nuffnang ads

Tuesday, March 1, 2016

Post Pertama 2016

Assalamualaikum w.b.t.
Lama sungguh tak jenguk blog ni. Abih bersawang dah rupanya. Ada lagi ke orang yang folo blog ni. Hehe..

Tahun berubah. Kehidupan pun berubah. Kenapa saya lama menyepi dari blogging? Sebab ade facebook. Sibuk pulak dengan facebook..eheh...aci dak? Haha..

Ok la...bermula tahun ini saya sudah serius start buat bisnes online. InshaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan jalannya. Selama 'bermain' dengan facebook saya memang ada acah-acah try buat bisnes online. Tapi hangat-hangat tahi ayam. Kini bermula 2016 InshaAllah saya buat fulltime bisnes online ni.
Nak tau bisnes ape? Acah-acah la buka fb saya. Search Asfalela Nawawi. Eh, kite dah tak reti nak letak link la...haha....

Haruu sungguh na...nampak benor lame tak blogging. Memang lama pun kan...bertahun...haha...

Ekceli kite jual Perfume Inspired yang terlajak laris. DEXANDRA PERFUME. Haa, jangan taktau perfume ni sangat hampir mirip dengan perfume ori tau! Bau die setanding perfume original. Tahan lama pulak tu lebih 8 jam. Cantik molek je. Harga mampu milik. Siapa nak bole pm kite. Memang tak menyesal punya. Ada macam-macam pilihan wangian antarabangsa. Waaahhh, best tak best tak?

Ok la, tu je nak citer dulu. Nanti kite sambung lagi na.




Wednesday, July 16, 2014

Kek Marble Coklat

Oppss terlupa nk post resepi ni...rupa-rupanya dah berbulan dok dalam draft...okla kali ni nak share Kek Marble pulak. Selamat mencuba!

Sejak-sejak anak nak membesar ni kan memang rajin aku buat kek...nak kata tetiap minggu tu idokler..paling-paling pun 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali  ..itu pun kalo mood tengah rajin...kadang-kadang jadi kadang-kadang tak jadi...bila tak jadi tu mula la kuciiiwa sangat-sangat...tapi bila fikirkan permintaan anak ibunya datangkan jugak mood tu...

Kali ni aku try buat Kek Marble Coklat dan kejadiaannya sangat mengujakan aku kerana keknya sangat lembut dan gebu...sumber kek ni hasil dari google dan tak silap dari mesra.net....walaupun masa bakar tu kejadiannye sangat tak cantik sebab die naik membukit....lepas masak je aku biarkn sekejap di dalam oven dan bila nampak kek mula turun aku terus terbalikkan kek atas redai dan biarkn begitu dengan pintu oven sedikit terbuka.





KEK MARBLE COKLAT (sumber mesra.net)

Bahan A:
1 cawan mentega (aku guna marjerin)
2 cawan tepung gandum (aku guna tepung naik sendiri)

Bahan B:
1 cawan gula (aku suggestkan hanya guna 3/4 cawan)
5 biji telur
Sedikit esen vanilla

Bahan C:
1/2 sudu makan serbuk penaik (tak letak sebab guna tepung naik sendiri)
4 sudu makan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat (aku kurangkan sedikit sebab dah guna 1 cawan gula dan rasanya agak manis bagi aku)

Cara-cara:
Pukul bahan B hingga kembang.
Pukul bahan A hingga sebati.
Masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B dan putar hingga sebati.
Masukkan serbuk penaik dan putar lagi.
Masukkan susu pekat dan putar hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.  Satu bahagian dibiarkan kosong dan satu bahagian lagi dimasukkan serbuk koko.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan selang selikan denngan adunan koko. Ulang sehingga adunan habis. Lorekkan.

Bakar pada suhu 180-185 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak. (Ikut kesesuaian oven masing-masing ye)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails