Aku baru nak buat entri pasal apa yang patut kita lakukan apabila anak demam, sekali aku tengok ade sorang blogger dah publish entri tersebut...sila baca dari blog beliau..
Bukan apa, anak-anak aku baru je baik dari demam..so, aku nak citer lah sikit pada korang-korang apa yang patut kita lakukan apabila anak demam..
Selalunya aku bawak pegi doktor ambik ubat..selain tu aku basahkan kepala anak aku dengan air, lepas tu aku lap-lap badan mereka dan selalunya aku letak towel lembab kat kepala diorang..sebab apa aku buat macam tu, sebab aku dapat saranan dari mereka yang berpengalaman agar sentiasa lembabkan badan budak-budak tu dengan air atau towel lembab agar badan mereka cepat sejuk untuk mengelak dari berlakunya sawan tarik atau kekejangan..Kekejangan boleh menyebabkan anak tidak sedarkan diri dan menggigil tanpa kawalan...Nauzubillah, janganlah berlaku pada anak-anak aku...dan selalunya aku akan cuba mandikan mereka...
Selain mengalami kekejangan, ada juga kanak-kanak yang akan meracau-racau jika suhu badannya terlalu tinggi. Korang boleh melihat anak-anak korang seolah-olah rasa takut, gelisah dan berkhayal.
Ade colleague keje aku siap rendamkan anak beliau dalam besen/bath tub...hohoh...ada juga rakan yang sarankan supaya banyakkan breast feed bagi mereka yang masih breast feed anak agar proses penyembuhan lebih cepat...
Bila aku bawak anak-anak ke klinik mereka termasuk doktor, medical assistant, nurse, pharmacist menyarankan agar selalu lap anak dengan towel basah agar badan mereka sentiasa lembab demi memastikan kehilangan air akibat pemanasan oleh badan dapat diganti dengan segera terutama di bahagian kepala, di setiap celah pelipat seperti ketiak, peha dan lengan.
Kesimpulannya, sentiasa lembabkan badan anak dengan towel lembab apabila mereka demam untuk menggantikan semula kehilangan air dari badan agar tidak berlaku kekejangan.
No comments:
Post a Comment
Sila2kan la komeng kalo sudi