nuffnang ads

Thursday, March 3, 2011

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pneumococcal Desease?

Peneumococcal Desease ni adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumonias atau pneumokokus.  Penyakit-penyakit bawaan bakteria ini kebanyakkannya menyerang kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun.  Dan oleh itu sangat digalakkan untuk mengambil vaksin tambahan untuk mengelakkan penyakit ini atau sekurang-kurangnya membantu untuk mencegah dari dijangkiti oleh bakteria-bakteria ini. Bakteria pneumococcus ini boleh menyebabkan penyakit-penyakit berikut :

  1. Meningitis iaitu radang pada selaput otak atau saraf tunjang, 
  2. Pneumonia (jangkitan paru-paru), 
  3. Bakteremia (jangkitan darah) dan juga 
  4. Otitis Media (jangkitan telinga tengah).

Meningitis (Jangkitan pada radang selaput otak atau saraf tunjang)



Meningitis boleh mengakibatkan kecacatan yang serius seperti kurang pendengaran, lumpuh, kerencatan akal dan maut.  Simpton penyakit ini adalah seperti demam, keletihan, mengantuk atau kelalian, muntah-muntah dan kekejangan leher.


Bacteraemia (Jangkitan Darah)



Bakteremia boleh berlaku apabila kuman bakteria memasuki saluran darah dan mengakibatkan jangkitan darah.  Ia boleh membawa ke Meningitis.

Simpton-simpton penyakit adalah seperti demam, peningkatan kadar pernafasan dan anak meragam.


Pneumonia (Jangkitan Paru-paru)




 Simpton-simpton seperti batuk, kesesakan dada, kahak, demam dengan menggigil dan rasa sejuk.


Otitis Media (Jangkitan Telinga Tengah, sebelah dalam gegendang telinga)


Simpton-simpton seperti sakit telinga, demam dan anak kerap menarik-narik telinga.


Penyakit-penyakit pneumokokal ini boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran, kerosakan otak, kecacatan yang kronik, lumpuh, kerencatan akal, gugup atau kesukaran untuk bertutur dan juga boleh mengakibatkan maut. Sebenarnya, kuman pneumokokus ini terdapat didalam hidung dan kerongkong orang dewasa dan juga kanak-kanak yang sihat.  Kebanyakan kanak-kanak akan menjadi pembawa pada satu masa tetapi bukan semua kanak-kanak akan dijangkiti oleh kuman ini.  Selalunya ia kerap mengjangkiti kanak-kanak daripada orang dewasa kerana anak kecil kekurangan antibodi-antibodi yang tepat untuk melawan kuman tersebut.

Mereka-mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini adalah kana-kanak berumur 5 tahun dan kebawah, kanak-kanak yang ditinggalkan di nurseri atau pusat jagaan harian, kanak-kanak yang kurang daya tahan penyakit atau kurang imuniti kepada jangkitan, kanak-kanak yang pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah, sebelah dalam gegendang telinga, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok, dan kanak-kanak yang berpenyakit kronik seperti diabetes, jantung, paru-paru atau penyakit buah pinggang.


WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) telah menyarankan agar pemvaksinan penyakit ini melalui pemvaksinan berkonjugat perlu di utamakan kerana penyakit ini merupakan punca kematian No.1 di kalangan kanak-kanak berusia kurang 5 tahun.


Jom buat bisnes dari rumah! klik sini!

No comments:

Post a Comment

Sila2kan la komeng kalo sudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails