Sambungan dari entri sebelum ni.
Aktiviti yang ditunggu-tunggu ialah makan time!!
Kami keluar makan malam dekat pekan Lumut di Restoran Bakau 'D Muara (Cawangan Lumut).. Jangan tanya aku cawangan lain aku taktau sebab die tulis dekat situ Cawangan Lumut dan aku takde masa nak tanya tokey kedai tu mana lagi cawangan lain...hihi...keluar-keluar hotel je dari pintu keluar hotel tu telah dipenuhi oleh kereta-kereta yang semuanya menuju ke pekan Lumut...jem lebih teruk dari KL....huhu...drebar yang kelaparan telah memecut kereta dengan jayanya hingga sampai ke restoran dalam masa satu jam yang kebiasaannya memakan masa10 minit je jika tak jem...huhu..
Adik ipar telah mengorder makanan dengan banyaknya untuk tiga table...apabila kami sampai makanan telah siap terhidang dan menunggu masa untuk di ngap oleh kami yang kebuluran sejak keluar dari hotel lagi...apalagi, jom makan!
Aliff memang dah selamat malam dah sejak dalam kete lagi.
Lihatlah table-table kami di penuhi dengan makanan dan licin dikerjakan oleh mereka-mereka yang kebuluran...huhu
Kami siap makan Aliff masih lagi ketiduran...
Dari menelentang siap meniarap bagai...mujur tak jatuh...huhu...
Selepas makan acara seterusnya adalah potong-potong kek untuk Naim dan Amna Syafiyyah anak adik ipar aku la..
Beza besday diaorang hanya selang satu hari...si adiknya Naim jatuh 3 Februari manakala kakaknya Syafiyah jatuh 5 Februari...senang citer ayahnya ambik tengah-tengah untuk celebrate besday diaorang..
No comments:
Post a Comment
Sila2kan la komeng kalo sudi