nuffnang ads

Tuesday, October 26, 2010

Sape Nak Hadiah Free Dari Paris?

Adeh! kena tag la pulops...malas tahap gaban nak apdet belog...udahle kene paksa dek shifa pakai jubah lip lap lip lap malam dinner IEEP nanti ni...nih nak kena jawab tag paksaan dari shifa pulak..taun depan jawab buleh???ar ar ar arrrr......

Okaylah, demi tidak menghampakan mak buyung tu maka i jawablah tag die..ekceli tag kali ni sebenonye merupakan giveaway...shifa nak bagi giveaway???? entah biler lerrrrrr....(cakap orang~ aku sendiri pun tak buat-buat lagi giveaway..hihihi)

Giveaway ni sebenonye anjuran nadia  .Die nak bagi adiah dari Paris...katenye...taktaulah apekebende adiahnye..aku tak kisah pun kalah ke menang ke....aku buat ni pun sebab taknak menghampakan mak buyung yang telah tag aku ni...


'Eiffel Tower Giveaway' 
 
http://nadiafarahida.blogspot.com/2010/10/sape-nak-hadiah-free-dari-paris.html

Jadi, segala syarat telah di patuhi...tinggal nak tag orang jek...hmmmm...sapekah yang perlu aku tag??
Hmmmmm...setelah aku pikir-pikir panjang, maka aku nak tag orang-orang di bawah :

  1. Azma (kawan lame sekolah aku....kalu menang boleh kasi hasiff hadiah tu)
  2. Mona (jarang-jarang nampak blog die update)
  3. Ayu (ibu setot sile jawab tag ini..tak nak pun kena jawab jugak..paksa rela..huhu)
Habis sudoh.....

Cacatan keyboard : Ermmmm...malas betul sekarang nak hupdate belog..ngape toh ~°°~.....
ding ding boding dibo dibo ding!!..hihi..

Monday, October 18, 2010

Lagi Sekali Warded






Kejadian tengah malam 6 October lepas ditengah-tengah malam aku membungkus kain baju aku dan anak-anak aku untuk berkampung di hospital sebab dekwa (panggilan "adik" dirumah) demam panas hampir mencecah 39°C..bayangkan seharian tu badan die ok setelah 3 hari sebelumnye demam...aku konsider demam die dah kebah so aku tak bagilah die ubat demam petang tu...malam tu pukul 9 malam badan die start warm-up balik...pukul 12 tengah malam panas badan die mencecah 38.9°C...terus pack baju-baju sambil teresak-esak menangis mengenangkan anak kecil ni yang tak tau ape-ape asyik sakit aje dan nak kena hospitalized lagi.....hohoh....

Kami angkut sekali abang die yang tengah syok tido...letak abang die dalam car seat baby dan terus tido tanpa sedar apa yang berlaku sekeliling die sambil aku memangku si adik... adik pulak tak tido mata asik tengok aku je...mungkin die pelik, ibu die nak bawak die pegi manalah tengah-tegah malam buta ni..

Sampai hospital terus menuju ke emergency...aliff ditinggalkan baba die dalam kereta sambil dipantau oleh guard dekat emergency tu..ape-ape hal boleh lari je dari emergency room ke kereta in case kalu aliff terjerit-jerit dalam kereta...

2.30 pagi kami di hantar oleh runner hospital ke ward..kebetulan dapat bilik yang adik masuk dulu...cume katil bersebelahan je...katil dulu dah di ambil alih oleh patient lain...masuk-masuk je ward nurse dah kenal adik...mane tidak, baru sebulan keluar hospital dah masuk balik...nak buat macam mana kan, adik rindu nak jumpa kakak-kakak nurse yang cun-cun tu kan!...hehe...


Malam tu kami empat beranak tido di hospital..

As usual doktor datang melawat sebelah pagi dan katenya adik ni mendapat penyakit yang sama macam dulu tapi kali ni dah jadi acute bronchitis...hmmmmm???? ni pun aku tau dari report die and no explanation from doctor...im so very dissapointed with this doctor....kita bayar die mahal, kenape untuk beri penerangan dekat kita payah ? kalu sekadar datang tanya kabar anak, lepas tu letak stestoskop dekat dada anak lepas tu tulis sikit dekat report die lepas tu pergi begitu saja..when i ask how about my son, die cuma kate kite tengok dulu.....ke aku yang tak reti nak mintak penjelasan dari doktor?????????????.....ke aku nak kena tanya nurse...???? bukan ke keje doktor bagi penjelasan dekat patient die????????? come on la, dont expect people know everything...lainlah u doctor.....huh!

Sori,tiba-tiba ter-emo pulak...

Ok lah..tu aje nak citer sebenarnye....citer yang tak ade keuntungan dekat you all pun...

Nota keyboard : Abang N kate, band terus hospital dan doktor tu...

Apa Yang Anda Perlu Tau Mengenai Pneumonia

Lambat betul aku nak apdet pasal Pneumonia ni..yelah asik sibuk dengan anak keluar masuk hospital je lepas tu anak-anak demamla dan macam-macam hal lagi...dan aku pun pelik jugak ape yang bizi sangat dengan aku nih~?...ha, korang yang ade anak sedang membesar tu tau la macam mana kan...

Korang dah baca kan pasal anak aku kena Pneumonia tu...alah cakap melayunya jangkitan kuman pada paru-paru...dah banyak kali aku dengar pasal penyakit ni tapi tak berapa nak ambik pot sangat...sekali anak aku kena pulak penyakit ni..haaa...hambik....

Apa yang aku boleh terangkan dekat korang pasal pneumonia ni adalah seperti berikut :

(ni pun setelah aku translate ke bahasa kita dari artikel asalnya bahasa inggeris...mintak mahapla ayat-ayatnye tak berapa nak sedap baca..huhu..)

Pneumonia
Pneumonia adalah sejenis penyakit jangkitan paru-paru yang disebabkan oleh bakteria, kulat dan virus. Penyakit ini sangat umum pada bayi. Bayi dengan mudah boleh mendapat penyakit ini dan tanda-tanda penyakit ini adalah seperti batuk, demam dan masalah pernafasan. Penyakit ini boleh dirawat di rumah dan jika serius bayi boleh dirawat dihospital. Pneumonia boleh terjadi dengan tiba-tiba pada bayi dan berpanjangan selama satu minggu hingga sepuluh hari.

PENYEBAB PNEUMONIA PADA BAYI
Ada banyak penyebab pneumonia yang disebabkan oleh pelbagai mikro-organisma seperti bakteria, virus dan organisma lain. Ia terdiri daripada : -

* Bakteria - pneumonia pada bayi yang disebabkan oleh bakteria mempunyai gejala seperti batuk berkahak yang berwarna hijau atau merah seperti darah/karat.
* Virus - Sekitar lima puluh peratus kes pneumonia dilaporkan pada bayi yang disebabkan oleh jangkitan virus. Gejala kelihatan mirip seperti flu/selsema.
* Mycoplasma - Ia adalah sejenis bakteria yang menyebabkan bayi demam ringan dan jangkamasa pemulihan memerlukan waktu yang lama. Gejala-gejala yang disebabkan pneumonia akibat mikro organisma ini adalah seperti mual dan muntah-muntah, kahak berwarna putih dll


GEJALA PNEUMONIA PADA BAYI
Berbagai gejala yang ditunjukkan bergantung kepada penyebab dan keterukan tahap jangkitan dan usia bayi : -

* Malaise (taktau nak translate sebagai ape)
* Batuk
* Demam
* Masalah pernafasan (selalunye pernafasan berbunyi whizy-whizy...macam wisel ditiup)
* Nyeri dada dan banyak lagi


DIAGNOSIS
Jika bayi didiagnos mempunyai pneumonia, rawatan yang terbaik harus diberikan kepada bayi. Jika rawatan tidak diambil, ia boleh menyebabkan kematian. Untuk mendiagnosis pneumonia, doktor perlu melakukan ujian-ujian seperti berikut: -

* Pemeriksaan Umum
* X-ray



RAWATAN
Rawatan yang tepat harus dilakukan untuk bayi yang baru lahir dan rawatan tambahan juga harus diambil untuk mencegah mereka dari bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan terdiri daripada : -

* Antibiotik
* Rehat yang cukup
* Minum banyak air masak
* Ubat-ubatan yang perlu


Jika pneumonia yang disebabkan oleh bakteria, biasanya dirawat dengan pengambilan antibiotik. Antibiotik perlu diberikan kepada bayi supaya penyakit ini tidak berulang.
Jika pneumonia yang disebabkan oleh virus ,rawatan yang diperlukan adalah dengan mengambil ubat antivirus dan biasanya doktor akan menyarankan untuk mengambil rehat yang cukup dan minum banyak air kosong.
Dan jika pneumonia yang disebabkan oleh Mycoplasma, juga dirawat dengan antibiotik. Rawatan penyakit ini memerlukan jangkamasa pemulihan yang lama pada bayi sekitar empat hingga enam minggu.

PENCEGAHAN
Ibu-ibu digalakkan mengambil beberapa langkah pencegahan seperti berikut untuk mengelakkan berulangnya penyakit ini pada bayi mereka : -

* Elak bayi bertemu dengan orang yang mengidap batuk, demam, selsema dan juga mereka yang mempunyai penyakit jangkitan saluran pernafasan seperti influenza kerana bayi amat mudah berjangkit dengan penyakit-penyakit tersebut.
* Bayi juga tidak harus di temukan dengan orang yang mengidap penyakit campak atau cacar air bagi mengelakkan berlakunya penumonia.


VAKSINASI

Vaksinasi yang tepat harus diberikan kepada bayi pada waktu yang tepat. Pneumococcal vaksin polisakarida (PPV) harus diberikan kepada bayi untuk mencegah mereka dari pneumonia.

KESIMPULAN
Pneumonia dalam beberapa kes dianggap sebagai penyakit jangka pendek dan boleh dirawat. Tetapi kadang-kadang ia boleh menjadi bahaya sehingga berlakunya komplikasi yang serius pada bayi.

Artikel asal adalah dari sini

Artikel lanjut sila baca di sini.

Maklumat lanjut juga boleh didapati disini

Lagi perbincangan mengenai jangkitan kuman pada paru-paru

Maklumat home bisnes disini






Tuesday, October 5, 2010

Kotak Bayor!

Kotak bayor!...anda register for free dan die bayo $50...dapat $5 untuk setiap orang yang masuk bawah anda...betul ke????aarrghhhh..terai aje lah..tak rugi pun...cume buang masa jek...aku memang suke buang-buang masa nih...hihi....sila-silalah klik kotak bayo tu! sila! jangan memalu....

PayBox

Friday, October 1, 2010

Jangan Ambil Ringan Bila Anak Demam

Seperti yang dijanjikan inilah entri mengenai anak-anak aku yang sakit macam-macam seminggu sebelum menyambut hari raya....raya yang begitu kelam kabut bagi aku taun ni...

Alahai sian adik..seminggu sebelum raya masuk sepital...demamnya tak kebah selepas dua tiga hari...bila bagi ubat, panas die surut la..lepas enam jam badan dia panas balik..memula aliff demam..dalam masa aliff demam adik kena cirit-birit sampai melecet habis punggung die..bila die dah cirit-birit tau ajelah asik merengek je, susu pun tak nak, pastu asik nak nenen je...dah la susu badan aku kurang...kesian betul aku tengok anak aku sorang tu lemah je..lepas abangnya kebah demam adik pulak sambung demam...memule ingat demam biasa..tapi bila dah berhari-hari demamnya tak jugak surut-surut aku naik risau..terus hantar hospital..

Bermula dengan abangnya demam diikuti adik cirit birit dan demam...

Ikuti kronologi kesnya :

23 August 2010 (Monday)
Petang Ahad tu Aliff setat demam...pagi senin tu teragak-agak nak pegi keje..so Abang N suh ambik cuti je anak demam...so call colleague kate aku E.L hari tu..

24 August 2010 (Tuesday)
Pagi Selasa tu pun sama macam semalamnya..last-last ambik E.L lagi sehari..demam aliff tak baik lagi..

25 August 2010 (Wednesday)
Oleh sebab dah kerap sangat cuti aku ambik keputusan bawak aliff pegi opis dan  terus pegi klinik UIA ni..sampai klinik doktor kasi ubat then die suruh Aliff ambik neubulizer sebab die dengar paru-paru aliff macam ade wheezy sound like asthma..oleh sebab die penah ambik gas tu sebelum ni so die takde masalah bila sedut gas tu lagi, tak menangis dan berkelakuan baik..bagusnya anak ibu ni..dan die kena ulang lagi ambik gas tu lagi dua kali..petang tu sekali lagi dan pagi besoknye lagi sekali.

26 August 2010 (Thursday)
Pagi tu lagi sekali bawak aliff ke klinik untuk ambik neubulizer...lepas tu jumpa doktor lagi then die kasi lagi ubat..huh ubat lagi...penuh peti ais kat rumah tu dengan stok ubat..

*Dalam masa Aliff demam, adik pulak kena cirit-birit...berkejaran pulak bawak adik pegi klinik...memang dugaan betul membesarkan anak ni...kalau boleh kita nak anak tu sihat manjang..tapi nak buat macam mana  bila Tuhan nak duga kita dengan kesihatan  anak-anak..so, redha dan banyak bersabar dan belajar dari kelemahan kita sebelum ni...mungkin kita cuai di mana-mana sehingga anak ditimpa sakit..

Lepas tu kan cuti panjang Nuzul Quran (Jumaat)..sepatutnya minggu tu balik kampung..tapi disebabkan anak-anak manjang tak sihat kansel balik kampung..

Adik pulak setat demam hari Nuzul Quran tu..masa tu Aliff baru je sihat dari demam..Memula fikir nak E.L je hari Isnin 30hb tu sebab besoknya kan hari merdeka, cuti lagi, baik terus sambung cuti..tapi bila memikirkan asik cuti je so kansel plan asal dan terus pegi keje..pagi tu hantar Aliff ke nurseri dulu lepas tu masuk opis kejap setelkan ape yang patut lepas tu berkejar ke rumah pengasuh untuk bawak adik ke hospital..masa aku tinggalkan adik kt rumah baby sitter tu panas badan die memang tinggi..sekejap je suhu badan die naik 39°C..memang cemas betul aku..sebab petang semalamnya demam die macam dah nak kebah tapi tiba-tiba tengah malam tu panas badan die naik..lepas ambik ubat pun badan die still macam tu...masa hantar adik kt rumah baby sitter tu aku dah tinggalkan air cap badak dengan daun bunga raya untuk pupuk pada kepala dia kasi sejuk..aku tengok adik masa tu dah lemah sangat...

Cepat-cepat bawak die ke hospital dengan bantuan makcik baby sitter tu..dan doktor suggestkan die di admit terus ke hospital sebab badan die nampak lemah dan dah dehidrate..doktor ambil sikit darah die untuk buat ujian takut-takut denggi atau virus lain yang menyerang anak aku.

Adik dan nenek (babysitter)

Adik cuba mintak belas ihsan dari nenek


Menangis setiap kali kena sedut gas 




Seharian aku dihospital dan petang tu aku minta kebenaran doktor untuk bawa pulang adik sebentar untuk mengambil aliff di nurseri, hantar pulang makcik yang babysit anak aku dan mengambil pakaian aku dan adik untuk berkampung dihospital...

Dan malam tu jugak tau yang adik kena Pneumonia setelah ujian darah dan x-ray dilakukan pada adik..kesian adik....terpaksa sedut gas neubulizer, masuk air, sedut kahak...setiap kali sedut gas mesti nangis apatah lagi bila sedut kahak..aku pun tak sampai hati tengok wayar masuk ikut idung dan mulut die untuk sedut kahak....aku sendiri yang tengok pun rase nak termuntah, rase nak menangis pun ade, die lagilah.....budak 5 bulan, apa lah tau....yang die tau menangis ajelah sambil meronta-ronta...aku terpaksa kuatkan diri untuk itu...

Selama 5 hari 6 malam adik di tahan di hospital dan sepanjang itu jugaklah aku dan abang N berbuka puasa di hospital...abang N lah yang jadik tukang beli nasik dan lauk untuk berbuka dan sahur...




Ini je sekali die tak nangis sedut gas



Gigit jari nampak nurse datang nak bagi ubat dan sedut gas



Abang nak enterframe...tak malew...



Dan sepanjang dihospital tu, adik memang fobia dengan orang yang pakai stetoskop dan misi-misi berbaju biru...sebab die tau nanti die kena sedut gas dan kena sedut kahak...owh tidak!!!! die tak nak semua itu...dan selama itu jugalah die memang taknak duduk dikatil hospital tu, asik suruh aku dukung dia bawak pusing-pusing sekitar hospital, paling kurang pun pusing-pusing dalam wad..itulah rutin petang die tiap-tiap hari...asal aku bawak die masuk bilik je mesti die nangis....terpaksa lah bawak die jalan-jalan lagi sampai die puas...ape-apa ajelah adik oiiiii.....asal mung bahagie sudoh....huhu...

Saat-saat boring die kat katil hospital




Akhirnya, selepas 6 hari doktor benarkan adik discaj pada hari sabtu...memule doktor teragak-agak nak bagi keluar sebab die tak konfirm lagi antibiotik adik dah complete belum...bila check dengan nurse sekejap kate dah complete, sekejap kate belum...doktor kate discaj hari ahad...petang sabtu tu bila doktor attend lagi sekali aku mintak die check dengan nurse dan cuba pujuk doktor tu bagi adik discaj hari tu jugak and at last doktor kata YES, boleh discaj....yahuuuuuu!!!......

Aku pulak yang terober suke...hikhik...yelah boring ko dok sepital 5 hari 6 malam...kalu dapat balik rumah hari sabtu dah tentu aku boleh kemas rumah, basuh kain baju yang dah berbakul-bakul...Abang N tak reti nak operate washing machine tu walaupun aku dah offerkan diri banyak kali nak ajar die guna mesin tu tetap die tak mau....

 Nih baru lepas kuar sepital, tengok tangan die ade kesan cucuk jarum



Dan dapatlah adik beraya di kampung taun nih....yahuuuu!!!

 Waaah!! dengan baju melayu, kopiah bagai...comeynye anak ibu nih...

Sekian, abih citer

Nota keyboard: Hmmm...janganlah anak-anak aku ditimpa sakit yang teruk-teruk lepas ni....lindungilah mereka dari penyakit-penyakit berbahaya Ya Allah...

Jom baca sini pulak!

Aku Menang 450,000 Pound Sterling!!

Hohoh macam tak pecaye! Memang tak pecaye pun...semua itu dusta...kalau lah benar memang acik jadi orang kaye baru ko!....haaa....mase tu acik akan zakatkan duit tu dulu baru berkat, pastu dermakan pada anak-anak yatim, fakir miskin, dan tolong sedara-mara yang susah, pastu barulah kawan-kawan yang memerlukan dan lepas tu barulah guna untuk diri sendiri...macam beli rumah semi-D pun dah cukup baik, low profile lah kate kan...hik hik....menyampah nyah....pastu tokok-tambah sikit, decor cantek-cantek upah Eric Leong you nak decor rumah i...awwww...tatahan....kete tak yah beli dah...cukup yang ado..cume kasi cantek sikit lagi itu kereta...hohoh.....tapiiiiiiii...semua itu angan-angan mat jenin aku....sampai sudah tak dapat yang diinginkan...

Pecaye lah korang akan scam-scam di internet nih~ macam-macam..dulu aku penah dapat emel kununnya dari microsoft kate aku menang 500,000 {Five Hundred Thousand Great Britain Pound Sterling}...Wow! cuba korang darab dengan duit kita berapa banyak kaya aku???....dan tadi aku check e-mel dan dapat lagi bende gini...die kata aku menang 450,000.00 {Four Hundred And Fifty Thousand Great British Pounds Sterling} !!!

Kandungan suratnya begini :
 

Google Incorporations.
Stamford New Road,
Altrincham Cheshire,
WA14 1EP
London,
United Kingdom.


Winning No: GUK/877/798/2010
Ticket No: GUK/699/33/2010
Notification Date: 30/09/2010


GOOGLE ANNIVERSARY WINNING NOTIFICATION.


We wish to congratulate you once again on this note, for being part of our
winners selected this year. This promotion was set-up to encourage the
active users of the Google search engine and the Google ancillary
services.


Hence we do believe with your winning prize, you will continue to be
active and patronage to the Google search engine. Google is now the
biggest search engine worldwide and in an effort to make sure that it
remains the most widely used search engine, we ran an online e-mail beta
test which your email address won ?450,000.00 {Four Hundred And Fifty
Thousand Great British Pounds Sterling}                                     


We wish to formally announce to you that you have successfully passed the
requirements, statutory obligations, verifications, validations and
satisfactory report Test conducted for all online winners.


A winning cheque will be issued in your name by Google Promotion Award
Team, You have therefore won the entire sum of ?450,000.00 {Four
Hundred And Fifty Thousand Great British Pounds Sterling} and also a
certificate of prize claims will be sent along side your winning cheque.


Mr. Larry Walter
Google Promotion Award Team


You are advised to contact your Foreign Transfer Manager with the
following details to avoid unnecessary delay and complications:


VERIFICATION AND FUNDS RELEASE FORM.
(1) Your contact address.
(2) Your Tel/Fax numbers.
(3) Your Nationality/Country.
(4) Your Full Name/Sex.
(5) Occupation/Age.
(6) Ever won an online lottery?


The Google Promotion Award Team has discovered a huge number of double
claims due to winners informing close friends relatives and third parties
about their winning and also sharing their pin numbers. As a result of
this, these friends try to claim the lottery on behalf of the real
winners. The Google Promotion Award Team has reached a decision from
headquarters that any double claim discovered by the Lottery Board will
result to the canceling of that particular winning, making a loss for both
the double claimer and the real winner, as it is taken that the real
winner was the informer to the double claimer about the lottery. So you
are hereby strongly advised once more to keep your winnings strictly
confidential until you claim your prize.


Congratulations from the Staffs & Members of the Google interactive
Lotteries Board Commission.


Sincerely,
Dr. Leslie Spears.
Google Promotion Award Team



Wow! hampir terpengaruh aku....ye lah mane kan tidak yang ngantornye Google....Google kan  search engine yang terbesor  di alam maya ni...dan aku dah berangan-rangan dah nak jadi orang kaya ni, ye lah sape tak nak kaya kan!! dah google nak bagi, ambik ajelah...dan apabila aku selidiki dan menjumpai ini  ~~......~~

Jadi, rumusannya jangan haraplah google nak bagi ko duit gitu banyok kat ko tanpa buat ape-ape, dah la die tak kenal ko sape, lainlah kalo ko buat google adsense dengan die nanti die bagilah ko duit...


Pesanan keyboard : Hah! jangan dok haraplah duit jatuh dari langit, kena keje kuat baru boleh kayo...tapi aku tak harap  kaya pun, asal ade tempat berteduh dan selesa, makan minum sume cukup tak perlu mintak belas ihsan orang nak makan, dapat tolong orang sikit-sikit tu pun dah kaya bagi aku....tak perlu kaya raya sebab nanti kat akhirat jenuh pulak nak menjawab dengan Tuhan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails