Blurr lah pulok gambo...daging ni tak menjadi seperti yang diharapkan.
Ha, tadi tak tau nak masak ape kan..last-last potong daging garamkan dengan kunyit. Tambah sos tiram sikit, serbuk cili sikit, serbuk lada sulah sikit dan mixed herbs sikit then masuk dalam kuali goreng. Konon nak buat lembab-lembab sikit last-last jadi kering sebab tak nampak air die dah kering...dapor kite dah lame bergelap, cik abang i masih belum betulkan lampu...masak ape pun dalam mood romantis gitew...kekeke...
Diperturunkan resepinye seperti berikut.
Daging Goreng Bercili Simple
Bahan-bahan :
Daging (anggaran untuk 2 orang makan) dihiris nipis.
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili serbuk (kalau guna cili blend takut lain pulak jadinya)
Sedikit lada sulah
1 sudu makan serbuk mixed herbs
1/2 biji bawang besar
Kekdah :
Garamkan daging bersama serbuk kunyit. Masukkan sos tiram, cili serbuk, lada sulah dan mixed herbs. Gaul rata. Lepas tu goreng dengan api sederhana besar. Sila tutup kuali untuk bagi daging cepat empuk. Gorenglah sehingga daging masak/empuk. Agak-agak dah nak masak tu masukkan bawang yang di potong. Goreng sampai layu bawang tu dan SIAP!..
Rasanya kan, lebih sedap kalau di goreng lembab-lembab sikit.
Nota keyboard : Ini adalah resepi ciptaan sendiri, sebab aku masak suke campak-campak je ape yang ade dalam peti ais atau kat dapur ..jangan marah aku kalau tak sedap. Sebab tu abang N asik komplen kenape suke ubah-ubah resepi, masak kena konsisten...dia kateeeeee......aku? ngeeeee je la....
No comments:
Post a Comment
Sila2kan la komeng kalo sudi