk.. tp kesian sgt dgn bby...
ReplyDeletekaedah nie sangat bagus dan berkesan..dulu anak kayrul pun kes macam nie gak la...terus guna kaedah tepuk..alhamdulillah, memang berkesan sangat
ReplyDeleteanak saya baru 14hari,semalam da g sedut tp x ok lg.risaula bab die kecik.ada x cara lain selain cara ni
ReplyDeletetry buat ubat ni...cari angkut2 dirumah sendiri, ambil tanah die je. pastu tumbuk dengan daun semalu sampai lumat. campur bahan ni dengan olive oil(yg utk masak tu). Simpan dalam botol. bacakan ubat ni dengan alfatihah, ayat qursi n ayat syifa' dengan niat utk ubat asma anak. jgn buat banyak sebab die cepat busuk.doa, tawakal yakin n dgn izin Allah akan sembuh.
ReplyDeletelupa pulak nak beritau. ubat tu sapu kat dada, umbun2, belakang anak, belakang cuping telinga sambil urut2. sapu sblom tido, subuh2 n setiap kali selepas mandi.insyallah
ReplyDeleteDgn kaedah menepuk belakang baby, perlukah kite perg ke klinik juga utk mendapatkan rawatan? Atau pun dgn kaedah ini sudah memadai??: anak sy umo 2bln, batok & selsema...batoknye tak brapa kerap..tp bile skali batok byi kahaknya... Selsemanya begitu juga,bile menagis barulah kelua...
ReplyDeleteanak saya kalau batuk mst selsema skali package.,. apa saya buat letak kunyit idup yang ditumbuk halus kat batang idung baby sebelum tido. bgn pg slalu selsemanya kering...kaedah ni akan sy try plak. tq
ReplyDeleteshopping baju kurung n pakaian muslimah lawati la
www.butiknajwan.com
anak saya baru jer terkena kahak..bila bawa pergi cek doctor ada neb kan dia...lepas tu doctor kata terlalu byk kahak..bila doctor tgk aksi anak saya..die ckp tak perlu admit sbb baby terlalu active dan tak demam..now masih lagi kahak..saya nak tanya sbb ada kurang faham sedikit utk yg permulaan cara tu...condong tu maksudnye kepala di bawah tu kite gantung kan ker or mcm mane?? kalau tak sampai 15minit boleh ker kahak tu keluar..;)
ReplyDeleteInsyallah mau cuba esok pagi pas dia mandi... Budak umur 5 tahun bole ka?
ReplyDeleteTerima kasih atas info. Anak tengah batuk berkahak.kesian tgk malam2 tak lena tido.
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1