nuffnang ads

Monday, February 7, 2011

Patut ke Jamak dan Qasar Bila Bermusafir Pada Zaman Sekarang?

Hangat tak hangat topik yang nak aku perbincangkan ni...bukan ape, banyak jugak aku dengar orang-orang yang kate zaman sekarang bukan macam zaman nabi dulu berjalan di padang pasir buat ape nak jamak kan surau masjid merata-rata anytime boleh singgah solat....

Tapi kebanyakan masjid sekarang buat dasar pintu tertutup siap berkunci bagai sebab ape sebab takut orang curik duit dari tabung masjid...

Bagi akulah kan orang yang bagi alasan macam tu adalah mereka yang tak habis sekolah...tak pun masa ustaz atau ustazah ajar bab ni die ponteng..TERASA?? Minta maaf lah yer cik-cik, tuan-tuan dan puan-puan...sebab pada aku, Solat Jamak dan Qasar ini adalah rukhsah (Kemudahan) yang Allah berikan atau anugerahkan pada hamba-hambaNya melalui perantaraan Nabi Muhammad s.a.w dan lagi satu ajaran Islam ni memang sesuai mengikut peredaran zaman...

SO, bagi orang yang menolak solat Jamak dan Qasar  ini seolah-olah dia menolak Islam itu sendiri...nak ke kita dilabel sebagai orang yang menolak Islam sedangkan Islam itu memang sangat-sangat sesuai mengikut peredaran zaman??? Nak ke???? Habis, kalau tak sesuai dengan peredaran zaman buat apalah Allah tu suruh Nabi kita sebarkan Islam, betul tak? ...macam marah je bunyinya asap...hehe..idok ler...koi tok maroh, cume jenuh nak memahamkan orang yang tak faham ni...

Meh aku bagi hadis skek :

إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد

 “Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.


Mana aku ambik? Dari sini tak caye sila sekodeng..

Untuk belajar cara-cara solat Jamak dan Qasar sila masuk ke dalam web tayibah.com

Sekian untuk perkongsian pendapat.

2 comments:

Sila2kan la komeng kalo sudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails