nuffnang ads

Thursday, January 13, 2011

Apa Yang Dia Nampak?

Cerita ini agak seram hanya boleh di baca oleh golongan 18SG ke atas...erk...apekah?

Jeng-jeng-jennnggggg....

Gini, malam tadi masa Abang N sampai rumah aku sesaje menyakat si Aliff...dia pulak boleh jadi penakut lak lari ketakutan bila dengar Abang N bukak grill dan pintu...masa Abang N bukak pintu tetiba budak dua beradik tu menjerit nangis (terkejut sebab ade orang bukak pintu secara tiba-tiba  di tambah pulak dengan sakatan aku)..Bila tengok dua beradik tu menangis aku peluk si adik pujuk bagi diam...si Aliff pulak lari ke tepi dinding.

Bila nampak Aliff nangis-nangis Abang N panggil dia pujuk-pujuk bagi diam sambil buka kasut dia. Masa tu Abang N nampak mata Aliff asyik memandang ke arah bilik depan seolah-olah nampak sesuatu sambil menangis ketakutan.  Aku bagitau Abang N yang Aliff terkejut tengok Abang N masuk tiba-tiba. Tapi Abang N kata die nampak sesuatu dalam bilik tu. Lepas je Abang N cakap tu aku nampak tiba-tiba je Aliff  lambai tangan cakap taknak-taknak sambil geleng-geleng kepala sambil mata memandang tepat ke arah pintu bilik tu.....terus meremang bulu roma aku....terlintas di hati aku, apakah yang dia nampak???

Terus terang aku cakap dengan Abang N yang tadi aku sakat die, tak sangka pulak benda lain yang dia nampak...Terus Abang N salahkan aku, itulah suka sangat sakat budak...yang dia pun satu, masuk rumah tak reti nak bagi salam.

Jadi, siapakah yang bersalah dalam hal ini???

Nota keyboard : Hmm...benda-benda gini memang ade di sekeliling kita dan harapan aku janganlah dia menganggu anak-anak aku lagi..

No comments:

Post a Comment

Sila2kan la komeng kalo sudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails