nuffnang ads

Tuesday, May 5, 2009

Family Gathering

Malam minggu lepas kami adik beradik berkumpul di rumah ibu dan bapa kami untuk berbincang mengenai persiapan perkahwinan abang saya yang akan diadakan hujung bulan ini. Maka dengan itu saya memberi cadangan kepada adik beradik saya untuk membuat majlis makan2 dengan sedikit collection daripada adik beradik. Walaupun tak cukup sorang dalam kumpulan ni tetapi acara tetap juga berjalan seperti yang dirancang. Dengan persetujuan semua maka sebelum balik ke kampung saya telah meng'order' 3 ekor ayam daripada makcik saya untuk dibuat barbeque dan setibanya saya di sana saya terus menuju ke kedai itu untuk mengambil ayam yang telah diorder semalam sambil membayar sejumlah wang..hahaha...skemanye ayat2 saya.....hohoh....

So malam tu aku pun pulunla menyediakan rempah2 dan bahan2 untuk me'marinade' ayam tersebut..pagi besoknye pulak aku ke pasar membeli udang, sotong dan ikan dan minuman untuk menambahkan lagi makanan yang sedia ada..maka petang itu, bapaku bersama adik misi ku memulakan acara membakar..adik2 yang lain semua dah mengelat lari...ape dieorg igt nak bakar memalam ke???macamla dieorg sudi nak membakar malam2 nanti...akhirnya dalam pukul 7 malam semua siap dibakar...dan adik2ku yang telah mengelatkan diri tadi pun dah balik ke rumah dan buat2 sebok bertanya mana ayam dll yg nak dibakar tu..apalagi kene soundla dgn aku sambil aku bertungkus lumus memasak nasi guren puler..

Acara makan2 berlangsung dalam pukul 9 malam..dan menu yang dihidangkan adalah : barbeque chicken, udang bakar, sotong bakar, ikan bakar, nasi goreng cina, sate ayam dan daging, kepok lekor, buah2an, koktel buah dan minuman ringan bersama sebiji kek..(sempena besday mak aku, aku, dan adik2 aku yang lahir dlm bln april)..

ni die ayam yang diperap semalaman dgn rempah ratus barbeque

ayam2 yang sedang melalui proses pembakaran

ayam yang telah dibakar...ermmm..bau die sungguh sedap dan nampak sangat menyelerakan...

kami bersama2 hidangan yang telah disediakan
Alya nampaknye begitu gembira dengan makanan yang terhidang di depan mata die..sebenarnye die aim kek tu, tunggu masa nak terkam jer..hihi..


Mocha Cake daripada kedai kek oren, jalan bahagia, temerloh


Alya so hepi coz kejap lagi dpt mkn kek!


nak cokelat tu!


tengok, yaya buat..

Acara mesyuarat kemudian berlangsung selepas acara makan2..dan incik abang aku pun sampai rumah dalam pukul sebelas ketika mesyuarat tengah rancak berjalan dan meeting pun habis dalam pukul 11.30 malam..kemudian acara borak2 sambil menonton bola dan aku pun tetido kepenatan depan tibi..

Hupdet skek:

Resepi Barbeque Ayam

*p/s : resepi ni i dpt drp cik puan shifa.. sape2 yg nak mencube sile lerrr jgn segan2..sedapp...

Bahan2nye:

1 ekor ayam
1/2 cawan marjerin
1/2 cawan susu pekat
9cm halia
7cm kunyit hidup
5 tangkai serai
3 labu bawang besar
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 sudu besar serbuk ketumbar
4 sudu besar serbuk jintan manis
4 sudu besar jintan putih
5 sudu besar serbuk lada hitam (yang kasar)
Garam secukup rasa
Ajjinomoto secukup rasa
Gula secukup rase

Cara2 membuatnye:

Bersihkan ayam dan perap bersama2 semua bahan2 di atas semalaman dan bakar keesokannye..urmm..shedapp..

No comments:

Post a Comment

Sila2kan la komeng kalo sudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails