nuffnang ads

Thursday, May 14, 2009

kesian aliff

Hingga ke hari ini, ketika menulis blog ini aliff masih lagi mengalami cirit birit..sekarang die tgh syok tido di bilik aku...sebenarnya aku amat serba salah dalam hal ni, bukan ape, kerana anak sakit dan tiada org yg nak menjaganya so aku terpaksa membawa die ke tempat kerja aku..mujurlah aku mempunyai bilik sendiri yg di share dgn kak timah so bolehla aku sorokkan aliff dalam bilik aku ni..nursery tak boleh terima aliff lagi sehingga la cirit birit die hilang..minggu ni sebenarnya agak bizi juga sebab we r going to make some preparation for practical exam..but memandangkan aliff berada dalam jagaan aku ketika waktu kerja so, aku tidak dapat membantu my lab mate menyediakan semua kelengkapan utk exam tersebut..harap2 lah mereka faham..nampak mcm mereke faham tapi tktaulah kalu di luar pengetahuan aku mereke ade berkata di belakang..itu terserah, sebab masing2 ade hak untuk berkata2..
semalam aku bwk die gi dispensary tnb mintak ubat utk aliff..petang kelmarin aku dh bwk die ke klinik uia ni tp doc hanya kasi 3 peket garam...mane cukup utk die..dh tu aku pulak yg kene byk tanya dgn doc..sepatutnye doc la yg kene byk tanya aku..ni terbalik pulak..aku pun dh blur2 mase tu sampaikn nk mtak ubt sapu die pun aku lupe..seb baik dispensary bg byk ubt utk aliff, ubt oral utk cirit birit (ni cik abg aku request kt kaunter amik ubt, sbb sister tk kasi sebenarnye..huhu), garam dehidrasi, ubt sapu dgn losyen nappy rash...mengikut kate sister tu, baby yg beralih bulan juga akn mengalami cirit birit yg lama sehingga 4 ke 5 hari...hmmm..mungkin jugaklah..so sister suggestkn cairkan bancuhan susu die dan beri die air garam..
aku masih lg risau dgn keadaan die ni yg masih belum menunjukkan sebarang perubahan utk pulih..yang paling aku risau takut die dijangkiti rotavirus..nauzubillahhi min zalik...mintak dijauhkn die dr sebarang penyakit yg berbahaya..sudahla minggu dpn aku kena pegi kursus tak sedap hati pulak nk tinggalkan die dlm keadaan mcm ni..harap aliff cepatlah baik cirit ni..


ni die dok lepak kt bilik aku dgn gumbiranya..

aliff nampak sgt sihat dan cergas..tiada tanda2 mcm diserang rotavirus...harap die terus aktif mcm ni..


Sedikit info mengenai rotavirus :

Rotavirus punca cirit-birit

CIRIT-BIRIT melebihi tiga kali sehari bukan perkara normal yang biasanya adalah gejala kepada jangkitan gastrointestin atau usus; mungkin disebabkan pelbagai jenis bakteria, virus atau organisma parasit.

Jangkitan biasa berlaku melalui makanan dan minuman tercemar atau individu ke individu lain akibat kurang penjagaan kebersihan.

Cirit-birit yang teruk menyebabkan seseorang kehilangan banyak air dan boleh membahayakan nyawa, terutama kanak-kanak kecil dan individu yang mengalami masalah kurang zat atau lemah daya ketahanan badan.

Setiap tahun rotavirus menyebabkan berjuta-juta kes cirit-birit di negara membangun yang memaksa dua juta kes dimasukkan ke hospital dan dianggarkan 611,000 kes berakhir dengan kematian.
Di Amerika Syarikat saja, lebih 2.7 juta kes jangkitan rotavirus berlaku setiap tahun dengan 60,000 kemasukan ke hospital dan 37 kematian.

Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat dunia masih tidak menganggap rotavirus sebagai penyebab utama cirit-birit, khususnya di negara membangun.

Boleh dikatakan semua kanak-kanak pernah mendapat jangkitan rotavirus apabila mencecah umur lima tahun. Kumpulan paling berisiko ialah kanak-kanak berumur enam hingga 24 bulan. Walaupun jangkitan boleh berlaku pada orang dewasa, kesannya biasanya sedikit.

Kanak-kanak boleh mendapat jangkitan beberapa kali sebelum menyambut hari jadi kelima. Jangkitan berulang boleh berlaku tetapi ia disebabkan rotavirus jenis lain. Selepas beberapa jangkitan rotavirus berbeza, badan kanak-kanak membentuk imuniti terhadap virus ini.

Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit yang teruk pada bayi dan kanak-kanak (20 peratus) dan bertanggungjawab kepada 50 peratus kes kemasukan ke hospital.

Berbanding kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk dimasukkan ke hospital akibat cirit-birit.

Rotavirus adalah virus yang menjangkiti usus. Nama rotavirus berasal daripada perkataan Latin bermakna roda berdasarkan ciri virus itu sendiri yang bentuknya seperti roda apabila dilihat di bawah mikroskop elektron.

Gejala jangkitan

Tempoh inkubasi (dari bermula jangkitan sehingga gejala muncul) bagi rotavirus biasanya dua hari saja. Gejala jangkitan rotavirus termasuk demam, muntah dan cirit-birit.

Kadangkala pesakit mengalami sakit perut dan kanak-kanak yang dijangkiti boleh mengalami cirit-birit sehingga beberapa kali sehari.

Secara umumnya gejala berlanjutan selama tiga hingga sembilan hari. Daya ketahanan badan terhadap jangkitan berulang tidak lengkap selepas satu jangkitan tetapi jangkitan seterusnya lebih ‘ringan’ berbanding jangkitan terdahulu (asal).

Malah, jangkitan rotavirus boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan air (dehidrasi) yang teruk pada bayi dan kanak-kanak.

Namun kekurangan air yang teruk sehingga menyebabkan kematian jarang berlaku, kecuali jika pesakit dibiarkan tanpa rawatan. Ini sebabnya ibu bapa perlu membawa segera anak berjumpa doktor apabila mereka menunjukkan gejala di atas.

Ibu bapa juga perlu memerhatikan jika anak menunjukkan tanda kekurangan cecair badan seperti:




  • Lesu dan tidak bertenaga




  • Kulit menjadi kering dan sejuk




  • Tiada air mata apabila menangis




  • Mulut menjadi kering dan melekit




  • Mata cengkung




  • Ubun-ubun tampak tenggelam




  • Kelihatan sangat dahaga

    Bagaimana ia disebarkan?

    Rotavirus sangat mudah berjangkit. Kaedah utama penyebaran rotavirus ialah daripada najis ke mulut (sama ada melalui makanan, minuman atau sentuhan).

    Kanak-kanak boleh menyebarkan virus ini apabila lupa mencuci tangan sebelum makan atau selepas keluar dari tandas.

    Menyentuh permukaan yang tercemar dengan rotavirus dan kemudian menyentuh kawasan mulut juga boleh menyebabkan jangkitan.

    Perlu diingat, rotavirus boleh bertahan di atas permukaan kering dan keras selama beberapa hari. Ia juga boleh hidup beberapa jam lamanya di atas tangan manusia.

    Bagaimana rotavirus dikesan dan dirawat?

    Pengesanan rotavirus dilakukan melalui ujian najis pesakit. Kini kit ujian boleh dibeli di farmasi. Sehingga kini tiada kaedah khusus untuk merawat jangkitan rotavirus.

    Bagi individu yang memiliki daya ketahanan badan normal (sihat), jangkitan rotavirus dalam usus menjejaskan kesihatan mereka untuk beberapa hari.

    Rawatan untuk kumpulan ini ialah meningkatkan pengambilan cecair bagi mengelak dehidrasi. Kira-kira seorang daripada 40 kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus memerlukan kemasukan cecair intravenus (ke dalam salur darah) di hospital.

    Jangkitan rotavirus dianggap sebagai penyakit yang menjejaskan aktiviti harian seseorang, namun ia hanya untuk beberapa hari (tiga hingga sembilan hari).

    Kaedah mengelak jangkitan

    Oleh kerana jangkitan ini amat lazim, ia sukar dicegah. Bahkan tempat yang sangat mementingkan kebersihan boleh tercemar.

    Cara terbaik mencegah jangkitan ialah melalui vaksinasi. Kajian menunjukkan vaksin boleh mencegah sehingga 74 peratus jangkitan; 98 peratus kes rotavirus yang teruk dan kira-kira 96 peratus kemasukan ke hospital.

    Ada dua jenis vaksin untuk rotavirus iaitu yang pertama (Rotateq) diambil pada umur dua, empat dan enam bulan. Manakala jenis kedua (Rotarix) kanak-kanak diberi dua dos vaksin pada umur enam minggu dan dos kedua pada bila-bila masa selagi tidak melebihi umur enam bulan.

  • No comments:

    Post a Comment

    Sila2kan la komeng kalo sudi

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails