nuffnang ads

Thursday, October 31, 2013

Petua Halau Semut Pada Gula

Dalam banyak-banyak petua nak halau semut pada gula, petua ni lah yang paling mujarab (pada aku la)...susah kan nak bancuh air bila ade semut ni...gula belum bukak pun dihurungnya apalagi kalau dah masukkan dalam bekas...entah celah-celah mana la semut ni masuk...ade je die jumpa jalannya..
Macam mana nak halau? Sure korang dah google kan...rumah korang ade bunga cengkih tak? 


Haaa, apalagi masukkan la 5,6 kuntum bunga cengkeh tu ke dalam bekas gula korang pastu tutup kasi rapat...konfem besok semut telah melarikan diri...kalau tinggal pun yang dah mati sebab tak sempat nak selamatkan diri...kui kui kui....

Thursday, October 10, 2013

Ayam Rosemary

Ikut gambar ni yang atas belah kanan tu (Ikut putaran jam) Nasi Minyak, Kuah Dalca, Ayam Rosemary, Velvet Marble Cheese Brownies dan Kuih Talam Tokyo.







Ayam Panggang Rosemary

1 ekor ayam (Potong 4)
5-6 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar daun rosemary
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan manis (kasar)
2-3 sudu gula perang
2 sudu kecil garam
Sedikit perasa
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar minyak zaitun
5 biji kentang (rebus ½ masak)
2 biji tomato
6 biji baby carrot
Mentega

Cara-cara:

Tumbuk halia dan perah jsu halia pada ayam dan gaul rata.
Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang putih hingga kuning.
Tumbuk daun rosemary hingga lumat dan masukkan lada hitam, jintan manis ditumbuk kasar.
Masukkan lebihan minyak zaitun, gula perang, perasa, jus limau ke dalam rempah dan ditumbuk. Gaul rata dan lumur pada ayam dan kentang rebus, tomato, carrot.

Sapu butter pada ayam dan bakar 180-200°C selama 1 jam atau hingga ayam masak.

Note: Kualiti gambar agak kurang sebab menggunakan fon cikai...hohoh..

Velvet Marble Cheese Brownies

Kek ni aku buat masa sambut besday Abg N...tetiba rajin pulak aku buat special untuk die...aku buat Nasi Minyak makan dengan Kuah Dalca dan Ayam Rosemary...untuk desert aku buat Kuih Talam Tokyo dengan Velvet Marble Cheese Brownies....makan besar kami anak beranak..bukan selalu, sekali je setahun...huhu nampak benar rajinnya setahun sekali je...haha...




Ni la resepinya. Mintak dari Encik Google la apa lagi...haha...


VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: kak Anymz

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) -

125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus *izah letak 100gm
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus * izah letak 50gm
1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam mangkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.


Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.


3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..


Nota aku:  Kek brownies aku tak cantik, kasar buatannya sebab asal boleh je...hohoh...

Wednesday, October 9, 2013

Tentang Diri, Tentang Keluarga

Dalam masa dua tahun ni macam-macam perkara berlaku dalam hidup aku...boleh dikatakan tahun tersebut adalah tahun-tahun yang penuh dugaan untuk aku...Syukur aku diberi kekuatan untuk menempuh semua dugaan tersebut dan menjadikan aku seorang yang kuat dan lebih matang mengharungi liku-liku hidup...Syukur keluarga tetap bersama ketika aku diduga dengan ujian yang sangat berat...Ya, perjalanan hidup setiap orang tidak sama...

Setelah diuji, aku merasakan yang aku telah melepasi satu fasa kehidupan dan bersyukur kerana melepasinya...walaubagaimana pun aku harus mengharungi kehidupan ini dan bersedia menghadapi apa jua ujian dan dugaan yang mendatang...sebab kita tak tahu apa lagi ujian dan dugaan yang bakal kita terima nanti...Itulah yang dapat aku simpulkan tentang diri aku buat masa ini...buat masa ini ya...

Okay, berbalik kepada keluarga pula....aku bersyukur dikurniakan 3 orang anak yang kesemuanya hero...Wow! Alhamdulillah, mungkin ade hikmahnya aku punya 3 orang anak lelaki buat masa sekarang walaupun hati ini kepingin jugak punya anak perempuan...TETAPI aku dinasihati oleh doktor agar terus STOP untuk production...hohoh..atas sebab membahayakan diri aku sendiri which is aku ade HPT during pregnancy...ia berlaku semasa pregnancy yang kedua....pada kehamilan yang ketiga paling teruk hingga aku melahirkan baby premature pada April tahun lepas instead of Jun.



Inilah 3 hero yang aku cakap tu..semua gambar masa dorg masih kecik..same je kan...dari kiri Aliff anak yang sulung...sekarang dah 5 tahun dan dah bersekolah tadika...tengah-tengah tu yang nombor 2 Dek Wa..gelaran kat rumah "Adik" walaupun dah ade adik..hohoh...susah untuk kitaorang buang perkataan adik tu dari mulut kitaorang ni...camana tu...dan yang pakai songkok tu yang paling comel adalah yang paling kecik (buat masa ini) Amirul yang dulu nya lahir premature.....sekarang dah satu tahun lima bulan dan sangat bijak dan paling banyak akal kat rumah tu...

Okaylah, cukup dulu la cerita pasal bebudak ni....banyak cerita yang mencuit hati pasal bebudak ni....nanti-nantilah aku cerita....

Pos Hari Ini

Gambar lame, page lama, cerita pun agak lama...kalau aku update selalu blog ni ade ke orang nak baca?...haha!

Tuesday, October 8, 2013

Macam Mana Nak Mula Semula Dengan Blog

Rase kemaruk pulak nak posting...haha...sebab dah lame sangat tak post kat blog kan...macam-macam benda nak citer ni tapi tak tau nak mula dengan ape..huhu...ape kata kita tengok perjalanan blog ni dulu..

Ya, aku start berblogging tahun Februari 2009.. refer sini Februari 2009. Dan untuk tahun tersebut aku berjaya buat posting sebanyak 85 posting...heee, boleh la kan...Dan untuk tahun  berikutnya 2010 aku berjaya buat posting sebanyak 100 posting tapiiiiii masa aku tengah update draft pebende aku terdelete la satu posting....so tinggal 99...huhu...tahun 2011 posting aku telah  mengurang dan berjaya membuat posting sebanyak 96 sahaja...dan tahun lepas 2012 hanya 10 posting sahaja yang aku buat!!..hohoh... Ini disebabkan pelbagai cabaran hidup yang berlaku sepanjang tempoh tersebut ditambah lagi dengan fanatiknya kepada Facebook (pada masa tersebut sahaja)....sebab sekarang aku dah malas pulak dengan fb..................tetiba pulak nak aktif dengan blog semula (pasal boleh dapat duit dengan nuffnang...fb boleh bagi duit ke...???).......mmm....kita tengok ye...hik hik...

Ini adalah cabaran kepada diri sendiri untuk beristiqamah dalam sesuatu kerja!...waaaah!! bersemangat kau...kita tengok, kita tengok, kita tengok nanti.....

Kuih Talam Tokyo

Dah lame tak share resepi...kali ni nak share resepi Kuih Talam Tokyo...aku pun pelik camana dapat nama tokyo tu...agaknye kuih ni memule dicipta di tokyo kot...aku jatuh cinta dengan kuih ni bila opismate bawak kuih ni kat opis....yang bestnya akak tu taktau nama kuih ni...disebabkan suke dengan kuih tu aku pun tanya encik google...dan terjumpalah satu resepi yang rasa dan bahan-bahannya tak lari dari kuih yang aku makan tu...dan ini lah resepinye...ambik dari Azie Kitchen....tapi sorilah linknya aku lupa nak copy...ape-ape hal google aje la azie kitchen..konpem jumpa....





Kuih Talam Tokyo                                            Oleh: Azie Kitchen

Bahan Untuk Lapisan Bawah:

300gm sagu kecil warna putih
60gm suhun
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat
300ml air
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
Cuci sagu sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan. 
Rendam suhun dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil.
Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak. Alas dengan plastik dan oleskan sedikit minyak.

Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.

Bahan Untuk Lapisan Atas:

4 biji telur
300gm gula pasir
400m santan pekat
400ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100gm tepung kastard
Sedikit pewarna hijau
1/8 sudu kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air kapur)
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

Campurkan semua bahan dan blend rata. Kacau sebati dan tapiskan.
Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. 
Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. 
Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
(Potong kuih dengan menggunakan sudu plastik supaya potongan menjadi cantik...celup pisau dengan air dulu sebelum potong)

Selamat mencuba!

Nota aku : Aku suggestkan kukus selama 10-15 minit untuk lapisan bawah dan 10-15 minit untuk lapisan atas supaya lapisan sagu (di lapisan bawah) tidak terlalu mengembang. (Sebab aku dah try kukus seperti yg disyorkan sagunya jadi kembang).

**Kuih aku tak berapa cantik sebab first time buat tapi rasenya agak menepati citarasa ku...hihi

Post Terbaru 2013

Assalamualaikum semua...haa, ambik kau...dah nak masuk hujung tahun baru terhegeh-hegeh nak update belog....lame betul tak jenguk blog sendiri sampaikan password nak masuk pun dah lupa...jenuh try masuk tak boleh, sampai mintak google antar password kt emel lain pun tarak boleh jugak..last-last try for luck mujur betul dan dapatlah update...huhuh..kalau tak boleh jugak masuk tadi alamat berkuburlah blog ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails