Resepi nih aku dah penah try dan jadik..sejenis bubur/desert yang enak di makan sejuk2..asal bubur ni dari thailand..makanan ni pun osmet aku masa bujang dulu kenalkan pada aku..taun lepas masa aku tgh peknen tetiba aku teringin sangat nak makan ni, so aku pun suh incik abg aku belikan sengkuang cina.. maka melilau2la die mencari sengkuang cina dan akhirnya berjumpa juga dgn senkuang yg aku idam2kan itu dan aku pun terus mencuba dan menjadi..toraila..sangat menyelerakan!
Water chestnut
beberapa titik pewarna merah/hijau
gula
1 mangkuk besar santan sederhana cair
2-3 ulas nangka dipotong dadu (optional)
1 sudu besar sagu di rendam air panas (optional)
2-3 sudu besar tepung sagu/ubi
1 - Sengkuang dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong dadu kecil2.
2 - Rendamkan sengkuang yg dipotong dalam mangkuk berisi air dan dititik pewarna sehingga terendam supaya semua sengkuang jadi berwarna. Biarkan lebih kurang 10-15min dan toskan.
3 - Kemudian gaulkan sengkuang dengan tepung ubi hingga rata dan semua sengkuang bersalut tepung. (gunakan penapis)
4- Panaskan air dan bila mendidih, masukkan sengkuang tadi dan kacau supaya tidak melekat. Biar mendidih lagi dan bila sengkuang timbul, angkat dan toskan.
5- Dalam periuk lain, panaskan santan. Masukkan gula. (ada yg guna santan fresh dan x perlu masak). Bila hampir mendidih, masukkan sagu, sengkuang dan nangka. Angkat dan sejukkan.
6- Sedap dihidangkan sejuk2. Bila hendak makan masukkan parutan ais atau masukkan kedalam fridge sebelum makan.
No comments:
Post a Comment
Sila2kan la komeng kalo sudi