nuffnang ads

Monday, February 21, 2011

Habis lah Maajun Aku!

Cerita ni tak ada gambo yer..harap maaf...

Semalam aku vakum bilik aku yang dah bersawang tu...memule budak-budak dua beradik join sekali dengan aku buat keje dalam bilik tu....lepas tu pandai pulak diorang ni main kat luar..so aku pun apalagi terus tutup pintu tak kasi diorang masuk bilik...yelah dengan habuk-habuk tu semua kan masuk idung diorang aku jugak yang susah...mula lah nanti sorang-sorang seseme...dah la si adik tu memang tak berape kuat imun badan die...

Elok je aku keluar dari bilik tu aku nampak si aliff tengah main-main dengan ma'ajun aku....hadoilaaaa...siap kuarkan semua ma'jun tu letak dalam tupperware yang die punggah dari rak pinggan....pandai pulak die....yang si adik ni pulak ingatkan si abang ni nak bagi die makan la gamaknye...apalagi die pun ngapla....taktaulah berape bijik die dah telan...hohoh....bila aku nampak kejadian tu aku pun automatik bertukar jadi harimau jadian.....mengaumla aku....apalagi........menangisla bebudak tu kena marah dengan aku......dalam ati aku kesian pulak kat budak-budak ni tak pasal-pasal kena marah dengan aku...padahal salah aku letak beg merata-rata pastu tak tutup zip pulak....(ma'jun tu aku simpan dalam henbeg aku dan kendong hari-hari ke hulu ke hilir)......tambah pulak akutengah mengalami tekanan hidup yang teramat tinggi...maka mengaumlah harimau jadian semalaya......terok kan aku...

Ish, ishhhh...menyesal jugak marah anak-anak ni...salahnye kecik je tapi..........sebab aku tak boleh kontrol tahap emosi aku dah diorang kena tempiasnya.....Ya Allah, ampunkanlah aku dan berikan lah aku kekuatan mengharungi dugaan Mu ini....amin!



Nota terakhir : Selalunye lepas aku marah anak, aku akan peluk diorang cium diorang dan aku suruh diorang amin aku and say sori and explain kat diorang kenapa aku marah...even he do it the same to his brother...sebab aku taknak nanti diorang membesar tak reti nak mintak maaf dengan orang kalo die buat salah...tak kiralah diorang tu ada buat salah ke tak, tak salah kiranye kita minta maaf kan?...

Die Panggil "mama"

 mmmm.....mama!

Apabila die panggil aku "Mama" berulang-ulang kali...rase di hati cukup tersentuh...uk uk...manekan tidak aku tak pernah ajar die sebut mama, tetiba je die panggil aku mama...merengek sikit je panggil mama berulang-ulang kali....oh cukup syahdu....

Tapikan, sepatutnya die panggil aku "ibu"....kena tukar ke panggil mama pulak???...aliff pulak panggil aku "abu".....adoiyaiiiii......

Friday, February 18, 2011

Semalam Ribut Ke?

Sepanjang jalan pagi tadi aku tengok banyak pokok-pokok tumbang tepi jalan....adakah semalam ribut kuat melanda????? 


 
Ni lepas pintu gerbang menuju ke KWSP




Nampak pokok-pokok tu belum dibersihkan


Gambar ni di ambil selepas balik dari PMC tengah ari tadi...masih lagi seperti pagi tadi...tiada lagi kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak-pihak berwajib...

Kejadian berlaku selepas Pintu Gerbang Federal Highway dan juga berdepan KWSP dan PPUM sana....bumbung bus stand depan federal highway sebelah PPUM tu habis kena terbang dek ribut....huhu...aku lalu situ baru perasan bumbung die dah tercabut...agaknya sape-sape yang tengah tunggu bas petang semalam mesti kecut perut masa kejadian..




Ni pulak depan KWSP...nampak tak pokok sebatang tu?


Nasib baikla petang semalam aku sampai rumah dulu baru hujan turun....

Macam-macam Sakit Daa...

Ini budak macam-macam sakit ade....sakit paru-paru la (pneumonia), sakit tekak la (batuk), sakit telinga la (otitis media/telinga bernanah)....sabor aje la...

Banyak comot la ini budak...anak sapa la tu...huhu..



Lepas jumpa doktor ni tengah tunggu turn nak settle GL dengan ubat..



Hospital yang dalam proses penambaikan...


....Err, tadi aku tak parking kat dalam...entah rase macam malas pulak masuk parking dalam PMC tu, rase nak exercise lak jalan kaki lagi pun time-time gini selalunye parking dalam tu memang full...nasib baik bandaraya tak buat keje die menyaman kete-kete yang parking kat tepi jalan tu..selamat aku....hehe....



Banyakkan ubat die...antibiotik hambik ko sampai dua kotak die bekal...kebanyakan ubat tu untuk paru-paru die.....

Citernye tadi gi pantai hospital jumpe Dr. Nur Atiqah Ng...first time jumpe die ni...sebelum ni doktor lain dan aku rase tak serasi dengan doktor tu so aku decide tukar doktor lain pulak....die suh budak ni ambik ubat-ubat ni dulu next week datang lagi untuk follow-up....lepas tu buat hearing test...dah sembuh betul-betul nanti baru ambik vaccin pneumococcal tu....nak tak nak aku kena la ikut nasihat doktor...berkorban ape saja demi kesihatan anak..

Thursday, February 17, 2011

Citer Seram Dekat Teluk Batik Resort

Korang percaya mistik?? Percaya akan bende-bende yang kita tak nampak yang suka mengusik kita terutama anak-anak kecil? Jeng-jeng jenggggggg.......ni nak citer ni....berlaku masa dekat Teluk Batik Resort aritu....waaaaahhhh banyak suspen daa.....

Citernye gini, malam tu lepas acara makan-makan besar dekat pekan Lumut aku dan anak-anak rehat atas katil, guling-guling dengan Azwar dan Aliff...Aliff memang suka la dapat guling-guling atas tilam empuk tu...sebelum tu kedudukan katil adalah di tengah-tengah ruang bilik..memandangkan budak-budak ni tido lasak aku dan Abang N tolak la katil tu ke tepi dinding supaya bile budak-budak ni guling-guling tak la diorang ni jatuh ke bawah...lepas tu Abang N tolong bukakan lampu utama bilik tu kasik terang sikit....bilik ni pulak terpisah dengan hall...ade dinding tapi bercermin...selak langsir dari dalam bilik bolehlah nampak hall luar tu.....

Lepas tu Abang N keluarlah dari bilik lepak depan tibi sambil makan kacang...eh, mana datang kacang daa....aku tipu je..kekeke...aku dan anak-anak apalagi guling-guling la....tiba-tiba...........................................



jeng-jeng-jenggggggg...........................................



Lampu terpadam secara tiba-tiba.......uwaaaaa, bermula lah kisah misteri......


Aku dan anak-anak tergamam...betul! lampu tiba-tiba terpadam weh....takde orang usik pun......aku tengok suis tu masih on tapi kenapa lampu padam??? Aku heran, sape pulak tutup lampu neh, jangan memain, dah la aku ni penakut.....ke Abang N main-main dengan aku ni???


Aku pun dengan langkah berani angat-angat taik ayam keluar dari bilik pegi dekat Abang N yang tengah lepak-lepak suka hati tu....huhu...aku tanya dia :

Aku : Abang ade main lampu ke? Tekan suis mana-mana ke?
Abang N : Takde..kenape?
Aku : Lampu kat bilik tu tiba-tiba padam...tadi ok je lepas abang bukak, tengah duduk-duduk tadi padam tiba-tiba..(dalam ati, tak kan terbakar kot)....


Sepantas kilat Abang N berlari masuk ke bilik, tengok lampu macam tak percaya tiba-tiba terpadam...die tengok anak-anak semua ok, die pun cakap : "Oh, berani ko kaco anak bini aku yer!" sergah Abang N...   Aik??? die nampak ke? kenapa aku tak nampak? tapi aku pasti die tak nampak apa-apa, sebab aku taula laki aku..kekeke...


Dulu masa kami honeymoon kat Langkawi memang die nampak tapi die ni jenis ati kering so die buat dek aje la....boleh ko hadap bende tu dok depan ko lepas ko semayang??? Masa ko nak tido die tengok je ko dengan bini ko, boleh?? Lepas tu siap main tenung-tenung mata lagi dengan bende tu....kalo aku, mau ajak Abang N balik K.L malam tu jugak...itu citer dekat Langkawi beberapa tahun yang lepas.....


Berdiri jugaklah bulu roma aku masa tu....kot mana la tau kan ade bende halus sedang memerhatikan kami............meremang tak bulu roma korang?........Owh, tak cukup serrrram eik....? kuikuikui.....tak lame lepas tu die pun keluar dari bilik setelah tiada jalan penyelesaian antara kami dan bende tu...aku sambung semula lepak atas katil dengan anak-anak dan tiba-tiba....lagi sekali......


jeng-jeng-jenggggggggggg!!...




Lampu terbuka semula....

Lagi sekali aku pelik.. Haaaa......ini suda lebih....mau main-main sama aku ya.......kejap aku panggil Abang N pukul sama kamu!.......Aku pun apalagi bingkas bangun...masa tu Aliff pun bangun jugak dan jerit : "Hoh!" (sebab lampu terbuka semula)....die pun pelik la kejap buka kejap padam.....


Hah sudah! kate aku....Tiba-tiba mata aku terpandangkan sesuatu di hujung kaki Aliff.........SUIS LAMPU........korang tau!!??
Si Aliff ni rupernye punye keje! Cehsssss!!!!

Rupa-rupanya masa die guling-guling tu tak sedar kaki die tertekan suis lampu.....lepas tu boleh pulak dia buat-buat pelik...Mati-mati baba awak kena tipu!!!


Kuang-kuang-kuannnnggggggggggggggggggggggggggggggg........

Nota terakhir : Jadi korang jangan lah cepat sangat melatah bile sesuatu terjadi seperti di atas, tak pasal-pasal bende tu kena tuduh....

Tapi buat duit cara ni memang tak pelik!



Monday, February 14, 2011

Doa Untuk Suami Tersayang

Khusus untuk cinta hati kita. 
Doa yang terbaik untuk mereka.
Mari kita kongsikan bersama.
Aku cukup tersentuh dengan kata-kata dari doa ini sebab aku tau aku isteri yang bagaimana.


Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya


Sekiranya...

suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah...

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu


Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..

Aku buta tanpa bimbinganMu..

Aku cacat tanpa hidayahMu..

Aku hina tanpa RahmatMu..


Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


Nota terakhir : Sumber dari bincang.net 


 Kita sebagai isteri kena standby duit siap-siap sebelum apa-apa terjadi kat kita.

Apa Yang Best Dalam Blog Korang?

 Gambar hiasan..curik dekat google...e.e.e....


Apa yang best dalam blog aku?
Apa yang best dalam blog korang?


Sebab ramai yang masuk dalam blog aku ni yang banyak aku nampak carik petua.....So itu aje lah yang best nye kot?....carik cara nak hilangkan kahak bayi la.....anak demam la....hehe....aku tau....camana aku tau???..hik hik....aku sekodeng sape yang masuk blog aku hari-hari, apa yang die buat, dari mana die datang...hik hik...aku tak marah, lagi aku suke hari-hari orang masuk blog aku...tapi sedih, tak ramai yang tinggal komen....sebab, mungkin blog aku tak best kot???

Tapi mostly dalam blog aku ni banyak citer pasal anak..ye lah tujuan asal buat blog pun nak citer pasal anak je...tapi kalo hari-hari citer pasal anak pun boring jugak kan...so aku selitkan lah kesah-kesah kehidupan sekitar aku.....apa yang berlaku di sekitar kehidupan aku buat tatapan pengunjung blog dan juga untuk ingatan dan memori aku sendiri di kemudian hari...

Itu aje...lagipun aku tak kesah sama ada aku terkenal atau tak di dunia blog ini sebab niat asal aku berblog hanya untuk suka-suka....

Baiiiiiiiiii.....

Nota terakhir : Korang suka, korang baca, kalau sangat suka follow lah, laaaaagi aku suka....kalau tak suke sila klik butang pangkah kat atas nun....terima kasih.....hehe...

Wednesday, February 9, 2011

Game Yang Aku Layan

Tak ade lain lah City Ville....syiok ooo...dulu masa Farm Town femes asyik layan tu...sampai satu tahap dah malas nak buat...lepas tu sekarang seme orang layan Farm Ville...tapi aku malas nak layan sebab dulu aku dah puas main Farm Town bendenya lebih kurang jek...lagi syiok layan City Ville...keh keh keh....

Ni lah bando aku (Level 40) ....kui kui kui.... :


Matlamat aku sekarang nak beli tanah lagi dan besorkan lagi bando ni jadi bando tropolis..haa gituuu...kekeke....sebab cabaran main mende alah ni datang dari Abang N lah (sebab pernah satu ketika aku macam dah fed-up main CV ni, tapi bila tengok bando die dah maju terus datang semangat nak bersaing...hehe) ...aku yang setat ngajo die main mende alah ni (masa tu aku main ni just suke-suke buang masa terluang selain belog) last-last sekarang die lebih maju dari aku...kui kui kui.....kunun tak layan game gini....cehsss....

Tapi secanggih-canggih bando die, masih tak ade Port...kakakaka....padan muke die!...maknanye aku lah yang lebih terer dari die main mende nih...kekeke....

 Bando Abang N  (Level 51) :
Cu tengok, tak ade port kan? 
Die tak boleh buat port lagi....hahaha....gelakkan die....


Nota keyboard : Gila ah laki bini main City Ville...kekeke...kalu satu hari tak dapat masuk CV jiwa tak tenteram beb...hahaha...

Monday, February 7, 2011

Patut ke Jamak dan Qasar Bila Bermusafir Pada Zaman Sekarang?

Hangat tak hangat topik yang nak aku perbincangkan ni...bukan ape, banyak jugak aku dengar orang-orang yang kate zaman sekarang bukan macam zaman nabi dulu berjalan di padang pasir buat ape nak jamak kan surau masjid merata-rata anytime boleh singgah solat....

Tapi kebanyakan masjid sekarang buat dasar pintu tertutup siap berkunci bagai sebab ape sebab takut orang curik duit dari tabung masjid...

Bagi akulah kan orang yang bagi alasan macam tu adalah mereka yang tak habis sekolah...tak pun masa ustaz atau ustazah ajar bab ni die ponteng..TERASA?? Minta maaf lah yer cik-cik, tuan-tuan dan puan-puan...sebab pada aku, Solat Jamak dan Qasar ini adalah rukhsah (Kemudahan) yang Allah berikan atau anugerahkan pada hamba-hambaNya melalui perantaraan Nabi Muhammad s.a.w dan lagi satu ajaran Islam ni memang sesuai mengikut peredaran zaman...

SO, bagi orang yang menolak solat Jamak dan Qasar  ini seolah-olah dia menolak Islam itu sendiri...nak ke kita dilabel sebagai orang yang menolak Islam sedangkan Islam itu memang sangat-sangat sesuai mengikut peredaran zaman??? Nak ke???? Habis, kalau tak sesuai dengan peredaran zaman buat apalah Allah tu suruh Nabi kita sebarkan Islam, betul tak? ...macam marah je bunyinya asap...hehe..idok ler...koi tok maroh, cume jenuh nak memahamkan orang yang tak faham ni...

Meh aku bagi hadis skek :

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

 “Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.


Mana aku ambik? Dari sini tak caye sila sekodeng..

Untuk belajar cara-cara solat Jamak dan Qasar sila masuk ke dalam web tayibah.com

Sekian untuk perkongsian pendapat.

Teluk Batik - Part 3


Boring je kan, tak habis-habis lagi citer Teluk Batik...ekceli sengaja nak banyakkan entri sebab tu buat part by part...citernye takde banyak mana pun...kekekeke....

Kita layan gambo aje la....

Aksi Aliff yang keboringan menunggu pakcik-pakcik die soping...pakcik????
Jangan tak caye...mereka lebih banyak soping dari kita tau..hehe...





Soping sakan dilakukan oleh Abang N...aku hanya ambil kopok-kopok sotong dan satay ikan...sotong-sotong kering baik yang bergula tak bergula sume di rembat oleh abang N...lepas tu die suruh aku ambik ikan bilis dengan ikan bilis tamban untuk orang-orang kampung...lepas tu die rembat pulak ikan kurau masin...bila aku pergi dekat dia mak aii...penuh bakul mengalahkan mak-mak orang soping...janji die yang bayo...kekeke....

Inilah die hasil rembatan Abang N






Inilah tempat soping tersebut :

Itu pun kelihatannya Abang N belum puas soping...macam nak borong lagi je...

Tamat!

Tu je?!

Cukuplah...kang korang boring pulak...

Teluk Batik - Part 2

Sambungan dari entri sebelum ni.

Aktiviti yang ditunggu-tunggu ialah makan time!!

Kami keluar makan malam dekat pekan Lumut di Restoran Bakau 'D Muara (Cawangan Lumut).. Jangan tanya aku cawangan lain aku taktau sebab die tulis dekat situ Cawangan Lumut dan aku takde masa nak tanya tokey kedai tu mana lagi cawangan lain...hihi...keluar-keluar hotel je dari pintu keluar hotel tu telah dipenuhi oleh kereta-kereta yang semuanya menuju ke pekan Lumut...jem lebih teruk dari KL....huhu...drebar yang kelaparan telah memecut kereta dengan jayanya hingga sampai ke restoran dalam masa satu jam yang kebiasaannya memakan masa10 minit je jika tak jem...huhu..

Adik ipar telah mengorder makanan dengan banyaknya untuk tiga table...apabila kami sampai makanan telah siap terhidang dan menunggu masa untuk di ngap oleh kami yang kebuluran sejak keluar dari hotel lagi...apalagi, jom makan!




Aliff memang dah selamat malam dah sejak dalam kete lagi.


Lihatlah table-table kami di penuhi dengan makanan dan licin dikerjakan oleh mereka-mereka yang kebuluran...huhu



Kami siap makan Aliff masih lagi ketiduran...


Dari menelentang siap meniarap bagai...mujur tak jatuh...huhu...


Selepas makan acara seterusnya adalah potong-potong kek untuk Naim dan Amna Syafiyyah anak adik ipar aku la..


Beza besday diaorang hanya selang satu hari...si adiknya Naim jatuh 3 Februari manakala kakaknya Syafiyah jatuh 5 Februari...senang citer ayahnya ambik tengah-tengah untuk celebrate besday diaorang..

Teluk Batik - Part 1

Cuti-cuti Malaysia yang pertama untuk tahun 2011 kami ke Lumut, Perak mana lagi kalau bukan Teluk Batik...orang lain mungkin dah banyak kali pergi tapi aku ni baru lah first time gi sana..percutian kali ini di sponsor oleh adik ipar...adalah dalam tiga empat family...hehehe...orang belanja kan so kita ikut aje la tanpa banyak soal..

Perjalanan sendiri-sendiri dan tempat pertemuan kami adalah di Teluk Batik Resort...gerak dari rumah dalam pukul 10 pagi sebab kami ke NSK, Selayang dulu beli susu dan pampers anak...kui kui kui...apela, orang nak berjalan baru nak singgah sana sini beli barang...tu pun susu anak tak dapat, tah macam mana lak NSK kehabisan susu budak..cehss...terpaksalah si adik minum susu abang dia....sekali yak die keraslah pulak akibat penangan susu abang die...hambik....

Perjalanan diteruskan lebih kurang dalam pukul sebelas pagi mengikut jalan biasa...jalan luar biasa adalah highway plus yer cik-cik, tuan-tuan dan puan-puan sekalian...kih kih kih...sengal je asap pagi ni...cehsss....

Kami ikut jalan ke Kuala Selangor lalu Sabak Bernam, Teluk Intan semua tu hingga lah sampai ke Lumut.....view sepanjang perjalanan adalah sawah padi dan kelapa sawit..best dapat tengok padi tengah menguning.....seingat aku last aku tengok padi secara live ialah masa umur aku empat or lima taun....


Sepanjang idup aku tak pernah lagi sampai Sabak Bernam walau pun ade sorang adik aku keje kat sana....hehe....Abang N benti solat Jumaat jap dekat Hutan Melintang lepas tu perjalanan di teruskan hingga sampai Bando Teluk Intan...APA???? Dah masuk Bando Teluk Intan??? Ruper-rupernye kami dah torsosat jauh...tak terperasankan signboard ke Lumut....adeh, patah balik ke belakang tanya orang dan ikut signboard ke Lumut...masa tu dah pukul 3 lebih...adehhh...aku dok kat belakang dengan adik pun dah rase kepenatan sebab bajet sampai Lumut pukul dua lebih...adik pulak dah merengek-rengek tambah pulak die demam sikit...kesian betul kat budak kecik tu...

Akhirnya kami sampai juga ke Lumut dan terus ke Tesco mencari susu budak-budak ni...mak aih, sampai Lumut carik susu budak..kekeke....Abang N cakap murah pulak susu budak-budak ni kat sini....aku cakap takpelah lepas ni bolehla beli susu budak-budak ni kat sini je...kuang kuang kuaannnngg...

Dah dapat susu budak singgah lak Mek Di, syian dekat Aliff tak makan apa pun dari pagi...hanya makan kunyah-kunyah je sepanjang jalan...adik sempat jugak aku suapkan bubur nasi dia dalam kete...sampai hotel dalam pukul 4 lebih...rehat sebentar sambil makan mek di...lepas tu bawak aliff mandi kat pool...seronok bukan main sebab dapat mandi manda dengan kazen-kazen die...

OOPSsss berSambung lah pulak.....

Sori........

Nikmatilah gambo nan ado dulu yer...


Bilik penginapan kami

..ada kaunter bar...opss tak bestnye....


Aktiviti riang ria bersama kazen-kazennya

 Apalagi mandi manda la dengan action tanpa perasaan...biasalah die...


Wednesday, February 2, 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'




Give away best oleh HaSue.

Sebenarnye secara tak sengaja TERmasuk dalam blog die lepas tu TERbacalah pulak entri giveaway die lepas tu TERinginlah pulak nak join....harap-harap la cik puan sue sudi MEMENANGKAN saya..kekeke..tu pun kalo layak yer cik puan sue...kekeke...

Saya nak join sebab TERINGIN sangat nak buat kek untuk Adik bulan 3 ni, nak celebrate besday die yang ke 1 tahun dan kalau menang bolehla saya gunakan hadiah itu buat kek untuk dia!..agak-agak boleh menang tak? kekeke....

Adik ni lahir pada 13hb March 2010...means sekarang ni usia dia pada 13hb Februari 2011 ni masuk 11 bulan...waaa dah besar nak dekat setaun dah...sedar tak sedar je....nama di beri Awali Azwar bin N. Nezree, panggilan di rumah Adik...harap-harap die sorang ni aje lah adik......hihi.....buat masa ni........

Mungkin sebab nama tu Awal tu yang dia keluar awal kot..kekeke, sebab dah plan awal-awal lagi nak bagi nama tu, tup-tup awal pulak die keluar...abang N lah ni...cehsss.....ekceli dia ni lahir cepat genap je 37 weeks die keluar..tu pun ikut tingkap sebab low heart beat....tambah pulak bila dapat tau jantung die berdegup sangat perlahan ketika itu maka saya tersangat risau hingga kan tekanan darah saya naik dengan begitu tinggi sekali hingga menyebabkan doktor ingin terus membelah perut saya itu pun setelah seharian doktor monitor heart beat die...

Dan sekarang die dah besar, dah merangkak dengan lajunya, dah pandai duduk, suka meniti tepi-tepi sofa, kerusi walaupun kekuda die belum betul-betul kuat lagi....kalau duduk dalam walker tu suke sangat tarik-tarik baju saya suruh dukung walaupun ketika itu saya sangat sibuk di dapur...sekarang air liur die asik meleleh je mungkin nak tumbuh gigi kot...lepas tu dari dulu lagi suke sangat gigit jari kaki sendiri....APEKAH????...uwaaaa...tidak!! janganlah cepat sangat mintak adik!..kesian ibuuuuu.......


Inilah gambo budak buyat itu walaupun tak sebulat anak orang lain...kecik je die ni sebonar eh...


Hari-hari pertama melihat dunia...wah sangat syahdu..miss this moment...

Sekarang ligat duduk dalam walker



Suka tergelak buat hati ibu meruntun gerrrrrammmm..grrr....



Kunun-kunun merenung masa depan la tu..ecehhh...



Babai! sila pilih ibu saya sebagai pemenang pertama yer auntie sue...hihi...
saya nak sangat makan kek hasil air tangan ibu saya....e.e.e.e.e.....





Best Pren Ku

Istilah best friend pada aku adalah sahabat yang paling dipercayai dan tidak pernah mengkhianati kita dan ikhlas dalam berkawan dan yang memahami hati dan perasaan kita.

Best friend aku masa kecik-kecik dulu adelah dua tiga orang...diorang ni rajin datang rumah aku ajak main-main...macam-macamlah aktiviti kami buat kalau berjumpa tu...lepas tu rajinlah pulok mok-mok diorang ni atau pun kakak-kakak diorang datang rumah jemput mereka balik...ye lah, kalu dah jumpa kan mana reti balik rumah...makan minum toksah cakap perut tak rase lapar pun kalau dapat main..hehe

Sorang tu nama die Chik...die ni lah yang rajin datang rumoh ajok aku main-main...tapi sekarang dah lost kontek walaupun dok satu kampung...die ni ekceli kazen mak aku tapi sebab kami sebaya jadinya kami ni terlalu rapatlah berdua...bila dah besar dan muda remaja masing-masing dengan haluan sendiri tapi masih lagi berkawan...tak ade gado-gado...

Lepas tu sorang lagi nama die Busu....die ni dok sebelah je  rumah aku..hari-hari lepas abis sekolah die akan jerit-jerit nama aku dari rumah die...nak panggil main...kalu die tak panggil dulu, aku yang akan jerit nama die dari padang court kat rumah aku tu...huhu....kami selalu main Tayang, orang tempat lain panggil Galah Panjang, main pondok-pondok, main baling-baling selipar, ronda-ronda kampung dengan beskal, main Rounders, main lompat getah la....isshh ishhhh issssshhhhh semuanya nostalgia bagi aku...

Lepas tu ada sorang lagi nama die Timoh...kui kui kui...bese lah orang kampung nama mesti best-best....hehehe...die ni kira kawan baik jugakla hingga lah sekarang...sebabnye kami ni lahir pada hari yang sama, beza hanya setengah jam...die aje yang rajin kontek aku dan aku rajin kontek die...dulu kalu balik kampung aku rajin jugak singgah rumah die walaupun die jarang-jarang sekali singgah rumah aku...huhu..jangan maroh yek  timoh...citer pasey aok dalam neh...kekekeke...ingat lagi mase sekoloh-sekoloh dulu pegi rumoh die buat kek batik....die suruh aku ajor die buat kek batik...sebab aku ni baik kan maka aku tidak lah menghampakan harapannya nak belajar buat kek batik...dulu masa lepas-lepas sekoloh sokmo lepak dekat rumoh die, tiap-tiap petang lepak dengan die, dengan Chiik sekali...borak-borak kosong time remaja lah katekan...masa tu kan tengoh anak dara pingitan kampung..kui kui kui....nak termuntoh timoh baca statement ni...kekekeke....

Time aku study kat Kuantan pun ade jugak beberapa orang yang rapat dengan aku..antaranya Zah, Fiza,  Eisha, Ida, Ita, Farid, Ida Salini,  Fuad, Nong, Ana, Qi, aaarghhhh ramai la tak tersebut...mereka-mereka ni semua seangkatan dengan aku dalam bidang yang sama...belajar sama-sama, study sama-sama, makan sama-sama, bergado sama-sama...mmmm....sweet memories yang tak akan dilupakan....Opsss termasuk jugak room mate aku walaupun berlainan course...

Bila aku sambung ke UPM, Serdang antara kawan-kawan poli yang sama-sama sambung dengan aku adalah Ida...pada aku die ni memang really best friend, jujur dan ikhlas berkawan dengan aku dan tak pernah kedekut dengan aku baik makan minum pakaian and everything la...semua share, mujur lah tak ade yang anggap kami ni les sebab kami berdua memang tak main pakwe-pakwe walaupun ramai nor lelaki-lelaki yang minat nak jadikan kawan aku ni girlfren dia...dan dengan die lah aku belajar erti kawan sebenar...banyak yang aku belajar dari dia dan mungkin die tidak menyedari pun yang sebenarnya aku amat admire kat dia...hehe..aku admire dengan cara die berkawan...dah la cantik, cun seme orang suke dengan die  baik pompuan mau pun lelaki termasuk lah  aku...kikiki...tapi idoklah sampey nak jadikan die pasangan hidup...gile hape nak kena laknat??

Lepas tu masukla pulak ke alam pekerjaan...aku ni dah la keje merata-rata tempat...lain tempat lain pulak best friend aku...hopefully aku kekal di sini (lagi best kalau dapat post besar sikit...kekeke) dan best friend aku pun kekal di hati aku sampai bila-bila....

Tapi dengan semua orang aku boleh berkawan tapi aku tengok orang jugak lah...memula kenal tu nampak diam jek...tapi kalo orang tu diam, aku pun sama diamlah...tapi kalau die start ramah  tamah maka dengan secara tak sengajanya aku turut jadi ramah tamah...hehehe...

BEST FRIEND aku sekarang dah tentulah Abang N!.....hehe...



Tuesday, February 1, 2011

Suami Soleh dan Cemerlang!

Entri ini khas ditujukan kepada suami-suami di luar sana. Untuk renungan dan ingatan bersama.

Bukan payah pun untuk menjadi suami soleh yang di sayangi isteri.  Apa yang perlu dilakukan adalah :

1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

Susah ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails