Siakap Stim
Bahan2nya :
1 ekor ikan siakap (Sederhana besar--> agak2 cukup utk 2,3 org mkn)
2 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil2)
1 ulas bawang putih (juga dadu kecil2 dan goreng dgn minyak hingga kekuningan..bahan ini dijadikan sbg minyak bawang putih)
2.5cm halia (di mayang halus2 atau dadu halus2)
2 sudu makan sos tiram
2 batang serai (juga di mayang halus)
5 ulas cili api (dihiris)
1 mangkuk cendawan tiram atau button mushroom
sedikit brokoli atau bunga kubis
2-3 keping daun limau purut (utk kasi wangi punye)
sedikit garam
sedikit ajinomoto
daun bawang dan daun sup utk hiasan
1 cawan air
Cara2nya :
- Ikan dibersihkan dan dilumur dgn garam, pak aji, sos tiram, halia, cili hiris dan bawang putih,..masukkan sedikit air agak2 ikan tu tenggelam dan masukkan dalam microwave selama 3 minit.
- Keluarkan, dan masukkan semua bahan2 lain seperti cendawan tiram, sayur2, daun limau purut, daun bawang dan daun sup..
- Masak lagi lebih kurang 2 minit..keluarkan dan tuang minyak bawang putih tadi dan siap!
- Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment
Sila2kan la komeng kalo sudi