nuffnang ads

Monday, October 18, 2010

Apa Yang Anda Perlu Tau Mengenai Pneumonia

Lambat betul aku nak apdet pasal Pneumonia ni..yelah asik sibuk dengan anak keluar masuk hospital je lepas tu anak-anak demamla dan macam-macam hal lagi...dan aku pun pelik jugak ape yang bizi sangat dengan aku nih~?...ha, korang yang ade anak sedang membesar tu tau la macam mana kan...

Korang dah baca kan pasal anak aku kena Pneumonia tu...alah cakap melayunya jangkitan kuman pada paru-paru...dah banyak kali aku dengar pasal penyakit ni tapi tak berapa nak ambik pot sangat...sekali anak aku kena pulak penyakit ni..haaa...hambik....

Apa yang aku boleh terangkan dekat korang pasal pneumonia ni adalah seperti berikut :

(ni pun setelah aku translate ke bahasa kita dari artikel asalnya bahasa inggeris...mintak mahapla ayat-ayatnye tak berapa nak sedap baca..huhu..)

Pneumonia
Pneumonia adalah sejenis penyakit jangkitan paru-paru yang disebabkan oleh bakteria, kulat dan virus. Penyakit ini sangat umum pada bayi. Bayi dengan mudah boleh mendapat penyakit ini dan tanda-tanda penyakit ini adalah seperti batuk, demam dan masalah pernafasan. Penyakit ini boleh dirawat di rumah dan jika serius bayi boleh dirawat dihospital. Pneumonia boleh terjadi dengan tiba-tiba pada bayi dan berpanjangan selama satu minggu hingga sepuluh hari.

PENYEBAB PNEUMONIA PADA BAYI
Ada banyak penyebab pneumonia yang disebabkan oleh pelbagai mikro-organisma seperti bakteria, virus dan organisma lain. Ia terdiri daripada : -

* Bakteria - pneumonia pada bayi yang disebabkan oleh bakteria mempunyai gejala seperti batuk berkahak yang berwarna hijau atau merah seperti darah/karat.
* Virus - Sekitar lima puluh peratus kes pneumonia dilaporkan pada bayi yang disebabkan oleh jangkitan virus. Gejala kelihatan mirip seperti flu/selsema.
* Mycoplasma - Ia adalah sejenis bakteria yang menyebabkan bayi demam ringan dan jangkamasa pemulihan memerlukan waktu yang lama. Gejala-gejala yang disebabkan pneumonia akibat mikro organisma ini adalah seperti mual dan muntah-muntah, kahak berwarna putih dll


GEJALA PNEUMONIA PADA BAYI
Berbagai gejala yang ditunjukkan bergantung kepada penyebab dan keterukan tahap jangkitan dan usia bayi : -

* Malaise (taktau nak translate sebagai ape)
* Batuk
* Demam
* Masalah pernafasan (selalunye pernafasan berbunyi whizy-whizy...macam wisel ditiup)
* Nyeri dada dan banyak lagi


DIAGNOSIS
Jika bayi didiagnos mempunyai pneumonia, rawatan yang terbaik harus diberikan kepada bayi. Jika rawatan tidak diambil, ia boleh menyebabkan kematian. Untuk mendiagnosis pneumonia, doktor perlu melakukan ujian-ujian seperti berikut: -

* Pemeriksaan Umum
* X-ray



RAWATAN
Rawatan yang tepat harus dilakukan untuk bayi yang baru lahir dan rawatan tambahan juga harus diambil untuk mencegah mereka dari bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan terdiri daripada : -

* Antibiotik
* Rehat yang cukup
* Minum banyak air masak
* Ubat-ubatan yang perlu


Jika pneumonia yang disebabkan oleh bakteria, biasanya dirawat dengan pengambilan antibiotik. Antibiotik perlu diberikan kepada bayi supaya penyakit ini tidak berulang.
Jika pneumonia yang disebabkan oleh virus ,rawatan yang diperlukan adalah dengan mengambil ubat antivirus dan biasanya doktor akan menyarankan untuk mengambil rehat yang cukup dan minum banyak air kosong.
Dan jika pneumonia yang disebabkan oleh Mycoplasma, juga dirawat dengan antibiotik. Rawatan penyakit ini memerlukan jangkamasa pemulihan yang lama pada bayi sekitar empat hingga enam minggu.

PENCEGAHAN
Ibu-ibu digalakkan mengambil beberapa langkah pencegahan seperti berikut untuk mengelakkan berulangnya penyakit ini pada bayi mereka : -

* Elak bayi bertemu dengan orang yang mengidap batuk, demam, selsema dan juga mereka yang mempunyai penyakit jangkitan saluran pernafasan seperti influenza kerana bayi amat mudah berjangkit dengan penyakit-penyakit tersebut.
* Bayi juga tidak harus di temukan dengan orang yang mengidap penyakit campak atau cacar air bagi mengelakkan berlakunya penumonia.


VAKSINASI

Vaksinasi yang tepat harus diberikan kepada bayi pada waktu yang tepat. Pneumococcal vaksin polisakarida (PPV) harus diberikan kepada bayi untuk mencegah mereka dari pneumonia.

KESIMPULAN
Pneumonia dalam beberapa kes dianggap sebagai penyakit jangka pendek dan boleh dirawat. Tetapi kadang-kadang ia boleh menjadi bahaya sehingga berlakunya komplikasi yang serius pada bayi.

Artikel asal adalah dari sini

Artikel lanjut sila baca di sini.

Maklumat lanjut juga boleh didapati disini

Lagi perbincangan mengenai jangkitan kuman pada paru-paru

Maklumat home bisnes disini






2 comments:

  1. kak, shifa tanye kak noni tadi, dia kata kalo dh amik plan untuk anak, boleh claim 90%..

    ReplyDelete

Sila2kan la komeng kalo sudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails