nuffnang ads

Friday, July 3, 2009

Otok-otok ikan

Lupa lak nak share resepi ni dgn korang sume..my luvly incik abg suke sgt mkn ni..cubalah..bende ni aku dah share dekat myresepi tapi aku dh lupa id dgn password aku kt sana..huhu..so, aku copy paste ajela resepi ni.



Otok2 ikan

Bahan2nye:
  • 7 ekor ikan selayang / 5 ekor ikan kembung / setengah ekor ikan tenggiri (saiz sedang)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 sudu teh lada hitam (kalau suka pedas bole ganti dengan cili api)
  • sedikit daun sup dihiris
  • sedikit daun bawang dihiris
  • sedikit garam dan ajinomoto
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2-3 sudu besar kelapa parut (Tak suke rase kelapa bole kurangkan kelapanya)
Cara-caranye:
  1. Leraikan isi ikan dari tulang2nya dan tumbuk hancur (ikan tk perlu rebus)
  2. Tumbuk semua bahan seperti bawang merah, bawang putih, jintan manis, jintan putih dan lada hitam.
  3. Gaulkan isi ikan yang telah hancur ke dalam bahan2 yang telah ditumbuk tadi.
  4. Gaul dan tumbuk kelapa parut bersama2 bahan tadi. Tak perlu lumat.
  5. Masukkan daun sup, daun bawang dan cili hiris berserta sedikit garam dan ajinomoto. Gaul rata.
  6. Kepal-kepalkan dan leperkan adunan tersebut dan goreng hingga kekuningan dan angkat.
  7. Selamat mencuba! ;p

No comments:

Post a Comment

Sila2kan la komeng kalo sudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails